



Jika anda sedang melawat sekitar Sintok, Changlun, atau Jitra, anda disyorkan untuk melawat zoo mini di km 24 (lebuh raya
PLUS) menghala selatan. Tempat ini bernama Lye Huat Garden. Koleksi hidupannya meliputi pelbagai j
enis ikan, buaya, ular sawa, rusa, beruang, harimau, kucing hutan, kura-kura, burung, dan monyet. Selain itu, terdapat juga pameran batu dan pokok bonsai. Tarikan:- Salah satu spesis ikan yang menarik terdapat di sini ialah arapaima - sejenis ikan gergasi. Saiznya hampir menyamai seekor buaya. Agak menggerunkan semasa ia melintas di hadapan anda.
Kaedah:
Anggaran pendapatan:
2000 ekor – 200 ekor (dijangka mati) = 1800 ekor (dijangka hidup)
Anggaran 6 ekor ikan dewasa beratnya = 1 kilo,
Jadi 1800 ekor akan bersamaan = 300 kilo
Dianggarkan 1 kilo berharga = RM 3.00
Jadi 300 kilo, kita dapat, 300 X 3 = RM 900.00
Keuntungan:
Jadi RM 900 – RM 400 = RM 500.00 (Nilai ini diperoleh selepas 3 bulan ternak).
Ini bererti, selepas sesi ternak ke-2, kita dapat balik modal (hampir-hampir). Selepas sesi ternak ke-3, barulah kita mula membuat untung sepenuhnya.



Boikot sebagai tanda hati kita juga terhiris apabila saudara seagama kita diganyang tanpa perasaan belas kasihan. Apakah produk-produknyanya? Banyak. Ada banyak disekeliling kita. Tak makan pun tak mati, tak hisap lagilah bertambah sihat. Yang bergoreng tu, ganti dengan ayam kampung kita sahaja. Senarainya disini!

Komen tentang buku ini:
Pada tahun 1894, semasa beliau berumur 24 tahun, Guglielmo Marconi telah mendengar tentang kajian yang dibuat oleh santis Jerman, Heinrich Hertz. Beberapa tahun sebelum itu, Hertz membuktikan wujudnya gelombang yang tidak dapat dilihat, dipanggil gelombang elektromagnet yang bergerak di angkasa dengan kelajuan 300 juta meter sesaat. Marconi sangat teruja dengan penemuan Hertz dan yakin bahawa gelombang tersebut dapat menghantar mesej melalui jarak yang jauh tanpa menggunakan seutas wayar pun. Oleh kerana sangat minat, beliau pun membina sebuah bengkel di loteng rumah ibubapanya di Bologna, Itali dan mula menjalankan eksperimen berdasarkan penemuan-penemuan ahli fizik yang terdahulu. Pada mulanya beliau berjaya membina penghantar isyarat untuk jarak beberapa kilometer sahaja. Oleh kerana eksperimennya melibatkan kos tinggi, beliau memerlukan penaja. Namun tiada satu pun pihak berkuasa Itali yang sanggup menajanya. Malah ideanya diperlekehkan. Oleh kerana kecewa dengan layanan di Itali, beliau pun berhijrah ke England pada tahun 1896. Dipendekkan cerita, di England beliau telah ditaja oleh Kerajaan British. Dengan pengubahsuaian tertentu, beliau berjaya menghantar mesej dalam jarak beribu-ribu kilometer. Ini terbukti apabila dalam tahun 1901 isyarat radionya berjaya dihantar merentasi lautan Atlantik, iaitu dipancarkan dari Poldhu, Cornwall, England dan diterima di St. John's, Newfoundland, Kanada. Akhirnya di atas sikap gigih berusaha, beliau berjaya menubuhkan stesen penyiaran radio British yang pertama, diberi nama The Marconi Company pada tahun 1920.
Pada Sabtu, 29 November 2008, pihak SKMM telah mengadakan majlis taklimat di Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis. Taklimat disampaikan oleh Pengurus SKMM Cawangan Utara iaitu En. Zainol. Beliau telah menjelaskan tentang peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh pengendali radio amatur. Antara isu yang dibangkitkan ialah radas atau radio yang digunakan haruslah ada cop SIRIM, peraturan mengenai repeater, band plan, dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh SKMM.
Semasa saya menghadiri Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu di Holiday Villa Subang Jaya baru-baru ini, saya berkesempatan membuat pemancaran di ruang udara lembah Klang. Saya menggunakan radio 5 Watt, antena rubber dark sahaja. Oleh kerana berada di tingkat 15, saya dapat membuat pancaran sehingga hampir 10 km. Saya dapat berQSO bersama 9W2RXZ yang berada di Kg. Kerinchi dengan kualiti audio yang sangat baik.