Rabu, 8 Ogos 2012

PETUA MENCARI MALAM LAILATUL QADAR DARI IMAM GHAZALI

Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

1. Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

2. Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

3. Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

4. Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

5. Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan (12 ogos, sabtu mlm ahd ni)

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :

* Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
* Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
* Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita. Teringat ketika waktu sekolah dahulu, sentiasa tertungu-tunggu bilakah malam lailatul qadar tiba.

http://myibrah.com/petua-imam-ghazali-mencari-lailatul-qadar

Jumaat, 3 Ogos 2012

BULAN IBADAH & PERAYAAN

Kami mendoakan semua rakan-rakan dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Okey sambil-sambil berehat ni, eloklah kita dengar sebuah qasidah yang indah - pujian-pujian dan menzahirkan kesyukuran kepada ALLAH SWT yang telah memberikan kita cahaya ISLAM melalui Nabi Muahmmad (s.a.w). Inilah qasidah yang bertajuk "YA HANANA".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...