Sabtu, 9 Julai 2011

Jadilah rakyat yang PATRIOTIK!

Anda ahli radio amatur? Anda seharusnya mempunyai ciri patriotik kepada negara anda. Anda mesti sayang negara anda. Elakkan huru-hara.

Jagalah keamanan Malaysia! Selamat Bertugas PDRM.

Kami selaku warganegara yang cintakan keamanan Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada PDRM dan agensi keselamatan lain yang berusaha bersungguh-sungguh demi menjaga keamanan negara. Sesungguhnya keamanan negara teramat tinggi nilainya untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Hindarilah diri anda dan keluarga anda daripada terikut-ikut dengan cara pemikiran pengkhianat negara serta anasir asing yang cemburukan kesejahteraan negara MALAYSIA - bumi bertuah ini.

Baca ikut loghat Kedah pekat - "Apa hampa dapat kalau negara huru-hara? Oghang nak meniaga pun tak boleh. Nak makan lagi la payah. Nak berjalan ghumah adik beradik pun susah. Akhirnya semua hidup melarat, sebab hampa dok pelingkup ekonomi negara seniri".

Ahad, 1 Mei 2011

Hari Keluarga KARIB & Ahli Radio Amatur Utara di Lata Mengkuang Sik

Rakan-rakan dari SP, Sik, & Alor Star juga turut serta.

Air terjun di Lata Mengkuang.

Pertunjukkan ular.

Para hadiran.

YL Baling mari.

Rabu, 27 April 2011

Hari Keluarga Kelab Radio Amatur & Rekreasi Baling (KARIB 2011)


Tarikh: 29 April - 30 April 2011
Hari: Jumaat & Sabtu
Tempat: Lata Mengkuang, Sik, Kedah.

Antara aktivitinya: Eyeball, tahlil, kuliah Subuh, bengkel antena & sukaneka.

Khamis, 14 April 2011

Mesyuarat Agung ASTRA kali ke-14 di Perlis


Tarikh: 16 April 2011
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tgh
Lokasi: Putra Palace Hotel, Perlis.

Selasa, 29 Mac 2011

Kebocoran Radioaktif di Jepun semakin membimbangkan


Pakar-pakar nuklear semakin bimbang kerana terdapat bukti bahawa kebocoran plutonium daripada loji nuklear Jepun di Fukushima. Plutonium merupakan bahan radioaktif yang paling berbahaya dan ia bersifat toksik. Bahan radioaktif ini tidak mudah untuk musnah dengan cepat. Apa yang menakutkan ialah bencana ini kemungkinan tiada kesudahannya dan akan berpanjangan menjangkau ratusan ribu tahun. Kesan radioaktif ini sekarang sudah dapat di kesan di Amerika Syarikat, Kanada dan China. Jadi benarlah kata Dr. Mahathir bahawa kita tidak seharusnya menggunakan nuklear sebagai sumber tenaga kerana kefahaman manusia tentang nuklear masih terhad. Kita tidak mampu mengawalnya apabila ia bocor ke persekitaran manusia.

Rabu, 23 Mac 2011

Kejadian Tsunami Jepun 11/03/2011 sudah dibayangkan dalam al-Quran

1)Ayat mana yang menceritakan kejadian ini?
Cara tafsiran:
Tukar tarikh kejadian: 11/3/2011 kepada tarikh Islam 6 RabiulAkhir 1432 Hijrah atau 6/4/1432.
Jadi tahun Hijrah 1432 di pecahkan 14 dan 32.
2)Apa maksud 14?
14 merujuk kepada Juzuk ke 14 Quran, dan bulan 4 merujuk kepada ayat ke 4.
Rahsia  angka tahun ini :  Juzuk 14 ayat ke 4.

Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan
:
"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".
3)Apa pula maksud 32?
Pecahkan 32 kepada 3 dan 2.
Untuk pecah rahsia ini, kita rujuk kedudukan geografi Jepun iaitu: latitude 36, Longitude 138. Umpukkan nilai latititude dan longitude ~
3+6+1+3+8 = 21
kemudian umpukkan 2+1 = 3
***Terbukti angka tiga adalah setara dengan nilai umpukan lokasi bagi negara Jepun.

Berdasarkan kaedah yang sama, kita cuba pula secara spesifik ke atas lokasi Wilayah yang terkena malapetaka iaitu Wilayah Seedai, kedudukan geografinya ~ latitiude 38'15 dan longtitude 140'53, maka buat umpukan seperti tadi -
  
3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
kemudian umpukan 3+0 = 3.
*lagi sekali angka 3 muncul. Ini membuktikan angka 3 itu merujuk kepada Wilayah Seedai di Jepun.

4. Apa maksud tarikh 6 haribulan?
Kita rujuk kepada masa kejadian. Menurut Jabatan Meteorologi Rusia, gempa bumi berlaku pada jam 14:46 waktu Jepun.
Jadi umpukkan 1+4+4+6 =15
kemudian 1+5 = 6
***Terbukti angka 6 menafsirkan masa yang akan berlaku.

5. Apa maksud angka 1 dalam 14?
Angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. Maksudnya di dalam takwim Islam, Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Jadi angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

Kesimpulan:
Lihatlah betapa benarnya ayat al-Quran. Segala yang  dinyatakan tetap berlaku, walaupun suduh lebih 1400 tahun kitab suci ini telah diturunkan. Ini bermakna walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun, al-Quran tetap benar bagi sepanjang zaman.

Dipercayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. Namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulianya al-Quran dan segala ayat yang di ungkapkan di dalamnya.

Di persilakan untuk berkongsi hasil 'quranic research' ini. Mudah-mudahan ia sentiasa mengingatkan kita tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya.

Khamis, 3 Mac 2011

Selebriti datang ke UUM

Pelakon filem Santau ~ Putri Mardiana

Esma Danial, Putri Mardiana  dan wakil dari Unifilem UUM.

Check-in di EDC UUM

Isnin, 14 Februari 2011

12 Rabiul Awal: Hari Kelahiran Nabi Muhammad (S.A.W)

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Isnin, 7 Februari 2011

UFO di Sabak Bernam?

TIGA pergerakan objek bercahaya yang berjaya dirakam di kawasan kem askar Sabak Bernam, Selangor baru-baru ini.
 SHAH ALAM – Seorang kakitangan awam mendakwa berjaya merakam satu cahaya objek terbang yang tidak dikenali (UFO) melintas di kawasan sebuah kem askar di Sabak Bernam ketika bertugas pada Jumaat lalu.
Asri Harun Abd. Rahman, 42, yang membuat rondaan ketika itu terkejut setelah melihat sebuah objek bercahaya yang terang seperti lampu limpah menerangi langit kira-kira pukul 5.30 pagi.
Dakwanya, selama bertugas di situ sejak 11 tahun lalu, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku dan menyifatkan ia merupakan perkara pelik pernah dialami.
“Cahaya objek itu bulat, sangat terang dan tidak bergerak ke mana-mana.
“Kebetulan, pada waktu itu tiada satu bintang kelihatan dan cahaya itu tidak berkelip-kelip seperti bintang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sumber Kosmo Online

762 pelajar dari Jeddah tiba pagi ini

JAMIL KHIR beramah mesra dengan sebahagian pelajar Malaysia di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj, Jeddah semalam.

JEDDAH – Seramai 762 pelajar Malaysia yang ditempatkan di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj di sini menjadi kumpulan pertama berlepas pulang ke tanah air dengan penerbangan pertama pada pukul 6.30 petang waktu tempatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, seramai 320 orang akan menaiki penerbangan AirAsia, diikuti 442 lagi dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dijadual berlepas pukul 8 malam (waktu tempatan) semalam.
“Kedua-dua penerbangan ini dijangka tiba serentak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.30 pagi ini,” katanya ketika memberi taklimat kepada kumpulan pertama pelajar yang akan berlepas pulang di sini semalam.
Jamil Khir juga memberitahu, ketibaan kumpulan pelajar itu akan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber Kosmo

Ahad, 30 Januari 2011

Krisis di Mesir Menunjukkan Betapa Mudahnya Untuk Melumpuhkan Internet


Berita selanjutnya klik di sini
.

Apabila Internet terputus, penyelesaiannya ialah radioamaturnet la pulak. :)
Untuk maklumat lanjut anda boleh menggunakan teknologi packtor atau amtor untuk berhubung ketika keadaan mendesak.

Krisis di Mesir: Komuniti Radio Amatur Membantu Menyalurkan Maklumat

Apabila kerajaan Mesir memutuskan semua talian perhubungan dengan dunia luar, ahli radio amatur menjadi hero dalam penyaluran maklumat. Mereka berkomunikasi melalui kod Morse melalui saluran 7078.70 KHz.

Selasa, 18 Januari 2011

Isnin, 3 Januari 2011

Wang Kelian ~ Pekan Hari Di Sebalik Bukit

Wang Kelian merupakan kawasan berbukit yang berhampiran sempadan Thailand. Ia terletak dalam negeri Perlis. Keunikannya ialah terdapat pekan hari yang boleh dikunjungi oleh penduduk kedua-dua negara tanpa memerlukan dokumen perjalanan. Kawasan membeli belah di sebelah Thailand di panggil Wang Prachan. Terdapat pelbagai barangan menarik misalnya permainan, cenderamata, barangan terpakai dan lain-lain.

Bukit Batu Kapur di Wang Kelian


Basikal antik

En. Jas sedang mencuba basikal antik.

Best!

Ramai juga pengunjung dari Thailand.

Khamis, 9 Disember 2010

Video Mengenai Radio Amatur Di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)

Komander Doug Wheelock membuat penerangan mengenai penggunaan radio amatur di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa. Beliau menggunakan call sign "NA1SS," dan telah bercakap dengan pengendali radio amatur di bumi semasa stesen itu terbang pada kelajuan 17, 500 bsj. Beliau telah mendarat di bumi pada 25 November 2010 yang lalu. Maklumat frekuensi ialah 145.800MHz (downlink), 144.490Mhz(uplink). Maklumat jangkaan laluan ISS di  atas negara Malaysia boleh diperolehi dari laman http://www.issfanclub.com

Ahad, 5 Disember 2010

Gelombang Radio Dari Planet Saturn

Cuba anda dengar bunyi yang berpunca dari gelombang radio dari planet Saturn. Planet Saturn yang ada lingkaran di atmosferanya tu. Takkan anda tak ingat. :)  Bunyi ini  dirakam oleh kapal pengembara angkasa Cassini pada tahun 2004. Dengarlah betul betul...kemungkinan anda boleh faham apa yang ingin disampaikan oleh 'penghuni' planet berkenaan. Yang pasti sehingga hari ini pun, pihak NASA masih buntu, apakah punca yang menghasilkan gelombang radio yang membawa bunyi berkenaan.



Sabtu, 27 November 2010

AMARAN CUACA BURUK DARI JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

JMM-PRC(O)-LK-04
Our Ref: ( JMM.RML06/701/10JLD68(49) )

NASIHAT HUJAN LEBAT/RIBUT PETIR
(PERINGKAT KUNING)
Dikeluarkan pada: 10.10 pagi 24/11/2010

SEKSYEN A Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang) mulai pagi Ahad, 28 November 2010 dan dijangka berterusan sehingga malam Selasa, 30 November 2010.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

SEKSYEN B
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Kota Star, Pendang dan Yan) mulai pagi Isnin, 29 November 2010 dan dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 1 Disember 2010.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

 

Data Taburan Hujan Harian di Semenanjung Malaysia

 Data diperolehi dari imej satelit.
 Data ini diperolehi dari imej radar.

Sumber: http://www.met.gov.my

Khamis, 25 November 2010

SEMINAR: "Synchronizing Emergency Communication In Disaster Management Among The Radio Amateur Community in Malaysia 2010” (RACIM 2010)

Sukacita dimaklumkan bahawa International Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) akan menganjurkan satu seminar kebangsaan bertajuk Synchronizing Emergency Communication In Disaster Management Among The Radio Amateur Community In Malaysia 2010”(RACIM 2010). Seminar ini dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Mohamed Thajudeen Bin Abdul Wahab, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara.

Yuran: RM200 (termasuk makan waktu seminar, bahan-bahan utk praktikal membuat antena YAGI, dan Fox Hunting Game ). Untuk pendaftaran, hubungi : Pn. Noorizuana: 019-4563952 , 04 - 928 4751. Seminar ini diiktiraf oleh ITU, IARU dan MCMC.

http://www.skmm.gov.my/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...