ALOR SETAR - 5 November 2010. Operasi ini bertujuan untuk menghantar beberapa orang pelajar UUM yang hendak ke Stesen Bas Shahab Perdana. Maklum sajalah bas di Changlun terhad dan harga tiket pula melambung tinggi. Jadi, mereka lebih suka menaiki bas di Shahab Perdana. Dalam perjalanan mengharung banjir sekitar jalan Sungai Baru, Alor Setar itu sempatlah juga kami snap gambar-gambar kenangan sewaktu banjir 2010 nie. Enjoylah sama waktu banjir ni. Takkan nak tension saja kan? Inilah hasil bidikan lensa co-pilot 4x4 UUM Sintok ~ Zailina.
Strategi kami ~ redah ikut bontot lori...ada sebab tau. |
Penduduk tempatan yang gemar tengok kenderaan meredah. |
Sucikan enjin motor ke bang? |
Bas Kiffah pun meredah juga. Cukup bulan kena servis la. |
Pembahagi jalan jadi tempat parking motosikal. |
Inilah untungnya ikut bontot lori ~ kebanyakan air dia tolak ke tepi. Maka, air yang kami redah jadi cetek sahaja. |
Ini Hilux ke apa nie? |
Ombak terhasil. |
Yang ini memang tempat dalam. Lori kecil banyak yang kantoi. Berombak mcm dalam laut. |
Ini salah satu yang kecundang dalam pertempuran. Tersadai dan dihempas ombak. |
Kat sini kedalamannya lebih kurang 1 kaki setengah. Pada kedalaman ini, daya hentaman air dianggarkan 1/3 tan. |
Kanak-kanak dan remaja bermain air. |
Gerun juga tengok pokok pisang tinggal pucuk saja. Kalau terbabas di situ, 4WD pun terkandas. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan