Kaedah:
- Bagi makan dedak 2 kali sehari. Jam 11 pagi dan jam 9 malam.
- Dedak perlu direndam 15 minit sebelum bubuh dalam tangki.
- Untuk anak benih 2000 ekor tu, bagi dedak sedikit sahaja. Bila dah besar baru boleh bagi makan banyak-banyak.
- Salin air 4-5 hari sekali. Jangan biar air jadi busuk dan terlalu keruh, takut ikan mati sebab oksigen kurang dan pH jadi terlalu berasid.
- Jangan lupa bubuh antiklorin (2 tudung air mineral/ tangki) semasa salin air.
- Ikan keli tak perlu bumbung teduhan. Cukup tutup dengan plastik jaring hitam sahaja.
- Lepas ternak 2 minggu, pisahkan ikan-ikan itu mengikut saiz (Saiz Besar, Sederhana, Kecil). Masukkan dalam tangki A, B, dan C mengikut kelas mereka.
Anggaran pendapatan:
2000 ekor – 200 ekor (dijangka mati) = 1800 ekor (dijangka hidup)
Anggaran 6 ekor ikan dewasa beratnya = 1 kilo,
Jadi 1800 ekor akan bersamaan = 300 kilo
Dianggarkan 1 kilo berharga = RM 3.00
Jadi 300 kilo, kita dapat, 300 X 3 = RM 900.00
Keuntungan:
Jadi RM 900 – RM 400 = RM 500.00 (Nilai ini diperoleh selepas 3 bulan ternak).
Ini bererti, selepas sesi ternak ke-2, kita dapat balik modal (hampir-hampir). Selepas sesi ternak ke-3, barulah kita mula membuat untung sepenuhnya.