Sewaktu kita enak tidur dalam bilik dan di atas tilam empuk, mereka hanya beralaskan tikar plastik di dalam khemah yang didirikan di atas pembahagi jalan. Mereka yang dimaksudkan ialah sebahagian penduduk di sekitar Titi Gajah dan Kepala Batas yang dilanda dugaan banjir besar. Sewaktu kami meninjau pada jam 1.00 pagi tadi, kelihatan kebanyakan mereka belum tidur, berkemungkinan sedang berjaga kerana khuatirkan gelombang banjir kali kedua. Kenderaan mereka pula diletakkan di tepi jalanraya dan atas jejambat untuk mengelakkan ditenggelami air.
Kecilnya khemah. Muat berapa orang ni?
Khemah dan bangsal di atas pembahagi jalan.
Istana Anak Bukit berada di lokasi yang agak tinggi. Kawasan lapang depan
pintu masuknya menjadi kawasan letak kereta sementara bagi rakyat sekitar. Daulat Tuanku!
JITRA: Mayat wanita warga Jerman berusia 64 tahun yang dihanyutkan arus deras bersama anak dan menantunya, ditemui tersangkut pada sebatang pokok berhampiran rumahnya di Kampung Kerenjis, Kota Giam, di sini, kira-kira 100 meter dari tempat dia berpaut di bawah jambatan kampung berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata Erna Fischer, 64, ditemui kira-kira jam 5.45 petang semalam oleh penduduk kampung dan pasukan keselamatan.
“Mangsa ditemui tidak jauh dari tempat kejadian di sungai berkenaan selepas dua hari dihanyutkan arus deras.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jitra (HJ) untuk dibedah siasat,” katanya di sini semalam.
Dalam kejadian Selasa lalu, wanita warga Jerman berusia 64 tahun itu hilang dan dikhuatiri lemas manakala anak lelaki serta menantunya terselamat dengan memanjat dan berpaut pada pokok selepas mereka dihanyutkan arus deras banjir.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa bersama anaknya, Yusof Abdullah, 41, juga warga Jerman serta menantunya, Ashalehah Zain, 40, warga tempatan dikatakan panik apabila mendapati air memasuki rumah mereka melebihi paras pinggang menyebabkan mereka keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, sebaik keluar dari rumah, ketiga-tiga mereka dihanyutkan arus deras sejauh kira-kira 300 meter sebelum sempat berpaut pada pokok, manakala mangsa sempat berpaut pada jambatan.
UUM ONLINE:UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) telah memutuskan bahawa Peperiksaan Akhir Semester Pertama Sesi 2010/2011 (A101) yang jadual peperiksaan asal bermula dari 8 November 2010 hingga 3 Disember 2010 telah dipinda kepada 21 November 2010 hingga 13 Disember 2010.
Bagi jadual waktu peperiksaan yang dijadualkan pada 21 November 2010 hingga 3 Disember 2010 adalah kekal dan tidak berubah.
Manakala jadual waktu peperiksaan yang dijadualkan pada 8 November 2010 hingga 20 November 2010 telah dijana semula pada 4 Disember 2010 hingga 13 Disember 2010.
Semua pelajar dan pensyarah diminta mencetak semula slip jadual waktu peperiksaan di portal masing-masing selepas pindaan bermula 8 November hingga 13 Disember 2010.
Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Puan Zanariah binti Yaakob di talian 04-928 3106 /3160/3150/3112/3189.
Petang kelmarin 3 November 2010, saya sempat melawat kawasan yang dilimpahi air sekitar Jitra. Ini termasuklah lokasi seorang warga Jerman yang maut dihanyut arus deras. Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat saya rakam.
Jalan menuju ke lebuhraya PLUS ditutup. Sekarang ia sudah dibuka semula.
Jalan ke Malau ditutup kepada kenderaan ringan.
Sungai Bata menerima air dari Changlun.
Air di Sungai Bata masih banyak.
Rumah berhampiran Sungai Bata.
Banglo juga dimasuki air.
Jalan menuju ke Malau.
Lori JKR memberi bantuan dalam pemindahan penduduk.
Jalan masih dilimpahi air.
Sawah padi habis tenggelam.
Inilah Kampung Biak.
Penduduk keluar meninjau keadaan air.
Air sudah surut sedikit pada bahagian ini.
Pada malam sebelumnya, air naik di kawasan ini setinggi hampir 5 kaki.
Bayangkan jika 1 kaki ia mempunyai 1/3 tan daya tolakan.
Pukat dipasang merentangi laluan air.
Sawah, 'sunset', dan banjir.
Anak pokok padi tidak dihanyutkan.
Di hujung sawah inilah tempat di mana seorang warga Jerman maut
kerana dihanyutkan oleh arus deras.
Jalan tar mini pun sudah pecah.
Pukat sudah mengena.
Jalan alternatif menuju ke Jitra.
Ini jalan menuju ke Taman Melor, Banai, Lubuk Batu, dan Wang Tepus.
Jalan ke Wang Tepus ditutup kerana Sungai Padang terap juga sedang mengganas.
Banjir di Hatyai khabarnya semakin pulih. Kebanyakan jalan sudah dibuka. Ini adalah gambar-gambar sewaktu banjir di Hatyai pada 1 November 2010 yang kami rakam dari atas sebuah hotel.
POSTING INI BERTUJUAN UNTUK MENGESAHKAN BAHAWA KEADAAN BANJIR DI CHANGLUN, UUM & SINTOKSUDAH PULIH. AIR DI ATAS JALAN SUDAH SURUT. LALUAN KE SELATAN TELAH DIBUKA SEPENUHNYA.