Paras air Sungai Badak, Changlun boleh dijadikan sebagai penunjuk kemungkinan banjir gelombang kedua. Gambar-gambar dan video dibawah ini diambil pada jam 6.00 petang tadi. Paras air dalam sungai ini masih berada pada tahap tidak berbahaya walaupun hujan lebat turun di hulu dan kawasan sekitarnya.
Isnin, 8 November 2010
AMARAN GELOMBANG BANJIR KEDUA
![]() |
| Awan hitam di langit Changlun. |
![]() |
| Sebahagian daripada 12 bilion tan air di atas langit. |
![]() |
| Hujan sudah turun pada jam 4.00 petang tadi. Jenis hujan meleret-leret. |
Posting ini bukan untuk menakut-nakutkan pembaca. Ia hanya sebagai maklumat untuk kita semua berjaga-jaga supaya tiada lagi korban banjir yang seterusnya. Seperti yang telah diwawarkan oleh media tentang gelombang banjir yang kedua, pada hari ini saya dapati hujan lebat mulai turun dan berlarutan seperti minggu lepas juga. Ironinya hujan lebat pada minggu ini bermula pada hari ISNIN juga sepertimana pada minggu lepas. Berdasarkan pemerhatian pada jam 3.00 petang tadi, didapati kumpulan awan hitam yang membawa air hujan sangat tebal di atas langit Changlun serta Sintok. Kedua-dua kawasan ini boleh menjadi penanda aras untuk kemungkinan banjir kerana keduanya berada hampir dengan hulu sungai dan di altitud yang lebih tinggi berbanding Jitra dan Alor Setar. Kami akan memantau paras air Sungai Badak, di tepi lebuhraya UUM-Kuala Perlis. Jika air sungai ini melimpah ke atas lebuhraya, bermakna banjir kali kedua akan berlaku lagi.
Ahad, 7 November 2010
AIR DI JALAN ANAK BUKIT SUDAH SURUT 90%
BERITA jam 3.00 pagi, 7 November 2010. Dimaklumkan bahawa air di jalan Anak Bukit sudah surut 90%. Kenderaan ringan sudah boleh lepas. Kekalkan guna laluan ini jika anda mahu turun ke selatan atau Shahab Perdana --> Dari UUM - Changlun ( ambil lebuhraya PLUS)- keluar simpang Malau- masuk Pekan Jitra - Kepala Batas - Titi Gajah - Anak Bukit - Pantai Johor - Suka Menanti - Shahab Perdana.
Sabtu, 6 November 2010
Ops Meredah Banjir Dengan Kenderaan 4x4
ALOR SETAR - 5 November 2010. Operasi ini bertujuan untuk menghantar beberapa orang pelajar UUM yang hendak ke Stesen Bas Shahab Perdana. Maklum sajalah bas di Changlun terhad dan harga tiket pula melambung tinggi. Jadi, mereka lebih suka menaiki bas di Shahab Perdana. Dalam perjalanan mengharung banjir sekitar jalan Sungai Baru, Alor Setar itu sempatlah juga kami snap gambar-gambar kenangan sewaktu banjir 2010 nie. Enjoylah sama waktu banjir ni. Takkan nak tension saja kan? Inilah hasil bidikan lensa co-pilot 4x4 UUM Sintok ~ Zailina.
![]() |
| Strategi kami ~ redah ikut bontot lori...ada sebab tau. |
![]() |
| Penduduk tempatan yang gemar tengok kenderaan meredah. |
![]() |
| Sucikan enjin motor ke bang? |
![]() |
| Bas Kiffah pun meredah juga. Cukup bulan kena servis la. |
![]() |
| Pembahagi jalan jadi tempat parking motosikal. |
![]() |
| Inilah untungnya ikut bontot lori ~ kebanyakan air dia tolak ke tepi. Maka, air yang kami redah jadi cetek sahaja. |
![]() |
| Ini Hilux ke apa nie? |
![]() |
| Ombak terhasil. |
![]() |
| Yang ini memang tempat dalam. Lori kecil banyak yang kantoi. Berombak mcm dalam laut. |
![]() |
| Ini salah satu yang kecundang dalam pertempuran. Tersadai dan dihempas ombak. |
![]() |
| Kat sini kedalamannya lebih kurang 1 kaki setengah. Pada kedalaman ini, daya hentaman air dianggarkan 1/3 tan. |
![]() |
| Kanak-kanak dan remaja bermain air. |
![]() |
| Gerun juga tengok pokok pisang tinggal pucuk saja. Kalau terbabas di situ, 4WD pun terkandas. |
Mangsa Banjir di Kedah Berkhemah Atas Pembahagi Jalan
Sewaktu kita enak tidur dalam bilik dan di atas tilam empuk, mereka hanya beralaskan tikar plastik di dalam khemah yang didirikan di atas pembahagi jalan. Mereka yang dimaksudkan ialah sebahagian penduduk di sekitar Titi Gajah dan Kepala Batas yang dilanda dugaan banjir besar. Sewaktu kami meninjau pada jam 1.00 pagi tadi, kelihatan kebanyakan mereka belum tidur, berkemungkinan sedang berjaga kerana khuatirkan gelombang banjir kali kedua. Kenderaan mereka pula diletakkan di tepi jalanraya dan atas jejambat untuk mengelakkan ditenggelami air.
![]() |
| Kecilnya khemah. Muat berapa orang ni? |
![]() |
| Khemah dan bangsal di atas pembahagi jalan. |
![]() |
| Istana Anak Bukit berada di lokasi yang agak tinggi. Kawasan lapang depan pintu masuknya menjadi kawasan letak kereta sementara bagi rakyat sekitar. Daulat Tuanku! |
Jumaat, 5 November 2010
Mayat Wanita Jerman Ditemui Sangkut Di Pokok
JITRA: Mayat wanita warga Jerman berusia 64 tahun yang dihanyutkan arus deras bersama anak dan menantunya, ditemui tersangkut pada sebatang pokok berhampiran rumahnya di Kampung Kerenjis, Kota Giam, di sini, kira-kira 100 meter dari tempat dia berpaut di bawah jambatan kampung berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata Erna Fischer, 64, ditemui kira-kira jam 5.45 petang semalam oleh penduduk kampung dan pasukan keselamatan.
“Mangsa ditemui tidak jauh dari tempat kejadian di sungai berkenaan selepas dua hari dihanyutkan arus deras.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jitra (HJ) untuk dibedah siasat,” katanya di sini semalam.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jitra (HJ) untuk dibedah siasat,” katanya di sini semalam.
Dalam kejadian Selasa lalu, wanita warga Jerman berusia 64 tahun itu hilang dan dikhuatiri lemas manakala anak lelaki serta menantunya terselamat dengan memanjat dan berpaut pada pokok selepas mereka dihanyutkan arus deras banjir.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa bersama anaknya, Yusof Abdullah, 41, juga warga Jerman serta menantunya, Ashalehah Zain, 40, warga tempatan dikatakan panik apabila mendapati air memasuki rumah mereka melebihi paras pinggang menyebabkan mereka keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, sebaik keluar dari rumah, ketiga-tiga mereka dihanyutkan arus deras sejauh kira-kira 300 meter sebelum sempat berpaut pada pokok, manakala mangsa sempat berpaut pada jambatan.
Khamis, 4 November 2010
PINDAAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER PERTAMA SESI 2010/2011 (A101)
UUM ONLINE: UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) telah memutuskan bahawa Peperiksaan Akhir Semester Pertama Sesi 2010/2011 (A101) yang jadual peperiksaan asal bermula dari 8 November 2010 hingga 3 Disember 2010 telah dipinda kepada 21 November 2010 hingga 13 Disember 2010.
Bagi jadual waktu peperiksaan yang dijadualkan pada 21 November 2010 hingga 3 Disember 2010 adalah kekal dan tidak berubah.
Manakala jadual waktu peperiksaan yang dijadualkan pada 8 November 2010 hingga 20 November 2010 telah dijana semula pada 4 Disember 2010 hingga 13 Disember 2010.
Semua pelajar dan pensyarah diminta mencetak semula slip jadual waktu peperiksaan di portal masing-masing selepas pindaan bermula 8 November hingga 13 Disember 2010.
Semua pelajar dan pensyarah diminta mencetak semula slip jadual waktu peperiksaan di portal masing-masing selepas pindaan bermula 8 November hingga 13 Disember 2010.
Pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Puan Zanariah binti Yaakob di talian 04-928 3106 /3160/3150/3112/3189.
===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3007/3014/3066/4078
FAKS: 04-928 3016
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
Gambar-Gambar Keadaan Banjir Sekitar Jitra
Petang kelmarin 3 November 2010, saya sempat melawat kawasan yang dilimpahi air sekitar Jitra. Ini termasuklah lokasi seorang warga Jerman yang maut dihanyut arus deras. Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat saya rakam.
![]() |
| Jalan menuju ke lebuhraya PLUS ditutup. Sekarang ia sudah dibuka semula. |
![]() |
| Jalan ke Malau ditutup kepada kenderaan ringan. |
![]() |
| Sungai Bata menerima air dari Changlun. |
![]() |
| Air di Sungai Bata masih banyak. |
![]() |
| Rumah berhampiran Sungai Bata. |
![]() |
| Banglo juga dimasuki air. |
![]() |
| Jalan menuju ke Malau. |
![]() |
| Lori JKR memberi bantuan dalam pemindahan penduduk. |
![]() |
| Jalan masih dilimpahi air. |
![]() |
| Sawah padi habis tenggelam. |
![]() |
| Inilah Kampung Biak. |
![]() |
| Penduduk keluar meninjau keadaan air. |
![]() |
| Air sudah surut sedikit pada bahagian ini. |
![]() |
| Pada malam sebelumnya, air naik di kawasan ini setinggi hampir 5 kaki. Bayangkan jika 1 kaki ia mempunyai 1/3 tan daya tolakan. |
![]() |
| Pukat dipasang merentangi laluan air. |
![]() |
| Sawah, 'sunset', dan banjir. |
![]() |
| Anak pokok padi tidak dihanyutkan. |
![]() |
| Di hujung sawah inilah tempat di mana seorang warga Jerman maut kerana dihanyutkan oleh arus deras. |
![]() |
| Jalan tar mini pun sudah pecah. |
![]() |
| Pukat sudah mengena. |
![]() |
| Jalan alternatif menuju ke Jitra. |
![]() |
| Ini jalan menuju ke Taman Melor, Banai, Lubuk Batu, dan Wang Tepus. |
![]() |
| Jalan ke Wang Tepus ditutup kerana Sungai Padang terap juga sedang mengganas. |
Rabu, 3 November 2010
Keadaan Banjir Di Hatyai
Banjir di Hatyai khabarnya semakin pulih. Kebanyakan jalan sudah dibuka. Ini adalah gambar-gambar sewaktu banjir di Hatyai pada 1 November 2010 yang kami rakam dari atas sebuah hotel.
Langgan:
Catatan (Atom)

















































