Rajah segitiga ini bertujuan untuk memudahkan kita mengingat formula bagi mengira tiga perkara iaitu sama ada voltan, arus, atau rintangan. Anda harus tanya diri, apa yang ingin dikira? Jika ingin kira V (voltan), anda tutup V, lalu anda akan nampak I dan R. Ini bermakna, untuk mendapatkan V, anda harus darabkan I dengan R. Sebaliknya, jika anda ingin kira I (arus), tutuplah I, lalu anda akan nampak V di atas R. Ini bermaksud anda perlu bahagikan V dengan R. Untuk memastikan ketepatan kiraan, pastikan unit bagi setiap item itu sudah ditukarkan kepada unit yang sepatutnya. Berhati-hatilah kerana kadangkala ada soalan perangkap yang sengaja direka untuk menguji kefahaman calon dalam hal unit.
Selasa, 27 Mac 2012
Cara Mengira Jarak Gelombang
Inilah formula mudah untuk mengira jarak gelombang. Simbol lambda (seperti y terbalik) itu bermaksud pembolehubah bagi jarak gelombang, f ialah pembolehubah bagi frekuensi berunit juta atau mega Hertz sesaat, dan 300 itu mewakili tetapan kelajuan cahaya iaitu 300 juta (atau mega) meter sesaat. Unit bagi jarak gelombang ialah dalam meter.
Cuba anda kira jarak gelombang bagi frekuensi berikut:
(a) 145.350 MHz, (b) 28.000 MHz, dan (c) 10.000 MHz
Jawapan:
(a) 2 meter
(b) 10 meter
(c) 30 meter
Peperiksaan Radio Amatur (RAE)
Sekarang, ramai rakan-rakan SWAL yang pergi kelas malam untuk persediaan RAE. Syabas diucapkan kerana sangat tabah dalam menuntut ilmu berkaitan gelombang radio ini. Dalam RAE ini anda akan diuji dengan dua aspek penting iaitu - aspek SOP dan aspek teknikal. Saya rasa SOP ni mudah saja. Cuma aspek teknikal itu saja yang digeruni sedikit. Bagi yang pernah belajar ilmu sains, sila korek balik atau ingat-ingat balik ilmu yang guru sains anda perturunkan sejak tingkatan 3, tingkatan 4, dan tingkatan 5. Fizik tingkatan 4 dan Fizik gelombang sewaktu Matrikulasi / STPM pun sudah cukup untuk dijadikan asas teknikal bagi RAE. Walau bagaimanapun, (dengan izin Allah) saya akan cuba menulis nota dan formula-formula elektronik secara santai di blog ini. Tujuannya ialah untuk membantu sahabat-sahabat yang ingin mengambil RAE pada bulan Jun nanti.
- de 9W2UUM
- de 9W2UUM
Selasa, 20 Mac 2012
Jagalah anak kita dan anak jiran tetangga
Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita kehilangan kanak-kanak. Apa sudah jadi ni? Saya pun risau kerana saya juga mempunyai anak yang masih bersekolah. Mengikut laporan akhbar, semua kes penculikan ini berlaku semasa kanak-kanak ini berada di luar rumah. Maksudnya kejadian berlaku semasa mereka jauh dari pandangan atau jagaan ibubapa. Sebagai bapa, saya memahami bahawa, sememangnya kita tidak mampu mengawasi mereka sepanjang masa. Ada kalanya mereka akan pergi bermain, pergi kelas mengaji Quran, dan aktiviti sekitar taman perumahan secara sendirian. Apa tindakan yang boleh kita ambil? Pada pandangan saya, keseluruhan masyarakat harus mengambil berat setiap kejadian yang berlaku di sekitar kita. Kita perlu jaga tepi kain orang lain. Maksudnya kita perlu jaga keselamatan bukan sahaja anak kita, malah anak orang lain juga, tanpa mengira agama atau bangsa. Jika ada kes yang mencurigakan melibatkan kanak-kanak, kita perlu peka, dapatkan maklumat misalnya nombor plat kenderaan, jenis kenderaan, masa kejadian, dan wajah sipelaku. Jika ada kamera, terus saja ambil gambar atau rakam video kejadian berkenaan. Kesimpulannya masyarakat harus bertindak menjaga kanak-kanak yang tidak berdosa dari terus menjadi mangsa manusia durjana yang rosak hatinya.
Khamis, 8 Mac 2012
Bolehkah kuasa output 'handy radio' ditambah?
Jawapannya boleh! Caranya ialah dengan menggunakan amplifier. Dengan alat ini, 'handy radio' sekecil 2 Watt boleh ditukar menjadi 30 Watt. Untuk beli amplifier ini,----> sila klik di sini.
Sabtu, 3 Mac 2012
Sekitar Forum Radio Amatur di Universiti Utara Malaysia 3 Mac 2012
.
Pak Long teruja dengan antena 'quater wave'. |
Saya suka kongsi ilmu membuat antena. Ilmu ni hak Allah, bukan hak kita. |
Demo antena ASTRA dari penciptanya. |
Antena buatan tangan Pak Rahim |
Cikgu Lan memberi cadangan bernas untuk disampaikan kepada SKMM. |
9W2XCO - Pak Wan sedang berkongsi pengalaman penggunaan radio amatur di Langkawi. |
Khamis, 1 Mac 2012
Panduan ke Forum Radio Amatur & AGM ASTRA 2012 di UUM
2. Kemudian anda akan jumpa pintu gerbang UUM. Dari situ anda terus maju ke depan tanpa belok ke mana-mana simpang. |
3. Lebih kurang 600 meter dari pintu gerbang, anda pandang sikit sebelah kiri. Anda akan nampak saltmine 9W2UUM - Pusat Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi. Dari sini, anda terus ke hadapan. |
5. Kemudian anda akan nampak sebuah dewan besar & taman yang indah. Sabar dulu, yang ini belum DTSO, yang ni Dewan MAS. Sila belok kiri dan ikut laluan itu. |
6. Lepas itu, anda akan nampak papan tanda DTSO, sila ikut arahan papan tanda. |
7. Akhir sekali, anda akan nampak DTSO. Selamat berforum & ber-AGM. |
Langgan:
Catatan (Atom)