Sabtu, 25 September 2010

Aktiviti Sintok 4x4: Sesi Ronda-Ronda Sekitar Kubang Pasu dan Kuala Nerang

Bermula di Pintu Utama UUM, tamat di Puncak Air Terjun Sungai Kechik. Perjalanan selama 2 jam melalui jalan biasa dan jalan belukar.
Jam 9.45 pagi, berkumpul di perkarangan pintu utama UUM.

Sebahagian daripada staf dan pelajar UUM yang menyertai aktiviti ini.

Sesi bergambar beramai-ramai.

Sesi bacaan doa oleh Pak Ya, orang lama di Sintok.

Berbaris sebelum bertolak.

Melalui jalan kebun di Kuala Nerang.

Berhenti sebentar ditepi jalan untuk kunci tayar.

Berbincang mengenai laluan dan lihat GPS dulu.

Pelajar Prof. Asan.


Ada halangan di depan tu.

Berhenti dulu sebelum meredah.
Berhenti di tepi Sungai di Perik.

Laluan ke rumah Mizi.
 
Di tepi sungai.

Parking dulu.

Jip 9W2UUM.

Pajero Khalid buat hal sikit.

Berehat sebentar di rumah Mizi.
 
Parking tepi sungai.

Jaga-jaga takut tersangkut di situ.

Jip yang setia.
 
9W2UUM bersama jipnya.

Pajero 9W2GOL.

Rehat di tepi sungai.
  
Adventure gear.






















Kem rekreasi milik swasta di Sungai Kechik.

Isnin, 20 September 2010

Mesyuarat Pertama Penubuhan Kelab Sintok 4X4

Dari kiri: Rosmadi, Tarmizi, Subri, ?, Sobree JPP, Khalid PKU, dan Prof. Asan (9W2GOL)
Inilah peta untuk sesi ronda-ronda dan perkelahan pada 25 September 2010 nanti.
Lokasi: Laka Corner
Masa: 12.00 - 1.00 pm
Agenda: Penubuhan kelab & aktiviti
Aktiviti pertama: Sesi ronda-ronda ahli baru. Tarikh: 25 September 2010, berkumpul di CMART, Masa: 9.00 am, kemudian bergerak ke Sungai Kechik utuk aktiviti perkelahan.

Jumaat, 17 September 2010

Aktiviti Kelab 4x4UUM, Jumaat 17 September, jam 5.00pm - 7.30pm

Lokasi: Sungai Kechik, Changlun Kedah. Jenis laluan: semi-hardcore



4X4UUM: Menikmati Keindahan Air Terjun di Changlun

Lokasi: Sungai Kechik, Changlun, Kedah
Tarikh; 18 September 2010. Masa: 7.00 p.m
Ketinggian air terjun: +- 80 kaki

Khamis, 16 September 2010

HARI PENUBUHAN MALAYSIA

16 SEPTEMBER: SAMA-SAMALAH KITA HAYATI HARI ULANGTAHUN PENUBUHAN MALAYSIA. GABUNGAN MANTAP SEMENANJUNG TANAH MELAYU, SABAH & SARAWAK. MAKA TERBENTUKLAH SEBUAH NEGARA YANG AMAN DAN MAKMUR.

Pejabat dan Rumah Suspek Pembunuhan Kejam Digeledah

"Peguam Pembunuh" terkejut kerana Dato' Sosilawati membawa 3 orang rakan

Rabu, 15 September 2010

Respons Pembunuhan Kejam ke atas Datuk Sosilawati dan Rakan-Rakannya

KRAC hari ini mengutuk perbuatan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh sekumpulan penjenayah  ke atas jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain iaitu Kamaruddin Shansuddin (pemandu), Ahmad Kamil Karim (peguam) dan Noorhisham Mohammad (pegawai bank CIMB). 

KRAC juga turut merakamkan rasa sedih dan simpati serta mengutuk jenayah tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh kumpulan penjenayah tersebut yang dipercayai didalangi seorang peguam bergelar Datuk.

Hanya manusia-manusia yang bersifat kebinatangan dan bernafsu syaitan sahaja yang sanggup memukul, membakar dan melenyapkan abu mayat ke dalam sungai. Sesungguhnya peristiwa sedih di bulan Ramadhan 1431 ini haruslah dijadikan iktibar kepada semua umat Islam bahawa dalam urusan melibatkan perniagaan dan wang jutaan ringgit - janganlah  percaya lagi dengan pemutar belit yang berada di sekeliling kita.

Sabtu, 11 September 2010

Makanan Pelik-Pelik di Thailand

Kesempatan melawat bandar Nakhon Si Thammarat menemukan penulis dengan pasar malam yang menjual makanan pelik seperti cengkerik, ulat buah, belalang, ulat kek-kek, dan pelbagai serangga lagi. Semuanya disediakan secara bergoreng dan dicicah dengan sos. Sebelum ini hanya melihat di dalam televisyen sahaja, kini penulis lihat dengan mata kepala sendiri. Mula-mula lihat makanan pelik ni rasa nak termuntah pun ada. Tapi lama-kelamaan dapat biasakan diri dan mampu ambil gambar seperti di bawah.

Khamis, 9 September 2010

Cara Membuat Panel Suria Untuk Dapatkan Tenaga Solar Sendiri

Saya telah membuat kajian dalam Internet mengenai cara membina sel suria bagi membolehkan kita menjana sumber tenaga sendiri. Hasilnya saya terjumpa laman web dan juga video di Youtube.com yang mendedahkan kaedah yang mudah. Kos bagi satu sel ialah RM20. Antara bahan utama untuk membina sel suria ini ialah kepingan tembaga yang boleh dibeli di kedai perkakasan dan larutan garam. Menurut bacaan, anggaran voltan yang terhasil bagi satu sel yang dibina ialah 0.25V. Jadi untuk mendapatkan  bekalan tenaga sebanyak 12V, kita perlu bina sebanyak 48 keping sel suria dan dirangkaikan secara selari. Untuk maklumat lanjut sila lihat video dan baca teks di laman web yang dinyatakan di bawah.
Video:


Laman web:
1. Membina Sel Solar Sendiri
2. Membina Panel Sel Solar Jenis Nipis

Frekuensi Terkini Repeater Gunung Keriang: 145.525MHz, minus 600, tone 103.50

Gunung Keriang, Kedah.

Selasa, 7 September 2010

Selamat Hari Raya

Kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan-rakan sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Semoga dapat berhari raya dengan gembira. Semoga selamat dalam perjalanan balik kampung dan kembali ke base station pun dengan selamat juga.

Selasa, 31 Ogos 2010

Kod muzik untuk blog atau laman web anda

Sekiranya anda hendak memasukkan lagu-lagu yang sedap ke dalam blog anda, sila pergi ke alamat ini - http://jancoks.blogspot.com/ . Di sini terdapat pelbagai jenis muzik baru dan lama. caranya cukup mudah. Anda hanya perlu pilih lagu. Kemudian copy kod html yang diberikan. Lepas itu paste ke dalam kotak skrip html/javascript pada blog anda.

Ahad, 29 Ogos 2010

Silent Key ... 9W2AY

Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita dikembalikan.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham 9W2AY (Pak Yop) di atas pemergian beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada roh beliau, amin ya robbal alaminnn....

Isnin, 16 Ogos 2010

Rakan dari Kulim portable di Sintok

Pada 5 Ogos 2010, rakan dari Kulim 9W2LLN (Khairul Anuar) telang datang ke Sintok atas urusan dengan Akademi Binaan Malaysia. Saya sempat ber-eyeball dengan beliau.

Haiwan-haiwan di halaman rumahku

Orang Kedah panggil 'pokka'. Ada juga yang panggil 'pokke'.

Makhluk ini adik beradik Iguanalah juga.

Pandai juga dia memberi pose menarik. Dengar cerita sekarang harganya pun mahal sebab boleh dibuat ubat aids.

Cicak hutan.

Kerengga.

Aksi kerengga berjalan macam 'spiderman'.

Segerombolan kerengga sedang berusaha membuat sarang.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Rakan dari Kulim datang ke Sintok

9W2LLN (Khairul Anuar)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...