Isnin, 29 Jun 2009

Kapalterbang Kawalan Jauh Berkuasa Elektrik (Flying Fox - Electric Powered Glider)



Kapalterbang ini bernama Flying Fox - Electric Powered Glider. Boleh terbang naik ke aras hingga 100 kaki lebih. Tempoh terbang lebih kurang 10 -15 minit. Mudah untuk take off dan landing. Alat kawalan jauh disediakan dengan gelombang HF (27.145MHz). Harganya ialah RM160.00 seunit. (berbanding kapal terbang berkuasa minyak, harganya RM1800++). Berguna untuk mendedahkan anak-anak, pelajar, atau sesiapa sahaja dengan dunia aeronautik atau aeroangkasa. Prinsip aerodinamiknya adalah sama seperti kapalterbang sebenar.

Rabu, 24 Jun 2009

Peperiksaan Radio Amatur pada hari ini

Semoga semua rakan berjaya menjawab soalan dengan jawapan yang betul.

Ahad, 21 Jun 2009

Kereta antik



Semasa berjalan di Jalan Tunku Abdul Rahman, saya ternampak konvoi persatuan kereta antik yang iringi oleh polis trafik. Riuh rendah jalan itu dengan bunyi hon kereta zaman P.Ramlee. Saya pun snap beberapa keping gambar untuk ditunjuk kepada 9W2FBT, rakan yang amat meminati kenderaan antik.

Sabtu, 20 Jun 2009

9W2UUM Portable di Kuala Lumpur


Bertolak dari BTR jam 5.30 petang. Jam 9.30 mlm sampai di Hotel Vistana, KL dan terus check in. Memantau repeater Mares (147.775). Jam 11.00 mlm hanya dok mendengar 9W2DZU (Zul), 9W2TU(Bang Mid, Bangi) dan 9W2NZY (Bang Naza) ber-QSO. Kemudian mohon bergabung.

Jumaat, 19 Jun 2009

9W2UUM Portable di Bandar Tun Razak, Pahang



Contact repeater Bukit Ibam. Telah ber-QSO dengan:
9W2CER (Nasir, Kuantan), 9W2TOU (Tok Uban, Kuala Rompin), 9W2BTU (XYL Tok Uban, Kak Miah), 9W2ABW (Pak Wahab, Labis, Johor), 9W2IFA (Haji Zainal).

Contact repeter MARES, Genting Highland. Telah ber-QSO dengan:
9W2DJM (Pak Din, Pasir Mas, portable KL), 9W2MUC (Pak Shahril, Subang Jaya).

Sedang mencari rakan ham di Bandar Tun Razak / Felda Keratong. Terjumpa sebuah klinik swasta dengan antena V24 di atas bumbungnya. Setelah di siasat, ia milik 9M2KMA (Dr. Khairudin). Semasa kenduri di rumah abang ipar saya, saya disapa oleh 9W2HTR (Pak Harun). Rupa-rupanya dia ialah kawan abang ipar saya. Dia ni penyedia alatan audio kenduri kahwin. Lepas tu kami terus dok borak macam dah kenal sepuluh tahun.

Isnin, 15 Jun 2009

Berita baik kepada individu yang beruban (macam saya).


Kini ubat UBAN (grey hair) dalam bentuk syampu (berasaskan herba) sudah ada dalam pasaran. Ubat ini akan menghitamkan, menggalakkan pertumbuhan rambut, sekaligus menyihatkan rambut anda. Lihat gambar saya di atas. Saya telah cuba sendiri, sebab itu berani hebah kepada rakan-rakan yang lain. Kalau dulu, orang ingat saya dah berumur 50-an (walhal baru 30-an). Tapi kini tidak lagi. Mujurlah ada ubat uban ini (dengan izin-Nya). Jika berminat untuk mencuba, silalah tinggalkan mesej kepada saya di blog ini.

Rabu, 10 Jun 2009

Jumaat, 5 Jun 2009

Majlis Kenduri Kesyukuran 9W2BDS


Terima kasih kepada Pak Din Jitra kerana menjemput rakan ham Changlun ke majlis beliau.

Rabu, 27 Mei 2009

Majlis Kenduri Pulut Mempelam 9W2RZR


Majlis anjuran 9W2RZR. Terima kasih Pak Rahim di atas susah payah membawa balik mempelam dari ladang di Tobiar.

Ahad, 24 Mei 2009

Khidmat Masyarakat 3/2009 - Mengawal Trafik Bersama Polis di Forum Ehwal Islam



Rakan yang bertugas: SWL-COB, SWL-TEH, SWL-PSM, SWL-SMM, SWL-KCK, SWL-MIE, 9W2FBT, dan 9W2UUM.
Lokasi: Masjid Kg. Telaga Batu, Sg. Korok, Jitra, Kedah.

Jumaat, 22 Mei 2009

Cara Memakai Sayap

9W2UUM sedang berlatih memakai sayap (wing) dan tempat duduk udara (harness). Seperti mana hobi radio amatur, hobi paramotor ini pun ada prosedur dan protokolnya sendiri. Misalnya sebelum terbang, kami perlu memohon izin dari petugas menara kawalan pesawat di Kepala Batas. Langkah-langkah keselamatan juga banyak. Contohnya cara menggalas enjin, cara memakai sayap, teknik berlepas (take off), teknik mendarat (landing), cara mengelakkan tali bersimpul, dan cara mengurus/melipat sayap.

Maklumat mengenai paramotor:
http://www.paraglidingmalaysia.com/start.php
http://www.extremesportscafe.com/paramotor_malaysia_in.html

Latihan Penerbangan - Jumaat, 22 Mei 2009


Saksikan penerbangan solo pertama seorang rakan bernama Amir.
Jurulatih: Prof. Madya Izham Shafie & En. Nazri.

Jumaat, 15 Mei 2009

Khidmat Masyarakat 2/2009 - Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Masjid





Pada pagi Jumaat (15 Mei 2009), kami telah menyertai aktiviti gotong royong membersihkan masjid bersama penduduk di Kampung Sungai Korok, Jitra Kedah.

Jumaat, 8 Mei 2009

Kelab Paramotor UUM


Latihan penerbangan diadakan di Kubang Gajah, Perlis. Masa: 8.30 -11.30 pagi. Saya sempat belajar membentuk sayap dengan cara berlari melawan arah angin dan membuat kawalan dengan menarik tali pada hujung sayap. InsyaAllah, selepas beberapa kali sesi latihan di darat, saya dapat menerbangkan pesawat ini. Kelihatan dalam gambar di atas, Prof. Madya Izham Shafie (Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UUM) berjaya menerbangkan pesawatnya. Logo UUM tertera di bawah sayap berkenaan.

Khamis, 7 Mei 2009

Gotong Royong Menyenggara Antena

Pada 3 & 7 Mei, kami telah mengadakan aktiviti gotong royong bagi menyenggara antena di Puncak Tangki dalam kawasan UUM. Antara rakan-rakan yang sudi meluangkan masa ialah 9W2FBT, 9W2UUM, SWL-TEH, SWL-MIE & SWL-SMM.

Khamis, 30 April 2009

Sabtu, 18 April 2009

Zoo Mini - Lye Huat Garden

Jika anda sedang melawat sekitar Sintok, Changlun, atau Jitra, anda disyorkan untuk melawat zoo mini di km 24 (lebuh raya PLUS) menghala selatan. Tempat ini bernama Lye Huat Garden. Koleksi hidupannya meliputi pelbagai jenis ikan, buaya, ular sawa, rusa, beruang, harimau, kucing hutan, kura-kura, burung, dan monyet. Selain itu, terdapat juga pameran batu dan pokok bonsai. Tarikan:- Salah satu spesis ikan yang menarik terdapat di sini ialah arapaima - sejenis ikan gergasi. Saiznya hampir menyamai seekor buaya. Agak menggerunkan semasa ia melintas di hadapan anda.

Jumaat, 17 April 2009

Khidmat Masyarakat 1/2009 - Sumbangan Ikhlas

Pada 17 April 2009, kami telah pergi ke rumah Allahyarham Amran (bekas staf unit keselamatan UUM) di Kg. Pulau Pisang, Jitra. Kami telah menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas kepada balu dan anak-anak beliau.

Selepas lawatan itu, kami pun bergerak ke medan menjamu selera di Jitra.

Khamis, 9 April 2009

Peperiksaan Radio Amatur (Sesi 2009/1)

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) pada 24 Jun 2009.

Tarikh tutup penerimaan borang permohonan peperiksaan ialah 17 April 2009.

Sesiapa yang berminat untuk mengambil lesen sebagai pengendali radio amatur sama ada untuk tujuan hobi, khidmat sosial atau untuk pengurusan bencana, sila lengkapkan borang permohonan peperiksaan yang disertakan dan hantarkan kepada pihak SKMM.

Borang permohonan peperiksaan dan arahan selanjutnya boleh diperolehi melalui laman web SKMM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...