Rabu, 28 Oktober 2009

Nostalgia zaman dahulu


Saya terjumpa sebuah kedai perusahaan barangan aluminium yang dimiliki oleh seorang apek tua di Pekan Sik. Saya dapati masih ada alat-alat zaman dahulu yang masih dibuat oleh apek ini. Misalnya pelita minyak tanah semasa kemudahan elektrik belum sampai lagi, iaitu sekitar tahun 70-an. Bila terpandang alat-alat ini, nostalgia zaman kanak-kanak pun muncul di minda. Sungguhpun, zaman itu susah, tapi penuh dengan keriangan dan motivasi dalam hidupku!


Pelita minyak tanah.



Apek tua dan pelita karbaidnya.



Penyiram air.



Pengorek pasir.



Alatan untuk menempa dan memateri aluminium.

Selasa, 27 Oktober 2009

Personaliti TV9


Siapa gadis ini? Beliau ialah salah seorang pembaca berita prime time TV9. Nama beliau sedang berkembang dan gambar beliau semakin kerap kelihatan memperagakan busana muslimah di dalam majalah serta akhbar perdana. Namun kenapa penulis masukkan cerita beliau dalam posting blog ini? Tiada apa, cuma bangga juga sebab bekas pelajar penulis ini sudah capai tahap selebriti TV terkenal. Ya, empat tahun yang lalu beliau pernah mengikuti kelas Teknologi Internet yang diajar oleh 9W2UUM.

Kad Pengenalan Tercicir

Saya mendapat maklumat, terdapat sekeping kad pengenalan tercicir dan disimpan oleh staf stesen bas Sik. Tuan punya KP ini ialah Mohd Husni Bin Mohd Yatim (920809-02-5715), Kg Ulu Tawar, Karangan 09700, Kulim, Kedah. Rakan dari Sik/Kulim yang mungkin mengenali pemilik, mohon dapat maklumkan kepada beliau.

Ahad, 25 Oktober 2009

Mini MAHA 2009

Pameran Pertanian di Changlun dari 24 - 26 Oktober 2009.



Isnin, 19 Oktober 2009

Rakan baru - 9W2PSZ


Callsign: 9W2PSZ, Handle: Pak Su AziZ
Lokasi: Sik, Kedah
Umur: 71, Pencen: Jabatan Hutan
Kemahiran: Kembara lasak, navigasi dalam hutan, pengurusan koperasi
Harmonik: 6 , XYL: 1
Fundamental kpd: 9W2UUM
Hobi: Khidmat sosial, koperasi, bagi ceramah, dan jalan-jalan

Selasa, 13 Oktober 2009

Info berkenaan hotel dan makanan di Changlun


Posting ini ditulis atas permintaan rakan PARTS, Perak.

Jika anda datang sekitar Changlun, hotel yang kami syorkan ialah 'T Hotel'. Lawat laman webnya di sini. Harganya ialah sekitar RM60 semalam. Makanan tiada masalah. Banyak kedai makanan Melayu, Patani dan Mamak nasi kandar (tapi kami tidak begitu mengesyorkan kedai mamak di atas beberapa sebab yang tidak boleh ditulis di sini). Contoh kedai yang masakan sedap ialah Kedai Pak Deep Char Kui Tew (CKT). Ia menyediakan CKT udang, CKT kerang, dan nasi ayam. Di bawah T Hotel pula ada Kedai Nasi Jagung (Dari pagi sampai jam 1.00 petang sahaja). Kedai Nasi Jagung menyediakan lauk pauk masakan Kedah asli. Anda juga boleh cuba kedai Joe Cendol Pulut yang terletak 6 km di selatan Changlun.


Sekiranya inginkan hotel yang lebih eksklusif, mewah tapi murah, anda boleh cuba EDC-UUM. Harga sekitar RM130 semalam. Anda boleh lawat laman webnya di sini. EDC-UUM ada menyediakan makanan di restorannya. Namun jika anda ingin menikmati makanan luar, anda boleh cuba Kedai Gulai Kawah (siang sahaja). Kedai ini terletak lebih kurang 4 km dari EDC (Tidak jauh dari Taman Universiti, dan di tepi lebuhraya Sintok-Kuala Perlis).


Bagi rakan-rakan yang berkelayakan untuk buat border pass (atau sudah ada) bolehlah anda melawat sebentar ke Pekan Danok. Pekan ini terletak hanya di sebelah pintu sempadan Bukit Kayu Hitam (BKH). Jarak dari Changlun hanya 8 km sahaja. Border pass boleh dibuat di Pejabat Imigresen BKH (buka pada Ahad-Khamis). Sediakan RM10, gambar bersaiz passport dan salinan kad pengenalan. Semasa border pass anda dicop, pegawai imigresen Thai akan POW anda RM1 setiap sekali cop. Jadi, jangan terkejut yer, itu cara depa cari makan bang. (Dalam sehari beribu orang keluar masuk, kayoo kan??) Hehehe. Di sini anda boleh beli buah-buahan, pakaian jenama tiruan, cenderamata, gajet-gajet pelik, dan lain-lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...