Aktiviti konvoi off road ini bertujuan untuk menguji ketahan kenderaan pacuan empat roda. Terdapat 3 orang pemandu profesional dan 2 orang pemandu novis. Dalam pusingan awal kesemua kenderaan dapat melepasi halangan - bukit curam dan saliran air di dalam hutan.
Sabtu, 17 Julai 2010
Khamis, 15 Julai 2010
Aktiviti meredah hutan dengan kenderaan pacuan 4 roda
6.45pm - Masuk baris dulu.
6.46pm - Instructor sudah datang.
6.50pm - Pelajar berbaris dengan pesawat masing-masing.
6.52 - Ikut saja ke mana cikgu nak bawa.
7.00pm - Tersangkut dalam paya. Jadi jurulatih tolong tarik dengan winch.
7.05pm - Bersedia untuk ditarik.
7.07pm - Sudah lepas dari halangan.
7.09pm - Latihan di dalam paya sebagai simulasi banjir.
7.15pm - Lampu isyarat depan sudah pecah sebab sondol tebing. Lepas ni kena pasang bumper yang lebih kuat.
7.20 pm - Jurulatih bergerak menuju ke jalan keluar.
8.00 pm - Setelah ditarik dengan Land Cruiser, kami pun berjaya keluar dari paya.

Ahad, 11 Julai 2010
Puncak Bukit Kachi
Bukit ini terletak tidak jauh dengan penginapan pelajar UUM di Bukit Kachi.
Di atas kemuncak ini suasananya sungguh dingin sekali, seolah-olah berada di Cameron Highland.
Dari sini, pemandangan terbentang luas - dari DPP Sime Darby, Kampus induk UUM & sehingga ke sempadan Thailand. Turut dapat di'skodeng' ialah Bukit Kayu Hitam, Pekan Danok, dan empangan Siam.

Khamis, 8 Julai 2010
Eyeball
Eyeball bersempena meraikan rakan yang baru dapat lesen iaitu 9W2EAE. Turut hadir ke eyeball ialah 9W2FBT, 9W2RYB, & 9W2UUM.
Ahad, 4 Julai 2010
Selamat datang kepada pelajar baru UUM
Hari ini hari pendaftaran pelajar-pelajar baru di UUM. Semoga semua dapat selesaikan proses pendaftaran dan dapat kembali ke destinasi dengan selamat.
Jumaat, 2 Julai 2010
Kehilangan Geran Kenderaan: Apa prosedur JPJ untuk mendapatkan geran baru?
Jika ada di kalangan rakan-rakan mengalami masalah KEHILANGAN GERAN KENDERAAN, jangan risau kerana prosedur terbaru JPJ (pindaan 2010) amatlah mudah dan tidak menyusahkan pengguna (rakyat). Jika sebelum ini anda perlu membuat laporan polis, membuat pemeriksaan PUSPAKOM dan lain-lain prosedur yang memenatkan, kini anda hanya perlu sertakan:
1. Borang JPJK(Pind.1/2010) - 2 salinan
2. Borang Butiran Pemohon - 1 salinan
3. Salinan kad pengenalan pemilik / waris
4. Duit RM50.00 secara tunai
Berdasarkan pengalaman saya membuat cetakan geran kenderaan baru pada pagi tadi (2 Julai 2010, di JPJ Perlis), masa yang diambil hanyalah 5 minit sahaja (tidak termasuk masa menunggu giliran).
Tahniah diucapkan kepada kakitangan JPJ Perlis yang sangat mesra pelanggan. Saya berpuas hati dengan layanan kesemua staf. Terima kasih juga kepada Pengarah JPJ kerana membuat prosedur baru yang amat mudah untuk pengguna. Prosedur yang mudah dan cekap ini harus dicontohi oleh jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan yang lain.

Khamis, 1 Julai 2010
Khamis, 24 Jun 2010
OFF ROAD 4X4 DE CHANGLOON
Petang tadi saya terserempak dengan rakan hobi 4x4 yang sedang menguji kenderaan lasak mereka. Oleh kerana tertarik dengan aktiviti lasak ini, saya pun turut serta dalam kenderaan pacuan empat roda ini meredah hutan. Ternyata kenderaan ini sangat lasak kerana mampu melepasi pelbagai halangan yang tidak dapat diharungi dengan kenderaan biasa.
Selasa, 22 Jun 2010
Cara Pengeringan Udang Geragau Yang Amat Menjijikkan
Maklumat ini saya perolehi dari e-mel seorang rakan sekolah yang bertugas sebagai doktor perubatan.
--->Aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan di Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.
1.Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.
2.Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.
3.Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.
4.Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.
5.Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?
6.Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.
7.Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Man akala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.
8.Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.
9.Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..
10.Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja KENCING hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astarghfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Isnin, 21 Jun 2010
Serik Naik Bas Ekspres Alisan
Kisah benar ini berlaku pada 18 Mac 2010 yang lalu. Walaupun sudah lama, tapi saya rasa patut diceritakan kepada rakan-rakan supaya anda semua tahu apa yang patut dibuat jika kena ke atas diri anda. (Semua butiran dan bukti masih disimpan). Kisahnya saya beli tiket dari Pudu Raya ke A. Setar di kaunter Alisan (masa tu Pudu raya masih dibuka). Harganya RM50 dan dijanjikan bas selesa sehingga ke A.Setar. No bas itu ialah AGH8837. Mula bertolak jam 9.30 pagi. Mula-mula seronok la bas dua tingkat dan selesa. Nak jadi cerita sampai saja di R&R Bukit Gantang pada jam 12.50 tgh, terdengarlah bunyi suara driver India terpekik terlolong suruh penumpang yang nak ke A.Setar turun. Saya yang sedang mamai masa tu tak sempat nak fikir apa terus turunlah. Ingat kot dah sampai ke destinasi. Bila turun driver tu suruh angkat beg dan pindah ke bas lain (yang tiada kaitan dengan Alisan). Bas itu buruk dan tidak sesuai langsung untuk seorang bertaraf profesional. Memang hampeh sungguh. Oleh sebab tiada persediaan dan tiada idea langsung apa yang sedang berlaku, saya pun ikut saja cakap India tu.
Selepas naik bas yang kedua itu baru saya tersedar bahawa saya (dan 2 orang lagi penumpang lain) telah tertipu sebenarnya. Driver itu sebenarnya malas nak ke A.Setar. Dia nak terus bergerak ke Hatyai. Mungkin sebab pompuan Siam dok tunggu dan tak tahan-tahan dah kot. Saya pun sudah hot dan apalagi terus call boss Alisan dan bambu dia cukup-cukup lah. Ini nombor boss Alisan jika kes ini terjadi lagi kepada anda - 03-2032 2273. Tauke Alisan ni bagus sebab dia 'good listener'. Dia kata dia akan call driver, to know what was happen. Saya kata "eloklah tu aku memang marah sangat ni dengan tindakan driver hang yang kurang ajar ni". Kemudian lagi sekali saya call dia, dan dapat tau lah temberang si driver tu. Katanya nak tukar minyak hitamlah (sebab tu korbankan keselesaan penumpang tiga orang). Alasan macam itu hanyalah alasan bodoh saja. Kenapa tidak tukar minyak hitam sebelum bertolak. Bodoh punya kerja kan?
Isunya di sini ialah PENIPUAN terhadap pengguna. Kita bayar mahal-mahal, tetapi servis tidak seperti yang dijanjikan. Bukannya kita guna perkhidmatan depa secara percuma. Sekarang saya sudah serik untuk naik bas ekspres kucing kurap macam ini. Hati-hatilah kalian. Kita sebagai pengguna seharusnya mendapatkan perkhidmatan yang terbaik setimpal dengan apa yang kita bayar. Jika terpaksa naik bas ekspress lagi saya tidak akan turun untuk bertukar bas selagi tidak sampai ke destinasi. Kali ni tau la aku cara nak ajaq depa ni!!!!
Ahad, 13 Jun 2010
Kenduri Rakan Amatur di Chuping, Perlis.
Kedua mempelai sedang menyambut tetamu yang hadir.
Pak Lang Tiger sedang 'ber-QSO' secara langsung dengan 9W2FBT.
Pak Hussien (9W2HLL) juga turut hadir.
Pak Lang Tiger sedang 'ber-QSO' secara langsung dengan 9W2FBT.
Pak Hussien (9W2HLL) juga turut hadir.
Sabtu, 12 Jun 2010
Selasa, 1 Jun 2010
Ahad, 30 Mei 2010
Kedai nasi ayam yang sedap di Changlun
Kedai ini berada di Kg. Titi Kerbau, bersebelahan lebuhraya Sintok - K.Perlis. Nasi dan lauknya sangat sedap dan saya rasa patut dihebahkan dalam blog ini supaya rakan-rakan ham dapat singgah jika lalu di kawasan ini.
Ayam sedang dipanggang.
Kedainya.
Harganya.
Rabu, 26 Mei 2010
Mencandat Sotong di Kuala Terengganu
Di atas bot sambil mendengar rakan ham KT sedang berQSO.
Rakan saltmine sedang asyik mencandat.
Nah inilah hasilnya!
Isnin, 10 Mei 2010
Ahad, 9 Mei 2010
Kenapa Harus Lari Bila Ditahan Polis?
Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan berita remaja yang ditembak polis. Ini membuatkan ramai di kalangan anggota masyarakat melatah dan menyalahkan pihak polis. Dalam keghairahan menuding jari kepada sebelah pihak sahaja, adalah lebih baik kita berfikir sejenak akan punca di sebalik kejadian yang tidak diingini ini.
Apakah puncanya? Antara puncanya ialah degil! Kes terkini melibatkan kedegilan untuk menghentikan kenderaan. Ada juga yang degil sehingga sanggup menyerang pihak polis dengan senjata tajam.
Kepada remaja-remaja yang diluar sana, janganlah melarikan diri apabila ditahan oleh pihak polis. Adalah tidak masuk akal jika hanya atas sebab kesalahan trafik, anda terlibat dengan kejadian kejar-mengejar. Untuk menghentikan anda, pihak polis sudah tentu akan menembak tayar kenderaan anda. Peluru berkemungkinan tersasar dan akibatnya anda tertembak. Adalah lebih baik anda berhentikan kenderaan anda dan diperiksa oleh pihak polis. Bayarlah saman jika bersalah.
Ingatlah bahawa polis bertugas siang malam demi menjaga keselamatan rakyat. Gaji mereka sebenarnya tidak setimpal dengan risiko yang mereka hadapi.
Selasa, 20 April 2010
Langgan:
Catatan (Atom)