Sabtu, 17 Julai 2010

Konvoi Gang 4x4 Changloon-Jitra

video

Aktiviti konvoi off road ini bertujuan untuk menguji ketahan kenderaan pacuan empat roda. Terdapat 3 orang pemandu profesional dan 2 orang pemandu novis. Dalam pusingan awal kesemua kenderaan dapat melepasi halangan - bukit curam dan saliran air di dalam hutan.

Khamis, 15 Julai 2010

Aktiviti meredah hutan dengan kenderaan pacuan 4 roda

6.45pm - Masuk baris dulu.

6.46pm - Instructor sudah datang.

6.50pm - Pelajar berbaris dengan pesawat masing-masing.

video
6.52 - Ikut saja ke mana cikgu nak bawa.

7.00pm - Tersangkut dalam paya. Jadi jurulatih tolong tarik dengan winch.

7.05pm - Bersedia untuk ditarik.

7.07pm - Sudah lepas dari halangan.

7.09pm - Latihan di dalam paya sebagai simulasi banjir.

7.15pm - Lampu isyarat depan sudah pecah sebab sondol tebing. Lepas ni kena pasang bumper yang lebih kuat.

7.20 pm - Jurulatih bergerak menuju ke jalan keluar.

video
8.00 pm - Setelah ditarik dengan Land Cruiser, kami pun berjaya keluar dari paya.

Ahad, 11 Julai 2010

Puncak Bukit Kachi

Bukit ini terletak tidak jauh dengan penginapan pelajar UUM di Bukit Kachi.

Di atas kemuncak ini suasananya sungguh dingin sekali, seolah-olah berada di Cameron Highland.

Dari sini, pemandangan terbentang luas - dari DPP Sime Darby, Kampus induk UUM &  sehingga ke  sempadan Thailand. Turut dapat di'skodeng' ialah Bukit Kayu Hitam, Pekan Danok, dan empangan Siam.

Khamis, 8 Julai 2010

Eyeball

Eyeball bersempena meraikan rakan yang baru dapat lesen iaitu 9W2EAE. Turut hadir ke eyeball ialah 9W2FBT, 9W2RYB, & 9W2UUM.

Ahad, 4 Julai 2010

Selamat datang kepada pelajar baru UUM

Hari ini hari pendaftaran pelajar-pelajar baru di UUM. Semoga semua dapat selesaikan proses pendaftaran dan dapat kembali ke destinasi dengan selamat.

Jumaat, 2 Julai 2010

Kehilangan Geran Kenderaan: Apa prosedur JPJ untuk mendapatkan geran baru?

Jika ada di kalangan rakan-rakan mengalami masalah KEHILANGAN GERAN KENDERAAN, jangan risau kerana prosedur terbaru JPJ (pindaan 2010) amatlah mudah dan tidak menyusahkan pengguna (rakyat). Jika sebelum ini anda perlu membuat laporan polis, membuat pemeriksaan PUSPAKOM dan lain-lain prosedur yang memenatkan, kini anda hanya perlu sertakan:
1. Borang JPJK(Pind.1/2010) - 2 salinan
2. Borang Butiran Pemohon - 1 salinan
3. Salinan kad pengenalan pemilik / waris
4. Duit RM50.00 secara tunai

Berdasarkan pengalaman saya membuat cetakan geran kenderaan baru pada pagi tadi (2 Julai 2010, di JPJ Perlis), masa yang diambil hanyalah 5 minit sahaja (tidak termasuk masa menunggu giliran).

Tahniah diucapkan kepada kakitangan JPJ Perlis yang sangat mesra pelanggan. Saya berpuas hati dengan layanan kesemua staf. Terima kasih juga kepada Pengarah JPJ kerana membuat prosedur baru yang amat mudah untuk pengguna. Prosedur yang mudah dan cekap ini harus dicontohi oleh jabatan-jabatan atau agensi-agensi kerajaan yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...