SEJARAH ASAL-USUL KAMPUNG CHANGHAI
Fakhrul Anuar Aziz
Universiti Utara Malaysia
fakhrul@uum.edu.my
Abstrak
Asal usul nama sesebuah tempat
amat menarik untuk dikaji kerana ia menyimpan cerita tersendiri. Kebiasaannya
cerita di sebalik nama tempat hanya diturunkan secara lisan dari satu generasi
ke satu generasi. Oleh yang demikian penulis menyedari bahawa amatlah wajar
kisah-kisah ini direkodkan secara bertulis supaya ia dapat dibaca oleh generasi
seterusnya. Penulisan ini berdasarkan temuramah dengan lima orang penduduk Kampung
Changhai. Penulis mendapatkan cerita mereka dan direkodkan sebagai suatu
dokumen sejarah tempatan.
Pengenalan
Penulisan sejarah tempatan amat penting untuk dikaji dan direkodkan kerana
ia membolehkan rakyat atau penduduk setempat mengetahui sejarah tempat mereka
sendiri. Aktiviti penulisan sejarah tempatan ini membantu pihak berwajib dalam
bidang sejarah mengumpulkan maklumat bagi rujukan generasi akan datang.
Penulis memilih sebuah kampung kecil yang berada
berhampiran Bandar Changlun untuk dijadikan subjek kajian. Kampung itu diberi
nama Kampung Changhai. Namanya unik kerana mempunyai unsur perkataan Siam. Berdasarkan
keunikan inilah penulis mendapat inspirasi dan motivasi untuk menyelidik
tentang asal usul nama kampung ini. Pemandangan kampung ini ditunjukkan dalam
Gambar 1. Peta atau gambar satelit berkaitan kampung ini ditunjukkan dalam
Gambar 2.
Gambar 1: Pemandangan sebuah rumah kayu dan petak sawah padi
di Kampung Changhai, Changlun Kedah.
Gambar 2: Pemandangan dari imej satelit. Sumber: Google Map
Carian perpustakaan yang telah dijalankan menemukan
gambar-gambar poskad bertarikh sekitar awal 1900 seperti dalam Gambar 3 dan
Gambar 4 di bawah.
Gambar 3: Rombongan seorang anak Raja Siam tiba
di Changloon dengan menaiki gajah.
di Changloon.
Daripada gambar-gambar berkenaan kita boleh katakan
bahawa gajah-gajah digunakan sebagai kenderaan di Pekan Changlun yang terletak
berhampiran Kampung Changhai. Berdasarkan gambar-gambar lama ini juga kita
dapat lihat betapa pentingnya penggunaan gajah sebagai mod pengangkutan pada
zaman dahulu.
Kajian terdahulu yang berkaitan topik sejarah lisan dan pengaruh
bahasa Siam di Kedah telah dilakukan oleh Kuroda (1992, 1995, 2015), Kobkua
(1994) dan Sohaimi & Omar (2010). Kuroda kerap mengkaji sejarah lisan
penduduk, terutamanya di kawasan utara Kedah. Dalam penulisan beliau, ada
dinyatakan tentang pengaruh bahasa Siam dalam pertuturan rakyat Kedah pada
zaman dahulu. Kobkua pula mendefinasikan orang Islam yang bercakap Siam sebagai
Sam-Sam. Menurut beliau ramai golongan Sam-Sam di utara Malaysia telah
berasimilasi dan kini dikenali sebagai Melayu. Sohaimi & Omar pula mengkaji
pengaruh bahasa Siam Sam-Sam dalam permainan wayang Gedek yang terdapat di
Asun, Jitra, Kedah. Mereka menggunakan Tok Dalang wayang ini sebagai subjek
kajian.
Pengumpulan Maklumat
Penulis telah menjalankan kajian melalui kaedah temuramah bagi menjawab
persoalan kenapa kampung ini dinamakan ‘changhai’. Seramai 5 orang penduduk
kampung ini terlibat dalam proses pengumpulan data. Mereka telah diminta untuk
menceritakan latar belakang sejarah dan asal usul kampung berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman mereka bergaul dengan generasi terdahulu. Mereka
telah memberikan kerjasama dengan baik.
Responden 1: Encik Adnan Bin Haji Yunus, 54. “Sejarah kampung Changhai dikatakan
berkaitan dengan kisah seekor gajah yang hilang di sekitar kampung ini.
Kejadian ini berlaku pada masa penghantaran ufti dan bunga emas dari Kedah ke
Siam. Pengembalanya berusaha mencari tapi tidak jumpa. Sejak itu, kawasan
peristiwa kehilangan ini digelar changhai yang bermaksud gajah hilang”.
Responden 2: Encik Azmi Bin Nazin, 65. “Setahu saya pada zaman dahulu, memang gajah
digunakan untuk kerja-kerja di dalam kampung. Misalnya gajah digunakan untuk
kacau air dalam kubang sampai air jadi betul-betul keruh. Masa itu ikan-ikan
jadi pening. Maka penduduk kampung pun dapat menangkap ikan dengan mudah.
Responden 3: Encik Nazri Bin Abdul Aziz, 45. “Saya mendapat tahu kisah ini daripada orang
tua di kampung ini. Beliau baru sahaja meninggal. Umurnya lebih kurang 87
tahun. Beliau mengatakan bahawa perkataan changhai memang berasal daripada
perkataan Siam. Chang bermaksud gajah, hai bermaksud hilang. Kisahnya adalah
berkaitan gajah rombongan penghantaran bunga emas Kedah ke Siam terkejut
apabila terjatuh titi. Gajah itu menjadi terkejut dan melarikan diri. Akhirnya
gajah itu ditemui di kawasan kampung ini, lalu dinamakan Changhai.”
Responden 4: Encik Zakaria Bin Tahir, 82. “Gajah itu jatuh di satu kawasan sungai di
pekan Changlun sana. Gajah itu lari ke kawasan kampung ini. Lepas itu dia
hilang di sini. Jadi itulah asal usul nama kampung ini.”
Responden 5: Encik Senayan Bin Saad, 72. “Mengikut cerita orang dulu-dulu, ada seekor
anak gajah hilang di tempat ini. Peristiwa tu menjadi nama kampung inilah. Perkataan
Changhai itu asalnya daripada bahasa Siam.”
Perbincangan
Daripada maklumat yang telah dikumpulkan, didapati semua responden
mengaitkan kampung mereka dengan gajah. Seramai 4 orang responden menceritakan
secara tepat bahawa terdapat kisah gajah hilang pada suatu masa dahulu. Lokasi
gajah hilang itu ialah di dalam kampung mereka. Seorang responden menceritakan
kegunaan gajah selain sebagai kenderaan.
Penceritaan lisan yang
dikumpulkan menumpu kepada satu peristiwa besar iaitu kehilangan seekor gajah
dalam rombongan penghantaran bunga emas dari Kedah ke Siam. Perjalanan dari
Kota Setar akan melalui kawasan yang kini dikenali Changlun. Di Changlun ini
berlaku peristiwa gajah terjatuh dan ada gajah yang terkejut lalu melarikan
diri ke kawasan Kampung Changhai.
Gambar-gambar lama yang
diperoleh juga memberi bukti bahawa kawasan sekitar kampung ini adalah kawasan
laluan rombongan bergajah yang berulang alik dari Kedah ke Siam. Ini
mengukuhkan lagi dakwaan penduduk bahawa asal-usul nama kampung mereka adalah berkaitan
dengan gajah.
Kesimpulan
Berdasarkan kajian ringkas ini, penulis berpendapat bahawa asal-usul nama
kampung ini sememangnya berasal daripada peristiwa gajah hilang. Dalam loghat Siam
Kedah, chang bermaksud gajah, manakala hai bermaksud hilang. Jadi lokasi
peristiwa itu dipanggil Changhai sehingga hari ini. Kajian lebih lanjut perlu
dibuat untuk mengetahui anggaran masa peristiwa gajah hilang berkenaan dan
penghijrahan penduduk yang berbahasa Siam ke utara Kedah.
Rujukan
Kedah-Malaya~postcard~Rajah Muda & Tongkoos Returning. Diperoleh pada
1 November 2021 di https://www.worthpoint.com/worthopedia/kedah-malaya-postcard-rajah-muda-127844166
Kuroda, K., (1992 )"The
Sam Sams of Kubang Pasu; the Historical relations Between
Kedah and Siam Viewed from a 'Kampung,'" Local Societies in Malaysia 1, Tokyo.
Kuroda,K., (1995) "Samsam
and Siamese-A Short History of the Thai-speaker in
Kedah"(in Japanese),
Nampo-Bunka Tenri Bulletin of South Asian Studies. 22.
pp.44-64
Kuroda, K., (1992 )"The
Sam Sams of Kubang Pasu; the Historical relations Between
Kedah and Siam Viewed from a
'Kampung,'" Local Societies in
Malaysia 1,
Tokyo.
Kuroda,K., (1995) "Samsam
and Siamese-A Short History of the Thai-speaker in
Kedah"(in Japanese),
Nampo-Bunka Tenri Bulletin of South Asian Studies. 22.
pp.44-64
Kuroda, K., (1992 )"The
Sam Sams of Kubang Pasu; the Historical relations Between
Kedah and Siam Viewed from a
'Kampung,'" Local Societies in
Malaysia 1,
Tokyo.
Kuroda,K., (1995) "Samsam
and Siamese-A Short History of the Thai-speaker in
Kedah"(in Japanese),
Nampo-Bunka Tenri Bulletin of South Asian Studies. 22.
pp.44-64
Kuroda, K., (1992). The Sam Sams of Kubang Pasu; the Historical relations Between Kedah and Siam Viewed from a 'Kampung,' Local Societies in Malaysia 1, Tokyo.
Kuroda,K.,
(1995). Samsam and Siamese-A Short
History of the Thai-speaker in Kedah (in
Japanese), Nampo-Bunka Tenri Bulletin of
South Asian Studies. 22. pp.44-64.
Kuroda, K., (2015). Inland people of
Kedah; Thai speaker in history. In book
Islam and Cultural Diversity in Southeast Asia. Tokoro, Ikuya (ed.3). pp.17
Prince
Necorn Sawan Paribatra in Chang Loon. Diperoleh pada 1 November 2021 di http://2bangkok.com/prince-necorn-sawan-paribatra-in-chang-loon.html
Sohaimi, A. A., dan Omar, Y., (2010). Perkembangan Identiti Kaum
Peranakan Samsam Islam: Satu kajian kes seorang Dalang Wayang Gedek di Kedah. SARI:
Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 28 (2). pp. 83-107. ISSN 0127-2721
Suwannathat-Pian,
K. (1994). The Sam-Sams: A Study of Historical and Ethnic Assimilation in
Malaysia. Sojourn: Journal of Social Issues in Southeast Asia, 9(1),
135–162. http://www.jstor.org/stable/41056879



