Jika anda adalah peminat baru radio amatur, di sini saya ingin beri sedikit panduan tentang apa yang patut dibeli supaya anda tidak terlebih 'budget' disebabkan oleh kekurangan maklumat (mungkin anda akan di'pau' individu yang mementingkan untung besar). Sebenarnya, dengan kos lebih kurang RM380.00, anda sudah boleh menjadi SWAL (Short Wave Amateur Listener).
Berikut adalah maklumat yang berguna untuk anda:
1. Radio Transceiver.
Saya cadangkan jenis Kenwood TK-508. Kadang-kadang ia diletak nama Weiwei, Motorola dan lain-lain. Maklumlah, barangan klon. Radio ini dilengkapi dengan antena jenis 'rubber dark' dan pengecas bateri.
Kos: RM 350.00
Ciri radio ini
- Kuasa output: 6W
- Julat frekuensi: (VHF) 136 mHz- 174 mHz
- Ingatan menyimpan sehingga 188 saluran
- boleh guna mod Wide (25kHz) dan mod Narrow (12.5kHz)
- Fungsi 'scanning' saluran
- 3 warna latar paparan
- Panggilan kecemasan
- Boleh diprogram dengan komputer
2. Penyambung atau Connector - untuk menyambungkan radio dengan antena lain.
Kos: RM10.00
3. Antena
Untuk penerimaan yang lebih baik saya cadangkan anda membeli (atau membuat sendiri) antena jenis 'ribbon'. Antena ini sangat 'flexible'. Ia boleh digantung kepada pelbagai benda, termasuklah di atas pokok.
Kos: RM 20.00
Kos: RM10.00
3. Antena
Untuk penerimaan yang lebih baik saya cadangkan anda membeli (atau membuat sendiri) antena jenis 'ribbon'. Antena ini sangat 'flexible'. Ia boleh digantung kepada pelbagai benda, termasuklah di atas pokok.
Kos: RM 20.00
Peralatan di atas adalah keperluan asas untuk seseorang SWAL mula menceburi bidang radio amatur. Aksesori-aksesori lain (misalnya PTT, 'power supplier' dalam kereta, antena slim jim, antena mobil, dan lain-lain) boleh dibeli kemudian apabila 'budget' anda mengizinkan.
Di mana anda boleh beli peralatan itu dengan harga yang berpatutan?
Jawapan: Saya tidak bolehlah iklankan tempat penjualan radio dalam ruangan ini. Jadi, kepada yang berminat sila hubungi saya melalui :
Yahoo! Messenger ID: biruartik
e-mel: biruartik@gmail.com
Bro..boleh beri anggaran bajet untuk barangan2 ni:
BalasPadam1) 1 unit Motorola MT777
2) 1 unit ribbon antena
3) 1 unit telescopic antena
4) Conector antena untuk motorola MT77
5) PTT Motorola MT777
1) RM320 (MT777)
BalasPadam2) out of stock (pembuatnya sudah resign)
3) RM 30 ( teleskopic)
4) RM 20 (connector)
5) RM 60
TOTAL: RM 430
A'kum tuan, sy sdh ada puxing triple 8. Klu harga teleskopic rm30 dan antenna connector utk puxing triple 8 rm20, berapa kos yg perlu sy bayar untuk sampai ke sabah? Tolong pm sy di email ini ya kewinmr@gmail.com, apa2 pun salam kontek salam perdana, minta tunjuk ajar juga sebab sy masih swal
BalasPadam