Ahad, 26 Julai 2009

Minyak sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir kenderaan

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya. "Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya. Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik........

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia. name.my. Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgroup.us/oil.htm# The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

Artikel asal - http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Ahad, 19 Julai 2009

PPSMI ADALAH SATU KESILAPAN - Profesor Diraja Ungku Aziz

Sedutan wawancara dengan Profesor Diraja Ungku Aziz. Disiarkan dalam Mingguan Malaysia, 19 Julai 2009, m.s: 7.

Apa akan jadi jika PPSMI ini diteruskan? Adakah sekadar pelajar kita bijak berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu mereka teruk atau pelajar Melayu sendiri yang akan hancur?
UNGKU AZIZ: Jika diteruskan orang Melayu akan hancur. Dalam kajian yang dilakukan oleh Pembina, kumpulan anak Melayu di kawasan desa (luar bandar) akan terus terpinggir dan ramai mereka akan berhenti sekolah dan mungkin berakhir hanya sebagai pemandu dan pekerja kelas bawahan. Itu pun mungkin susah. Ini kerana mereka tidak mampu untuk mengikut rentak perubahan yang ingin dilakukan melalui PPSMI. Mereka ini tidak berupaya untuk belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan cepat seperti pelajar di kota apatah lagi dengan masalah-masalah lain seperti kekurangan guru dan peralatan. Maka bagi saya keputusan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu keputusan yang berani dan tepat. Para pelajar akan tetap menggunakan kedua-dua bahasa cumanya ia akan diperbaharui.(..........).
Kalau begitu, benarlah PPSMI adalah satu kesilapan besar yang pernah kita lakukan?
UNGKU AZIZ: PPSMI adalah satu kesilapan. Kita sebenarnya mampu dan boleh mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang yang kemudiannya mengajar di universiti lain dalam bahasa Melayu. Tidak ada masalah pun. Pengajaran PPSMI sebelum ini dilakukan dalam pelbagai masalah seperti kurang guru, peralatan dan sebagainya. Masalah juga berlaku akibat dari penambahan pelajar yang ketara berbanding guru yang berkemampuan mengajar dalam bahasa Inggeris. Maka dengan itu kualiti pelajaran dan pengajaran pastinya menurun.
Sila baca wawancara penuh di sini.

Ahad, 12 Julai 2009

Kota Mengkuang - kota yang hilang ditelan zaman

Tahukah anda bahawa sekitar awal tahun 1800 Masihi, wujud sebuah kota yang menjadi pusat pemerintahan Empayar Islam Kedah? Kota ini dibina di tepi Sungai Padang Terap dalam mukim Wang Tepus, Kubang Pasu, Kedah. Ia dibina daripada tanah yang dicampur madu lebah.

Raja yang bersemayam di sini ialah raja terakhir dinasti Ayutthaya. Beliau turun ke wilayah selatan pada tahun 1767 setelah diserang dan diusir oleh tentera Burma (digelar Sukothai yang bermaksud puak kafir). Nama beliau ialah SULTAN SYARIF ABU BAKAR SYAH. Ketika di Ayutthaya (1758-1767), gelarannya ialah Ekataat dan Boromoraja V. Boromoraja bermaksud pemerintah berpengetahuan penyebar dakwah agama Islam. Ekataat pula bermaksud beta/kami taat kepada Allah dan Rasul. Sila rujuk Wikipedia untuk melihat senarai raja-raja Ayutthaya. Pihak sarjana barat juga mengakui bahawa Ayutthaya asalnya sebuah negara Islam.

Dalam peristiwa Musuh Bisik 1821 baginda bersama kaum kerabat dan pengikut-pengikutnya telah dibunuh di Kota Mengkuang oleh tentera kafir Thai. Khabarnya baginda dimakamkan di Kg. Tualang. Peristiwa pembunuhan ini sungguh menyayat hati. Mengikut cerita orang-orang lama, tentera Thai membunuh penghuni kota ini tanpa belas kasihan. Wanita dan kanak-kanak habis dipancung ibarat menebas lalang sahaja caranya. Begitulah kejamnya musuh Islam. Sehingga ke hari ini, puak Thai (Suku Thai) ini masih berdendam. Buktinya banyak pembunuhan orang Islam di selatan Siam. Terbaru, awal Jun 2009, mereka telah menembak orang sembahyang Isyak dalam masjid. Tindakan ini dianggap pengecut kerana menyerang orang tanpa senjata.

Apa yang terjadi kepada kota ini pada hari ini? Sungguh sayang sekali, khazanah berharga ini tidak diiktiraf, tidak dihargai dan tidak diberi pembelaan sewajarnya. Kini kota ini telah dipecahkan, dimusnahkan dan lenyap ditelan zaman. Sebahagiannya telah menjadi tapak mengorek pasir, kilang bata, dan kebun getah. Begitulah caranya kita menjaga khazanah silam. Sungguh meloyakan bukan? Jika di Britain, kota dan istana rajanya yang berusia beratus tahun dipelihara. Sebaliknya kota lama kita dilunyaikan jadi debu. Sebenarnya, kota lama ini boleh dibuat pusat sejarah dan menjana sumber pendapatan dalam sektor pelancongan. Barulah kita ada identiti dan teras jati diri.

Saksikanlah video ekspedisi oleh rakan sukrelawan pengkaji sejarah Kedah. Mereka telah bersusah payah menemuramah dan melawat makam waris pemerintah di kota berkenaan.

Rujukan:
http://naim-firdausi.blogspot.com/2008/07/video-jejak-kota-mengkuang-yang-hilang.html
http://wikimapia.org/#lat=6.2396445&lon=100.4756248&z=16&l=0&m=b
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/


Khamis, 2 Julai 2009

Bangsa Melayu Juga Pernah Bina Meriam Perang


Wow! Hebat juga bangsaku, khasnya nenek moyangku dahulu. Maklumat sebegini jarang dihebahkan. Inilah pentingnya sejarah yang sebenar ditonjolkan, supaya motivasi bangsa terbangun sendiri. Buku rujukan sejarah yang ditulis oleh tali barut penjajah, lebih gemar menonjolkan kelekehan bangsa kita sahaja.

Dapatkan maklumat lanjut dan pembongkaran sejarah Melayu/Kedah yang sebenar di:
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

Isnin, 29 Jun 2009

Kapalterbang Kawalan Jauh Berkuasa Elektrik (Flying Fox - Electric Powered Glider)



Kapalterbang ini bernama Flying Fox - Electric Powered Glider. Boleh terbang naik ke aras hingga 100 kaki lebih. Tempoh terbang lebih kurang 10 -15 minit. Mudah untuk take off dan landing. Alat kawalan jauh disediakan dengan gelombang HF (27.145MHz). Harganya ialah RM160.00 seunit. (berbanding kapal terbang berkuasa minyak, harganya RM1800++). Berguna untuk mendedahkan anak-anak, pelajar, atau sesiapa sahaja dengan dunia aeronautik atau aeroangkasa. Prinsip aerodinamiknya adalah sama seperti kapalterbang sebenar.

Rabu, 24 Jun 2009

Peperiksaan Radio Amatur pada hari ini

Semoga semua rakan berjaya menjawab soalan dengan jawapan yang betul.

Ahad, 21 Jun 2009

Kereta antik



Semasa berjalan di Jalan Tunku Abdul Rahman, saya ternampak konvoi persatuan kereta antik yang iringi oleh polis trafik. Riuh rendah jalan itu dengan bunyi hon kereta zaman P.Ramlee. Saya pun snap beberapa keping gambar untuk ditunjuk kepada 9W2FBT, rakan yang amat meminati kenderaan antik.

Sabtu, 20 Jun 2009

9W2UUM Portable di Kuala Lumpur


Bertolak dari BTR jam 5.30 petang. Jam 9.30 mlm sampai di Hotel Vistana, KL dan terus check in. Memantau repeater Mares (147.775). Jam 11.00 mlm hanya dok mendengar 9W2DZU (Zul), 9W2TU(Bang Mid, Bangi) dan 9W2NZY (Bang Naza) ber-QSO. Kemudian mohon bergabung.

Jumaat, 19 Jun 2009

9W2UUM Portable di Bandar Tun Razak, Pahang



Contact repeater Bukit Ibam. Telah ber-QSO dengan:
9W2CER (Nasir, Kuantan), 9W2TOU (Tok Uban, Kuala Rompin), 9W2BTU (XYL Tok Uban, Kak Miah), 9W2ABW (Pak Wahab, Labis, Johor), 9W2IFA (Haji Zainal).

Contact repeter MARES, Genting Highland. Telah ber-QSO dengan:
9W2DJM (Pak Din, Pasir Mas, portable KL), 9W2MUC (Pak Shahril, Subang Jaya).

Sedang mencari rakan ham di Bandar Tun Razak / Felda Keratong. Terjumpa sebuah klinik swasta dengan antena V24 di atas bumbungnya. Setelah di siasat, ia milik 9M2KMA (Dr. Khairudin). Semasa kenduri di rumah abang ipar saya, saya disapa oleh 9W2HTR (Pak Harun). Rupa-rupanya dia ialah kawan abang ipar saya. Dia ni penyedia alatan audio kenduri kahwin. Lepas tu kami terus dok borak macam dah kenal sepuluh tahun.

Isnin, 15 Jun 2009

Berita baik kepada individu yang beruban (macam saya).


Kini ubat UBAN (grey hair) dalam bentuk syampu (berasaskan herba) sudah ada dalam pasaran. Ubat ini akan menghitamkan, menggalakkan pertumbuhan rambut, sekaligus menyihatkan rambut anda. Lihat gambar saya di atas. Saya telah cuba sendiri, sebab itu berani hebah kepada rakan-rakan yang lain. Kalau dulu, orang ingat saya dah berumur 50-an (walhal baru 30-an). Tapi kini tidak lagi. Mujurlah ada ubat uban ini (dengan izin-Nya). Jika berminat untuk mencuba, silalah tinggalkan mesej kepada saya di blog ini.

Rabu, 10 Jun 2009

Jumaat, 5 Jun 2009

Majlis Kenduri Kesyukuran 9W2BDS


Terima kasih kepada Pak Din Jitra kerana menjemput rakan ham Changlun ke majlis beliau.

Rabu, 27 Mei 2009

Majlis Kenduri Pulut Mempelam 9W2RZR


Majlis anjuran 9W2RZR. Terima kasih Pak Rahim di atas susah payah membawa balik mempelam dari ladang di Tobiar.

Ahad, 24 Mei 2009

Khidmat Masyarakat 3/2009 - Mengawal Trafik Bersama Polis di Forum Ehwal Islam



Rakan yang bertugas: SWL-COB, SWL-TEH, SWL-PSM, SWL-SMM, SWL-KCK, SWL-MIE, 9W2FBT, dan 9W2UUM.
Lokasi: Masjid Kg. Telaga Batu, Sg. Korok, Jitra, Kedah.

Jumaat, 22 Mei 2009

Cara Memakai Sayap

9W2UUM sedang berlatih memakai sayap (wing) dan tempat duduk udara (harness). Seperti mana hobi radio amatur, hobi paramotor ini pun ada prosedur dan protokolnya sendiri. Misalnya sebelum terbang, kami perlu memohon izin dari petugas menara kawalan pesawat di Kepala Batas. Langkah-langkah keselamatan juga banyak. Contohnya cara menggalas enjin, cara memakai sayap, teknik berlepas (take off), teknik mendarat (landing), cara mengelakkan tali bersimpul, dan cara mengurus/melipat sayap.

Maklumat mengenai paramotor:
http://www.paraglidingmalaysia.com/start.php
http://www.extremesportscafe.com/paramotor_malaysia_in.html

Latihan Penerbangan - Jumaat, 22 Mei 2009


Saksikan penerbangan solo pertama seorang rakan bernama Amir.
Jurulatih: Prof. Madya Izham Shafie & En. Nazri.

Jumaat, 15 Mei 2009

Khidmat Masyarakat 2/2009 - Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Masjid





Pada pagi Jumaat (15 Mei 2009), kami telah menyertai aktiviti gotong royong membersihkan masjid bersama penduduk di Kampung Sungai Korok, Jitra Kedah.

Jumaat, 8 Mei 2009

Kelab Paramotor UUM


Latihan penerbangan diadakan di Kubang Gajah, Perlis. Masa: 8.30 -11.30 pagi. Saya sempat belajar membentuk sayap dengan cara berlari melawan arah angin dan membuat kawalan dengan menarik tali pada hujung sayap. InsyaAllah, selepas beberapa kali sesi latihan di darat, saya dapat menerbangkan pesawat ini. Kelihatan dalam gambar di atas, Prof. Madya Izham Shafie (Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UUM) berjaya menerbangkan pesawatnya. Logo UUM tertera di bawah sayap berkenaan.

Khamis, 7 Mei 2009

Gotong Royong Menyenggara Antena

Pada 3 & 7 Mei, kami telah mengadakan aktiviti gotong royong bagi menyenggara antena di Puncak Tangki dalam kawasan UUM. Antara rakan-rakan yang sudi meluangkan masa ialah 9W2FBT, 9W2UUM, SWL-TEH, SWL-MIE & SWL-SMM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...