Ahad, 30 Mei 2010

Kedai nasi ayam yang sedap di Changlun

Kedai ini berada di Kg. Titi Kerbau, bersebelahan lebuhraya Sintok - K.Perlis. Nasi dan lauknya sangat sedap dan saya rasa patut dihebahkan dalam blog ini supaya rakan-rakan ham dapat singgah jika lalu di kawasan ini.

Ayam sedang dipanggang.

Kedainya.

Harganya.

Rabu, 26 Mei 2010

Mencandat Sotong di Kuala Terengganu


Di atas bot sambil mendengar rakan ham KT sedang berQSO.

 Rakan saltmine sedang asyik mencandat.


Nah inilah hasilnya!

Isnin, 10 Mei 2010

Ahad, 9 Mei 2010

Kenapa Harus Lari Bila Ditahan Polis?

Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita remaja yang ditembak polis. Ini membuatkan ramai di kalangan anggota masyarakat melatah dan menyalahkan pihak polis. Dalam keghairahan menuding jari kepada sebelah pihak sahaja, adalah lebih baik kita berfikir sejenak akan punca di sebalik kejadian yang tidak diingini ini.

Apakah puncanya? Antara puncanya ialah degil! Kes terkini melibatkan kedegilan untuk menghentikan kenderaan. Ada juga yang degil sehingga sanggup menyerang pihak polis dengan senjata tajam.

Kepada remaja-remaja yang diluar sana, janganlah melarikan diri apabila ditahan oleh pihak polis. Adalah tidak masuk akal jika hanya atas sebab kesalahan trafik, anda terlibat dengan kejadian kejar-mengejar. Untuk menghentikan anda, pihak polis sudah tentu akan menembak tayar kenderaan anda. Peluru berkemungkinan tersasar dan akibatnya anda tertembak. Adalah lebih baik anda berhentikan kenderaan anda dan diperiksa oleh pihak polis. Bayarlah saman jika bersalah.

Ingatlah bahawa polis bertugas siang malam demi menjaga keselamatan rakyat. Gaji mereka sebenarnya tidak setimpal dengan risiko yang mereka hadapi.

Selasa, 20 April 2010

9W2UUM & 9W2RYB Berlatih Pesawat Terbang Kawalan Jauh

Inilah pesawat yang digunakan oleh kami.

Isnin, 12 April 2010

Sekali-sekala layan lagu



Once – Dealova dipersembahkan oleh LirikLaguku.Net

Sabtu, 3 April 2010

Rakan baru di Changlun - 9W2RYB

9W2RYB (Cikgu Shidi), Saltmine: Sek. Men. Sains Pokok Sena, Base station: Taman Beringin, Changlun.

Selasa, 30 Mac 2010

Kad Pengendali Amatur

Kad ini boleh diperolehi dari pejabat SKMM yang terdekat dengan kawasan anda. Anda hanya perlu serahkan dokumen AA yang asal dan wang pos bernilai RM10. Kemudian anda akan diberikan AA yang baru berserta dengan kad pengendali amatur.

Ahad, 28 Mac 2010

Tetamu dari Bera Pahang

Pada jam 7.00 petang, kami telah menerima panggilan seorang tetamu iaitu 9W2SEK (Hairi) dari Bera,  Pahang. Beliau datang untuk menemani adik beliau bagi menghadiri Majlis Konvokesyen UUM. Apabila sampai di Pekan Changlun, beliau memanggil di V24 dan disambut oleh petugas rangkaian pada waktu itu iaitu 9W2AY (Pak Yob). Setelah mendapat maklumat bahawa beliau memerlukan rumah tumpangan, kami segera mendapatkan sebuah 'homestay' untuk beliau sekeluarga di Taman Sri Meranti. Semoga beliau dapat menyelesaikan tugasan di sini dan dapat kembali ke Bera dengan selamat.

Khamis, 25 Mac 2010

Pesawat PC7 Terhempas di UUM


Pada hari ini sekitar jam 10.15 pagi, sebuah pesawat PC7 milik TUDM telah terhempas di dalam dusun buah-buahan di kampus induk UUM. Pesawat ini terjatuh semasa melakukan pertunjukan udara sempena Pesta Konvokesyen UUM ke-23. Ucapan takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Mejar Muhammed Zulrihan Jusof .

Jumaat, 26 Februari 2010

Pesta Konvokesyen UUM kali ke-23

Tarikh: 27-29 Mac 2010 (bersamaan 11-13 Rabiul Akhir 1431 Hijrah).
Sekiranya ada rakan-rakan dari luar datang untuk menghadiri majlis konvokesyen ini, silalah hubungi kami. Kami akan bersedia di saluran simpleks V24 dan di saluran repeater komersil (telco) seperti yang tertera di atas.

Rabu, 24 Februari 2010

Pelajar IPGDA berlatih abseiling di UUM


Jurulatih: 9W2ASU

9W2ASU membuat tugasan di UUM

Alhamdulillah saya sempat bertemu 9W2ASU (En. Shukor) semasa beliau datang ke UUM untuk melatih pelajarnya sejenis sukan lasak iaitu abseiling. Sukan ini menguji kemahiran kita menuruni tempat tinggi misalnya dari helikopter, gunung, dan bangunan tinggi dengan menggunakan tali berprestasi tinggi. Lokasi aktiviti ini ialah di pintu masuk Kem Sintok di dalam kampus induk UUM.

9W2ASU ialah tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman. Para pelajar beliau adalah dari pelajar Semester 3, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, menjuruskan dalam bidang Pendidikan Jasmani.

Selasa, 9 Februari 2010

Keputusan RAE 2009-2


Datuk Seri Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah


PUTRAJAYA 9 Feb. – Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. – Utusan Online

Isnin, 25 Januari 2010

Majlis Kenduri Kahwin 9W2FBT di Bukit Tangga


Selamat pengantin baru kepada Zul dan Yani. Semoga berbahagia dan kekal aman sentosa sehingga ke syurga.

Khamis, 14 Januari 2010

Testimoni P1 Wimax (Potong-Potong-Potong)

Saya baru saja melanggan P1 WIMAX. Selepas memasang dan membuat beberapa siri eksperimen, saya menyimpulkan bahawa prestasinya lebih cemerlang berbanding penyedia perkhidmatan jalur lebar yang lain. Cara saya membuat perbandingan ialah dengan menonton video di laman youtube.com. Dengan P1 WIMAX, video yang ditonton sangat lancar dan tiada loading time. Fuh! Sungguh hebat! Bagai tak percaya prestasinya. Untuk mendengar radio online pun tiada masalah, buffering timenya sangat pendek, jadi audionya berjalan lancar. Harga P1 WIMAX pun boleh dianggap lebih rendah - hanya RM49 sebulan, kelajuan 400 Mb. Teknologi yang digunakannya pula sudah mencapai tahap fourth generation (4G). Penyedia broadband lain hanya bertahap third generation (3G) sahaja. Ada yang mengenakan caj RM99 untuk kelajuan yang hampir sama. Jadi, kita sebagai pengguna yang bijak, pilihlah perkhidmatan bermutu dengan harga yang rendah.  Mujur dalam hutan Sintok pun ada pancaran gelombang P1 WIMAX. Saya nak langgan sebuah lagi modem P1 WIMAX untuk kegunaan di pejabat!

Khamis, 7 Januari 2010

Isu Penggunaan Nama "ALLAH": Bebaskan Ia Dari Unsur Kesyirikan.

Bantahan Rasmi

Sebagai seorang Islam, kami perlu bersuara untuk menyatakan TIDAK BERSETUJU penggunaan nama ALLAH oleh agama yang terang-terang mensyirikkan-Nya.

Untuk maklumat lanjut kenapa dan mengapa umat Islam harus menentang perkara ini, sila ikuti tulisan seorang pemikir dan ahli akademik Islam di http://drasmadinet.blogspot.com .

Sekian.

Hujah Penolakan Dari Ulama Tersohor - Dr. Haron Din


Selasa, 5 Januari 2010

Fenomena Aneh - Hujan Lebat Pada Musim Kemarau



Sepatutnya pada masa ini, kawasan utara Semenanjung Malaysia, masih dalam musim kering dan berangin. Namun nampaknya perubahan cuaca menjadi semakin sukar diramal. Di Changlun, hujan mulai turun dengan lebat pada jam 6.00 petang, 4 Januari 2010. Air sungai melimpah. Hasilnya berlakulah banjir di atas jalanraya menuju ke Perlis seperti dalam gambar di atas.

Ahad, 3 Januari 2010

Bertemu 9M2YAS di UUM



Alhamdulillah pada petang ini saya sempat bertemu dengan 9M2YAS (Cikgu Alias) yang berkunjung ke UUM atas urusan projek penyelidikan peringkat master beliau. Beliau menghubungi saya melalui LL selepas membaca nota yang saya lekatkan pada cermin jallopy beliau. Beliau bertugas di JPN Perlis. Dalam pertemuan singkat ini, beliau memberi tips dan mengajak saya untuk belajar CW. Kesudian beliau untuk bertemu di daratan walaupun kesuntukan masa amat dihargai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...