Awan hitam di langit Changlun. |
Sebahagian daripada 12 bilion tan air di atas langit. |
Hujan sudah turun pada jam 4.00 petang tadi. Jenis hujan meleret-leret. |
Posting ini bukan untuk menakut-nakutkan pembaca. Ia hanya sebagai maklumat untuk kita semua berjaga-jaga supaya tiada lagi korban banjir yang seterusnya. Seperti yang telah diwawarkan oleh media tentang gelombang banjir yang kedua, pada hari ini saya dapati hujan lebat mulai turun dan berlarutan seperti minggu lepas juga. Ironinya hujan lebat pada minggu ini bermula pada hari ISNIN juga sepertimana pada minggu lepas. Berdasarkan pemerhatian pada jam 3.00 petang tadi, didapati kumpulan awan hitam yang membawa air hujan sangat tebal di atas langit Changlun serta Sintok. Kedua-dua kawasan ini boleh menjadi penanda aras untuk kemungkinan banjir kerana keduanya berada hampir dengan hulu sungai dan di altitud yang lebih tinggi berbanding Jitra dan Alor Setar. Kami akan memantau paras air Sungai Badak, di tepi lebuhraya UUM-Kuala Perlis. Jika air sungai ini melimpah ke atas lebuhraya, bermakna banjir kali kedua akan berlaku lagi.
betul ker..
BalasPadamadeh kena buat preparation lah kalau betul..
wpun kawasan rumah tidak dinaiki air..
betul ler, pihak kaji cuaca sendiri yang keluarkan amaran. Syukur Alhamdulillah kerana hujan turun tidak begitu lama sangat...jadi air sungai pun tak naik macam minggu lepas.
BalasPadampenat basuh rumah ni kalau jadi pulak huhu..pengsan terus le
BalasPadamsemoga keadaan kembali pulih seperti biasa....
BalasPadamamin