Isnin, 31 Ogos 2009
Merdekakah Kita?
Sabtu, 22 Ogos 2009
Gambar Aurora Australis
Ribut yang mengeluarkan cahaya indah ini ada kaitan dengan hobi radio amatur. Kenapa? Kerana ribut ini merupakan hasil daripada sifat elektromagnetik yang wujud di sekeliling bumi kita dan dalam alam maya ini.
Dalam tahun 1859, di Boston, telah direkodkan bahawa kejadian ribut geomagnetik ini sangat kuat. Cahayanya sungguh terang sehinggakan penduduk dapat membaca tanpa bantuan cahaya lilin. Para operator telegraf pula merekodkan bahawa mereka mampu menghantar mesej tanpa bekalan kuasa bateri. Cukup dengan menggunakan arus yang terjana daripada ribut ini .
Sumber asal: http://www.environmentalgraffiti.com/featured/phenomenal-images-aurora-australis/9586
Jumaat, 21 Ogos 2009
Selamat Berpuasa
Rabu, 12 Ogos 2009
Keputusan RAE 2009-1
Rakan di UUM yang LULUS ialah:
1. SWL-COB - Alias
2. SWL-TAJ - Tajuddin
Fundamental saya berumur 71 tahun, pun lulus.
Tahniah kepada semua rakan yang lulus. Kepada yang gagal, jangan putus asa, cuba hingga berjaya.
Isnin, 10 Ogos 2009
Pemancar Kod Morse Paling Ringkas
Khamis, 6 Ogos 2009
Gangguan 'alien' di lebuhraya PLUS: Tahyul atau Fakta?
Klik disini untuk baca artikel asal dalam Kosmo!
Komen pembaca dalam blog seorang rakan internet
Rabu, 5 Ogos 2009
'Eyeball' dan mesyuarat rakan radio amatur di Jitra


Isnin, 27 Julai 2009
Penangguhan Kuliah di UUM (27 Julai - 1 Ogos 2009)









Namun pada petang 26 Julai, muncul khabar angin mengatakan kononnya pelajar yang tidak meninggalkan kampus sebelum jam 8 malam akan dikurantinkan (Mungkin digambarkan seperti dalam filem Amerika - Outbreak).
Ini mengakibatkan berlaku aliran keluar pelajar dari kampus dengan jumlah yang sangat ramai dan mendadak. Kesannya berlaku kesesakan jalanraya di sekitar Pekan Changlun. Terdapat juga 'kereta sapu' yang mengambil kesempatan di atas peristiwa 'havoc' ini. Mereka mengenakan caj RM16.00 bagi satu perjalanan dari Sintok ke Changlun (biasanya hanya RM12.00).
Beginilah keadaannya jika maklumat sebenar telah diputar-belitkan. Mungkin juga ramai yang tidak memahami arahan yang diberikan. Walau bagaimanapun, peristiwa ini telah memberi peluang keuntungan kepada pengusaha bas, teksi dan kereta sapu.
Ahad, 26 Julai 2009
Minyak sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir kenderaan
tau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah. Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya. "Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya. Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah
bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik........
Artikel asal - http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1114&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
Ahad, 19 Julai 2009
PPSMI ADALAH SATU KESILAPAN - Profesor Diraja Ungku Aziz
Apa akan jadi jika PPSMI ini diteruskan? Adakah sekadar pelajar kita bijak berbahasa Inggeris dan bahasa Melayu mereka teruk atau pelajar Melayu sendiri yang akan hancur?
anya sebagai pemandu dan pekerja kelas bawahan. Itu pun mungkin susah. Ini kerana mereka tidak mampu untuk mengikut rentak perubahan yang ingin dilakukan melalui PPSMI. Mereka ini tidak berupaya untuk belajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dengan cepat seperti pelajar di kota apatah lagi dengan masalah-masalah lain seperti kekurangan guru dan peralatan. Maka bagi saya keputusan yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu keputusan yang berani dan tepat. Para pelajar akan tetap menggunakan kedua-dua bahasa cumanya ia akan diperbaharui.(..........).
adalah satu kesilapan. Kita sebenarnya mampu dan boleh mengajar matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang yang kemudiannya mengajar di universiti lain dalam bahasa Melayu. Tidak ada masalah pun. Pengajaran PPSMI sebelum ini dilakukan dalam pelbagai masalah seperti kurang guru, peralatan dan sebagainya. Masalah juga berlaku akibat dari penambahan pelajar yang ketara berbanding guru yang berkemampuan mengajar dalam bahasa Inggeris. Maka dengan itu kualiti pelajaran dan pengajaran pastinya menurun.Ahad, 12 Julai 2009
Kota Mengkuang - kota yang hilang ditelan zaman
Raja yang bersemayam di sini ialah raja terakhir dinasti Ayutthaya. Beliau turun ke wilayah selatan pada tahun 1767 setelah diserang dan diusir oleh tentera Burma (digelar Sukothai yang bermaksud puak kafir). Nama beliau ialah SULTAN SYARIF ABU BAKAR SYAH. Ketika di Ayutthaya (1758-1767), gelarannya ialah Ekataat dan Boromoraja V. Boromoraja bermaksud pemerintah berpengetahuan penyebar dakwah agama Islam. Ekataat pula bermaksud beta/kami taat kepada Allah dan Rasul. Sila rujuk Wikipedia untuk melihat senarai raja-raja Ayutthaya. Pihak sarjana barat juga mengakui bahawa Ayutthaya asalnya sebuah negara Islam.
Dalam peristiwa Musuh Bisik 1821 baginda bersama kaum kerabat dan pengikut-pengikutnya telah dibunuh di Kota
Mengkuang oleh tentera kafir Thai. Khabarnya baginda dimakamkan di Kg. Tualang. Peristiwa pembunuhan ini sungguh menyayat hati. Mengikut cerita orang-orang lama, tentera Thai membunuh penghuni kota ini tanpa belas kasihan. Wanita dan kanak-kanak habis dipancung ibarat menebas lalang sahaja caranya. Begitulah kejamnya musuh Islam. Sehingga ke hari ini, puak Thai (Suku Thai) ini masih berdendam. Buktinya banyak pembunuhan orang Islam di selatan Siam. Terbaru, awal Jun 2009, mereka telah menembak orang sembahyang Isyak dalam masjid. Tindakan ini dianggap pengecut kerana menyerang orang tanpa senjata.Apa yang terjadi kepada kota ini pada hari ini? Sungguh sayang se
kali, khazanah berharga ini tidak diiktiraf, tidak dihargai dan tidak diberi pembelaan sewajarnya. Kini kota ini telah dipecahkan, dimusnahkan dan lenyap ditelan zaman. Sebahagiannya telah menjadi tapak mengorek pasir, kilang bata, dan kebun getah. Begitulah caranya kita menjaga khazanah silam. Sungguh meloyakan bukan? Jika di Britain, kota dan istana rajanya yang berusia beratus tahun dipelihara. Sebaliknya kota lama kita dilunyaikan jadi debu. Sebenarnya, kota lama ini boleh dibuat pusat sejarah dan menjana sumber pendapatan dalam sektor pelancongan. Barulah kita ada identiti dan teras jati diri.Saksikanlah video ekspedisi oleh rakan sukrelawan pengkaji sejarah Kedah. Mereka telah bersusah payah menemuramah dan melawat makam waris pemerintah di kota berkenaan.
Rujukan:
http://naim-firdausi.blogspot.com/2008/07/video-jejak-kota-mengkuang-yang-hilang.html
http://wikimapia.org/#lat=6.2396445&lon=100.4756248&z=16&l=0&m=b
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Khamis, 2 Julai 2009
Bangsa Melayu Juga Pernah Bina Meriam Perang
Dapatkan maklumat lanjut dan pembongkaran sejarah Melayu/Kedah yang sebenar di:
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
Selasa, 30 Jun 2009
Isnin, 29 Jun 2009
Kapalterbang Kawalan Jauh Berkuasa Elektrik (Flying Fox - Electric Powered Glider)

Kapalterbang ini bernama Flying Fox - Electric Powered Glider. Boleh terbang naik ke aras hingga 100 kaki lebih. Tempoh terbang lebih kurang 10 -15 minit. Mudah untuk take off dan landing. Alat kawalan jauh disediakan dengan gelombang HF (27.145MHz). Harganya ialah RM160.00 seunit. (berbanding kapal terbang berkuasa minyak, harganya RM1800++). Berguna untuk mendedahkan anak-anak, pelajar, atau sesiapa sahaja dengan dunia aeronautik atau aeroangkasa. Prinsip aerodinamiknya adalah sama seperti kapalterbang sebenar.
Rabu, 24 Jun 2009
Peperiksaan Radio Amatur pada hari ini
Ahad, 21 Jun 2009
Kereta antik
Sabtu, 20 Jun 2009
9W2UUM Portable di Kuala Lumpur
Jumaat, 19 Jun 2009
9W2UUM Portable di Bandar Tun Razak, Pahang



9W2CER (Nasir, Kuantan), 9W2TOU (Tok Uban, Kuala Rompin), 9W2BTU (XYL Tok Uban, Kak Miah), 9W2ABW (Pak Wahab, Labis, Johor), 9W2IFA (Haji Zainal).
Contact repeter MARES, Genting Highland. Telah ber-QSO dengan:
9W2DJM (Pak Din, Pasir Mas, portable KL), 9W2MUC (Pak Shahril, Subang Jaya).
Sedang mencari rakan ham di Bandar Tun Razak / Felda Keratong. Terjumpa sebuah klinik swasta dengan antena V24 di atas bumbungnya. Setelah di siasat, ia milik 9M2KMA (Dr. Khairudin). Semasa kenduri di rumah abang ipar saya, saya disapa oleh 9W2HTR (Pak Harun). Rupa-rupanya dia ialah kawan abang ipar saya. Dia ni penyedia alatan audio kenduri kahwin. Lepas tu kami terus dok borak macam dah kenal sepuluh tahun.










