Rabu, 3 November 2010

Kesan Selepas Air Bah Surut


Ini di Highway UUM-K.Perlis. Kelihatan air Sungai Badak yang ganas di sebelah kanan.
Di pinggir Pekan Changlun. Air Sungai Laka masih tinggi. Jalan kampung pecah.

Air bah memasuki rumah ini setinggi 2 kaki. Sekarang sudah surut.

Jalan di Kampung Paya Nongmi masih basah.
Penduduk kampung menangkap ikan 'rezeki banjir' dengan menggunakan kaedah tradisional.

Selasa, 2 November 2010

PENGUMUMAN: BANJIR DI CHANGLUN PULIH

POSTING INI BERTUJUAN UNTUK MENGESAHKAN BAHAWA KEADAAN BANJIR DI CHANGLUN, UUM & SINTOK SUDAH PULIH. AIR DI ATAS JALAN SUDAH SURUT. LALUAN KE SELATAN TELAH DIBUKA SEPENUHNYA.

Aksi Kenderaan Meredah Banjir













Berita Terkini: Banjir di Changlun

2 November 2010, 10.00 pagi

1. HIGHWAY K.PERLIS - UUM/SINTOK sudah dibuka semula.
2. HIGHWAY PLUS dari JITRA - CHANGLUN-JITRA sudah dibuka pada jam 12.30 tengah hari ini.
Taman Sri Changlun

Taman Sri Changlun 2 - yang bersebelahan tasik

Kampung Baru, Pekan Lama

Berita Terkini: Banjir Melanda Selatan Thailand

AMARAN BANJIR - Kepada sesiapa yang berhajat untuk pergi ke Hatyai, anda perlu tangguhkan perjalanan anda. Ini adalah kerana di Hatyai sekarang sedang berlaku banjir besar. Kami mendapat maklumat bahawa terdapat hotel yang sudah dimasuki air sampai tingkat kedua.

LALUAN ALTERNATIF DARI SELATAN MENUJU KE UUM / CHANGLUN

Ini pula peta jika anda dari selatan dan hendak ke UUM. Dari selatan anda dapatkan JITRA. Di JITRA anda tanya orang dan dapatkan JALAN KAMPUNG LANGSAT. Dari situ tuju LEBUHRAYA UUM-K.PERLIS, kemudian sambung ke LEBUHRAYA PLUS, tuju ke UTARA...sampai di satu lokasi (selepas lampu trafik simpang ke kawasan kilang), anda lihat papan tanda FELDA BUKIT TANGGA. Belok ke kanan. Terus maju ke depan. Ikut papan tanda ke UUM. Di sini anda akan lihat kebun getah di kiri dan kanan jalan. Kemudian anda akan temui perumahan Felda Bukit Tangga. Selepas itu STESEN PENYELIDIKAN MARDI...terus maju..dan akhirnya anda akan jumpa pintu belakang UUM!

Isnin, 1 November 2010

LALUAN ALTERNATIF DARI UUM / CHANGLUN UNTUK KE SELATAN

LALUAN ALTERNATIF bagi mereka yang mahu menuju ke selatan - gunakan jalan Kampung Langsat. Untuk mendapatkan jalan ini, dari UUM atau Changlun, anda hendaklah dapatkan lebuhraya UUM - K.Perlis. Bergerak menuju ke arah Unimap/Arau. Kemudian lebih kurang 5 kilometer dari Changlun, (sebelum sempadan Kedah-Perlis)  anda akan dapat lihat papan tanda menunjukkan arah ke Padang Sera dan Jitra di sebelah kiri lebuhraya itu. Terus saja masuk simpang itu dan anda akan sampai ke Jitra dalam masa lebih kurang 25 minit. Dari  Jitra,  masuk ke lebuhraya PLUS. Ini peta dari satelit menunjukkan jalan alternatif yang dimaksudkan.

Berita Terkini: Keadaan Banjir Di Changlun Semakin Kritikal

CHANGLUN - 1 November 2010. Keadaan banjir di sekitar Changlun didapati semakin kritikal. Hujan masih turun walaupun sudah melebihi 24 jam. Terdapat banyak kawasan rendah yang sudah ditenggelami air bah misalnya sekitar Kampung Tradisi, Taman Sri Meranti, Kampung Bendang Tok Leh, Pekan Changlun, dan Paya Nongmi. Berikut ialah gambar-gambar yang diambil semasa tinjauan jam 5.00 petang ini.

Keadaan banjir di Pekan Changlun

Keadaan banjir di Kampung Tradisi

Keadaan trafik di simpang empat Changlun

Bas Cepat Express dan lori bermasalah enjin di tengah jalan

Tidak dapat menuju ke selatan. Perlu guna jalan Kg Langsat.

Pacuan empat roda membelah air bah

Kampung Bendang Tok Leh

Stesen minyak Caltex menuju ke Sintok

Air di sekitar Kg Tradisi

Keadaan air sungai dari Bukit Kayu Hitam

Bayangkan jika anda terjatuh ke dalam sungai ini

Jalan Sintok

Taman Sri Meranti

Laluan ke Taman sri Meranti

Tenggelam

Cabaran hujan lebat

Berita Terkini: Banjir Melanda - Jalan ke UUM Ditutup Sementara

SINTOK- 1 November 2010. Hujan lebat sejak malam tadi telah menyebabkan paras air Sungai  Badak di Sintok meningkat sehingga melimpah ke atas leburaya UUM-Kuala Perlis. Pagi ini, pada jam 9.00 pagi, kami mendapati pihak pengurusan lebuhraya berkenan telah menutup jalan menuju ke UUM. Kenderaan yang menuju ke UUM diarah berkongsi laluan yang bertentangan. Keadaan ini besar kemungkinan akan menyulitkan para graduan dan rombongan yang datang untuk mengambil ijazah masing-masing pada sesi petang ini dan sesi esok hari.

Sehingga berita ini ditulis, hujan masih turun mencurah-curah. Mengikut pengalaman pada November 2005, jika hujan masih belum berhenti sehingga malam ini, besar kemungkinan bencana banjir  besar di utara Kedah akan berulang. Kawasan rendah yang akan terjejas teruk ialah Pekan Jitra, Kepala Batas dan sebahagian Alor Setar.
Air Sungai Badak sudah melimpah jalan menghala ke UUM.

Jalan menuju ke Kuala Perlis juga akan mencapai aras kritikal.

Pihak JKR dan Belati Wangsa meninjau keadaan jalan.

Hujan masih lebat.

Tersangkut. Kena berpatah balik ke Changlun.

Deretan kenderaan yang mahu ke UUM dengan cara berkongsi laluan.

Jalan menuju UUM ditutup.Belok ke kanan, kongsi laluan.

Keadaan jalan di lebuhraya PLUS berhampiran kilang GANO. Air naik sedikit demi sedikit.

Paras air di Sungai Korok, dekat Pekan Jitra.

Pada tahun 2005, air sungai ini melimpah dengan dahsyatnya. Pekan Jitra tenggelam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...