Jumaat, 5 Jun 2009

Majlis Kenduri Kesyukuran 9W2BDS


Terima kasih kepada Pak Din Jitra kerana menjemput rakan ham Changlun ke majlis beliau.

Rabu, 27 Mei 2009

Majlis Kenduri Pulut Mempelam 9W2RZR


Majlis anjuran 9W2RZR. Terima kasih Pak Rahim di atas susah payah membawa balik mempelam dari ladang di Tobiar.

Ahad, 24 Mei 2009

Khidmat Masyarakat 3/2009 - Mengawal Trafik Bersama Polis di Forum Ehwal Islam



Rakan yang bertugas: SWL-COB, SWL-TEH, SWL-PSM, SWL-SMM, SWL-KCK, SWL-MIE, 9W2FBT, dan 9W2UUM.
Lokasi: Masjid Kg. Telaga Batu, Sg. Korok, Jitra, Kedah.

Jumaat, 22 Mei 2009

Cara Memakai Sayap

9W2UUM sedang berlatih memakai sayap (wing) dan tempat duduk udara (harness). Seperti mana hobi radio amatur, hobi paramotor ini pun ada prosedur dan protokolnya sendiri. Misalnya sebelum terbang, kami perlu memohon izin dari petugas menara kawalan pesawat di Kepala Batas. Langkah-langkah keselamatan juga banyak. Contohnya cara menggalas enjin, cara memakai sayap, teknik berlepas (take off), teknik mendarat (landing), cara mengelakkan tali bersimpul, dan cara mengurus/melipat sayap.

Maklumat mengenai paramotor:
http://www.paraglidingmalaysia.com/start.php
http://www.extremesportscafe.com/paramotor_malaysia_in.html

Latihan Penerbangan - Jumaat, 22 Mei 2009


Saksikan penerbangan solo pertama seorang rakan bernama Amir.
Jurulatih: Prof. Madya Izham Shafie & En. Nazri.

Jumaat, 15 Mei 2009

Khidmat Masyarakat 2/2009 - Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Masjid





Pada pagi Jumaat (15 Mei 2009), kami telah menyertai aktiviti gotong royong membersihkan masjid bersama penduduk di Kampung Sungai Korok, Jitra Kedah.

Jumaat, 8 Mei 2009

Kelab Paramotor UUM


Latihan penerbangan diadakan di Kubang Gajah, Perlis. Masa: 8.30 -11.30 pagi. Saya sempat belajar membentuk sayap dengan cara berlari melawan arah angin dan membuat kawalan dengan menarik tali pada hujung sayap. InsyaAllah, selepas beberapa kali sesi latihan di darat, saya dapat menerbangkan pesawat ini. Kelihatan dalam gambar di atas, Prof. Madya Izham Shafie (Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UUM) berjaya menerbangkan pesawatnya. Logo UUM tertera di bawah sayap berkenaan.

Khamis, 7 Mei 2009

Gotong Royong Menyenggara Antena

Pada 3 & 7 Mei, kami telah mengadakan aktiviti gotong royong bagi menyenggara antena di Puncak Tangki dalam kawasan UUM. Antara rakan-rakan yang sudi meluangkan masa ialah 9W2FBT, 9W2UUM, SWL-TEH, SWL-MIE & SWL-SMM.

Khamis, 30 April 2009

Sabtu, 18 April 2009

Zoo Mini - Lye Huat Garden

Jika anda sedang melawat sekitar Sintok, Changlun, atau Jitra, anda disyorkan untuk melawat zoo mini di km 24 (lebuh raya PLUS) menghala selatan. Tempat ini bernama Lye Huat Garden. Koleksi hidupannya meliputi pelbagai jenis ikan, buaya, ular sawa, rusa, beruang, harimau, kucing hutan, kura-kura, burung, dan monyet. Selain itu, terdapat juga pameran batu dan pokok bonsai. Tarikan:- Salah satu spesis ikan yang menarik terdapat di sini ialah arapaima - sejenis ikan gergasi. Saiznya hampir menyamai seekor buaya. Agak menggerunkan semasa ia melintas di hadapan anda.

Jumaat, 17 April 2009

Khidmat Masyarakat 1/2009 - Sumbangan Ikhlas

Pada 17 April 2009, kami telah pergi ke rumah Allahyarham Amran (bekas staf unit keselamatan UUM) di Kg. Pulau Pisang, Jitra. Kami telah menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas kepada balu dan anak-anak beliau.

Selepas lawatan itu, kami pun bergerak ke medan menjamu selera di Jitra.

Khamis, 9 April 2009

Peperiksaan Radio Amatur (Sesi 2009/1)

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) pada 24 Jun 2009.

Tarikh tutup penerimaan borang permohonan peperiksaan ialah 17 April 2009.

Sesiapa yang berminat untuk mengambil lesen sebagai pengendali radio amatur sama ada untuk tujuan hobi, khidmat sosial atau untuk pengurusan bencana, sila lengkapkan borang permohonan peperiksaan yang disertakan dan hantarkan kepada pihak SKMM.

Borang permohonan peperiksaan dan arahan selanjutnya boleh diperolehi melalui laman web SKMM.

Rabu, 4 Mac 2009

Kos Permulaan Penternakan Keli Dalam Tangki

Anggaran kos ini untuk 3 tangki dan ikan berjumlah 2000 ekor.

Kaedah:

  1. Bagi makan dedak 2 kali sehari. Jam 11 pagi dan jam 9 malam.
  2. Dedak perlu direndam 15 minit sebelum bubuh dalam tangki.
  3. Untuk anak benih 2000 ekor tu, bagi dedak sedikit sahaja. Bila dah besar baru boleh bagi makan banyak-banyak.
  4. Salin air 4-5 hari sekali. Jangan biar air jadi busuk dan terlalu keruh, takut ikan mati sebab oksigen kurang dan pH jadi terlalu berasid.
  5. Jangan lupa bubuh antiklorin (2 tudung air mineral/ tangki) semasa salin air.
  6. Ikan keli tak perlu bumbung teduhan. Cukup tutup dengan plastik jaring hitam sahaja.
  7. Lepas ternak 2 minggu, pisahkan ikan-ikan itu mengikut saiz (Saiz Besar, Sederhana, Kecil). Masukkan dalam tangki A, B, dan C mengikut kelas mereka.

Anggaran pendapatan:

2000 ekor – 200 ekor (dijangka mati) = 1800 ekor (dijangka hidup)

Anggaran 6 ekor ikan dewasa beratnya = 1 kilo,

Jadi 1800 ekor akan bersamaan = 300 kilo

Dianggarkan 1 kilo berharga = RM 3.00

Jadi 300 kilo, kita dapat, 300 X 3 = RM 900.00


Keuntungan:

Kos bahan/alat yang perlu disediakan semula sahaja akan ditolak iaitu: dedak, benih ikan, air paip, dan antiklorin tulen (RM 400.00)

Jadi RM 900 – RM 400 = RM 500.00 (Nilai ini diperoleh selepas 3 bulan ternak).

Ini bererti, selepas sesi ternak ke-2, kita dapat balik modal (hampir-hampir). Selepas sesi ternak ke-3, barulah kita mula membuat untung sepenuhnya. (Bayangkan kalau kita ternak dalam 12 buah politank. Lumayan tak hasilnya?)


Selasa, 3 Mac 2009

Jom Buat Projek Penternakan Ikan Keli Kecil-Kecilan

Hobi saya yang terbaru ialah membela ikan keli untuk dijual, bukan untuk seronok-seronok. Hobi ini saya buat di tepi rumah sahaja. Ruang atas tanah bersaiz 15 kaki x 5 kaki sudah cukup untuk menempatkan 3 tangki ikan (tangki yang digunakan ialah takungan air warna hitam yang ada atas rumah kita tu). Setiap tangki kita boleh bela lebih kurang 600 ekor. Guna air paip dicampur antiklorin tulen. Makanannya ialah dedak khas, bukan perut ayam rebus. Jadi air dalam tangki ikan kita tak membusuk dan tak mencemar udara. Ikan ini boleh dijual selepas 3 bulan. Anggaran pulangan setiap sesi ternak ialah RM900. Bagi rakan-rakan yang lombong garamnya terhenti tu, bolehlah buat projek ini. Modal permulaannya ialah sekitar RM1050 ++ sahaja. Kalau anda ada banyak masa dan berkemampuan, bolehlah menternak lebih banyak misalnya 12 atau 20 tangki ikan. Bayangkan pulangannya nanti. Oh ya, mengikut kajian semasa, permintaan ikan ini sangat tinggi iaitu kira-kira 5 tan sehari. Sehingga kini bekalan masih tidak cukup.

Rabu, 28 Januari 2009

Boikot Produk USA & Zionis

Boikot sebagai tanda hati kita juga terhiris apabila saudara seagama kita diganyang tanpa perasaan belas kasihan. Apakah produk-produknyanya? Banyak. Ada banyak disekeliling kita. Tak makan pun tak mati, tak hisap lagilah bertambah sihat. Yang bergoreng tu, ganti dengan ayam kampung kita sahaja. Senarainya disini!

Ahad, 18 Januari 2009

Lagi tentang kekejaman Israel

Ini laman web yang memaparkan gambar kesengsaraan rakyat Palestin. Kalau kita diperlakukan begini, pasti kita amat sengsara seperti mereka.

Selasa, 13 Januari 2009

GAZA: Tanah seluas 360 km persegi menjadi rebutan


Semenanjung Gaza hanya seluas 360 km persegi sahaja (lihat peta). Sebagai bandingan saiznya lebih kurang separuh negeri Perlis sahaja (810 km persegi). Tanah ini tiada hasil galian yang berharga. Namun ia mahu dibolot oleh Israel laknatullah. Mereka mahu orang lain (Arab Islam & Kristian) pupus agar kawasan itu dapat didiami oleh mereka sahaja. Benarlah firman Allah dalam Quran, bahawa orang kafir tidak akan ada belas kasihan dalam usaha memerangi orang Islam.

Khamis, 8 Januari 2009

KEKEJAMAN REJIM ZIONIS YAHUDI

Sumber gambar: http://www.utusan.com.my/pix/2009/0107/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpg

Israel semakin melampaui batas. Sanggup membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa. Gambar ini menceritakan segala-galanya. Kanak-kanak ini sepatutnya membesar dalam kedamaian, tetapi telah dibedil dan mati tertimbus di bawah runtuhan rumahnya.

Binatang punya Isarel & Amerika. Dimana Barrack Hussein Obama? Adakah kamu bacul? Adakah kuasa kamu telah dibeli oleh Yahudi?

Selasa, 6 Januari 2009

JIHAD MEMBEBASKAN BUMI PALESTIN

Berita harian 6/01/08
oleh: Dr Juanda Jaya

Sikap umat Islam terhadap penjajahan Israel ke atas Palestin tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Kita wajib menentang sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan ke atas kaum Muslimin. Ulama sedunia sudah memfatwakan haram mengakui kedaulatan Israel di bumi Palestin yang terjajah.

Pada 1947, fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagikan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan negara Israel di Palestin. Pada 1956 fatwa Syaikhul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara negara.

Perdamaian dengan Israel untuk merelakan mereka menindas dan membunuh kaum muslimin, perdamaian sebegini adalah haram. Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid.

Antara tindakan minimum yang wajib dilakukan umat Islam di seluruh dunia adalah memboikot barangan Israel dan sekutu. Mereka juga haram menjalankan hubungan dagang dan memberi apa-apa bekalan musuh, termasuk memboikot Amerika yang juga sekutu utama Israel.

Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan: “Satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak kecil di Palestin.” Inilah jihad minimum yang wajib dilakukan.

Apakah fatwa itu mampu menggerakkan umat Islam untuk menyokong perjuangan Palestin? Setiap kali kita membaca surah al-Isra dan mengingati peristiwa Israk dan Mikraj, muncul satu pertanyaan mengenai pembabitan kita dalam isu Baitulmaqdis, adakah cukup sokongan yang diberi untuk melayakkan kita sebaris dengan mereka yang berjihad di sana?

Terdetik ketakutan atas kelalaian, memandangkan Palestin adalah tanah air kita juga kerana Rasulullah SAW sudah memberi amaran dalam hadis Baginda yang bermaksud: “Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Palestin adalah sejarah kita, perjuangan dan impian umat Islam seluruh dunia. Sudahkah kita memastikan generasi selepas kita nanti masih menjaga nilai sejarah dan kedaulatan Islam di sana? Atau anak kita akan menjadi pemuda-pemudi yang buta maklumat mengenainya? Bahkan akan melupakan cita-cita tertinggi dalam kehidupan seorang Muslim iaitu berjihad di jalan Allah SWT.

Apabila sudah terhakis semangat menegakkan agama Allah SWT dalam diri generasi Islam, tidak mustahil mereka akan mengikut jejak tali barut kuffar memerangi umat Islam sendiri. Tidak peduli dengan agama, mencampakkan al-Quran dari dada mereka dan mengejek kemuliaan hadis Rasulullah SAW kerana terlalu taksub dengan kitab dari Amerika, Eropah dan bangsa lain.

Dan menjadi kewajipan umat Islam untuk menyokong Palestin dengan harta, jiwa, ilmu dan kepakaran yang diperlukan bagi sebuah negara Islam merdeka. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

BANTAHAN KERAS DI ATAS KEKEJAMAN YAHUDI

(Sumber gambar: http://www.utusan.com.my/pix/2009/0106/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpg)

(Sumber gambar : http://islamhadhari.net/wp-content//palestine.jpg)

Sudah terang lagi nyata bahawa apa yang sedang berlaku di Palestin sekarang ialah penghapusan umat Islam secara total. Semua penduduk tidak kira tua atau muda, kecil atau besar habis dibedil dengan bom berkuasa tinggi. Jelas, Yahudi jadi pembuli. Bapanya, si Amerika tolong 'backing.' Umat Islam hari ini di hina ke tahap yang paling rendah. Inilah padah bila kita tidak bersatu. Inilah kesan daripada kekurangan ilmu. Maka umat Islam tiada sistem, kerjasama, dan teknologi pertahanan sendiri. Akibatnya kita disepak dan diterajang tanpa belas kasihan. Namun siapa yang berani melawan? Semoga akan lahir pemimpin yang berjiwa perwira dan membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi.

DENGAN INI KAMI MEMBANTAH & MENGUTUK SEKERAS-KERASNYA DI ATAS PEMBUNUHAN KEJAM RAKYAT PALESTIN OLEH REJIM ZIONIS YAHUDI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...