Rabu, 10 November 2010

Sukarelawan 4x4 Kedah-Perlis Memberi Bantuan Sewaktu Banjir di Alor Setar

Pada 5 dan 6 November 2010 yang lalu, seramai 12 orang sukarelawan dari Kelab 4x4 Kedah dan Perlis membuat operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir di Alor Setar. Jasa mereka patut dihargai kerana sanggup meredah bahaya banjir walaupun tiada sebarang ganjaran material dijanjikan. Mereka ikhlas untuk membantu bahkan minyak untuk kenderaan 4x4 mereka pun hanya menggunakan duit poket sendiri. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa-jasa orang yang ikhlas.
Taman Uda, kawasan rendah rupanya.

Ada 'perkhidmatan bot' di Bandaraya Alor Setar.

Kenderaan 4x4 yang ada nozel saja boleh lepas.

Ini Stonefield milik Dato' Mukti. Redah air 4-5 kaki mudah saja.

Sedang bersiap untuk meneruskan operasi.

Sudah sampai ke tempat cetek. Jalan kaki sajalah.

9W2ZYS dan Pak Wan.


2 ulasan:

  1. salam.terima kasih banyak2 diatas pertolongan ikhlas saudara2 semua.hanya ALlah yang dpt membalasnya.kadang2 sesuatu bencana itu ada baiknya juga,kita semua bersatu bantu-membantu tak kira agama @ bangsa.terima kasih sekali lagi..:D

    BalasPadam
  2. Salam kembali. Saya menjawab bagi pihak rakan-rakan di dalam gambar tu.Kita kena saling membantu. Hari ini hari orang, esok2 hari kita pula.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...