Selasa, 30 Mac 2010

Kad Pengendali Amatur

Kad ini boleh diperolehi dari pejabat SKMM yang terdekat dengan kawasan anda. Anda hanya perlu serahkan dokumen AA yang asal dan wang pos bernilai RM10. Kemudian anda akan diberikan AA yang baru berserta dengan kad pengendali amatur.

Ahad, 28 Mac 2010

Tetamu dari Bera Pahang

Pada jam 7.00 petang, kami telah menerima panggilan seorang tetamu iaitu 9W2SEK (Hairi) dari Bera,  Pahang. Beliau datang untuk menemani adik beliau bagi menghadiri Majlis Konvokesyen UUM. Apabila sampai di Pekan Changlun, beliau memanggil di V24 dan disambut oleh petugas rangkaian pada waktu itu iaitu 9W2AY (Pak Yob). Setelah mendapat maklumat bahawa beliau memerlukan rumah tumpangan, kami segera mendapatkan sebuah 'homestay' untuk beliau sekeluarga di Taman Sri Meranti. Semoga beliau dapat menyelesaikan tugasan di sini dan dapat kembali ke Bera dengan selamat.

Khamis, 25 Mac 2010

Pesawat PC7 Terhempas di UUM


Pada hari ini sekitar jam 10.15 pagi, sebuah pesawat PC7 milik TUDM telah terhempas di dalam dusun buah-buahan di kampus induk UUM. Pesawat ini terjatuh semasa melakukan pertunjukan udara sempena Pesta Konvokesyen UUM ke-23. Ucapan takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Mejar Muhammed Zulrihan Jusof .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...