Isnin, 9 Februari 2015

Rombongan Ke Krabi - 9,10,11 April 2015


 KRABI 3HARI 2MALAM

HARI 01 UUM/CHANGLUN – TRANG – KRABI
0700   Berhimpun di tempat yang di janjikan.
0800   Singgah di CTC urusan kad borang ketibaan / perlepasan dan tukaran wang.
Bertolak ke sempadan untuk urusan imigresen.
1200   Tiba di Tammale Khao Kob Cave (Tidak termasuk tiket) - THB 200 /seorang
Anda akan dibawa menyusuri gua batu kapur dengan menaiki perahu.
Dua orang jurumudi tempatan akan membawa melihat keindahan stalagtit  dan stalagmit yang berbentuk seperti sirip naga dan anak gajah.
0300   Makan Tengahari di Bandar Krabi
0400   Check In di Suksaiburi Resort / setaraf
2000   Makan Malam di Restoran tempatan.
Aktiviti bebas.

HARI 02 KRABI
0700   Sarapan Pagi
1000   Menaiki bot di Jeti Aonang, Anda akan dibawa untuk lawatan ke 4 Pulau (Island Hopping)
Gua Phranang – Gua yang terkenal di Krabi yang mana dipercayai semangat seorang puteri di puja dan disanjung oleh penganut agama Buddha.
Chicken Island – Pulau batu kapur yang berbentu seperti ayam,tempat popular untuk snorkeling.
Tup Island – Terletak diantara pulau Dam Kwan. Apabila air surut akan kelihatan hamparan pasir bersih yang menyambung antara pulau ke pulau dan anda dapat berjalan melintasinya.
Menjamu selera di pulau Tub sambil menghirup udara segar bersaksikan keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi…..itulah KRABI
Poda Island - Keindahan pantai dan laut membiru menampakkan kehidupan laut,mengamit pandangan mata. Bagi anda yang ingin membuat aktiviti snorkeling dan berenang disini lah tempat yang sesuai.
1600   Balik ke resort untuk Istirehat
1700   Melawat ke Shell Cemetery Ao Nang
2000   Makan Malam
Melawat Bazaar Malam di Pekan Krabi. Anda boleh membeli pelbagai cenderahati di sini.

HARI 03 KRABI – TRANG- HATYAI - UUM/CHANGLUN
0800   Sarapan Pagi dan terus berangkat ke Hatyai. Singgah di R&R Trang (Khanitta Cake House). Pelbagai jenis cake dan produk tempatan terdapat di sini.
1300   Tiba di Hatyai , makan tengahari di Sami Kitchen/Restoran Habsah . Selesai makan, anda akan di bawa ke Chang Puak Camp (Kem Gajah). Anda berpeluang menaiki gajah dengan kadar bayaran THB500
1600   Melawati Pasar Terapung Khlong Hae, Hatyai (Jumaat, Sabtu & Ahad)

1800   Berangkat pulang ke Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...