Kaedah:
- Bagi makan dedak 2 kali sehari. Jam 11 pagi dan jam 9 malam.
- Dedak perlu direndam 15 minit sebelum bubuh dalam tangki.
- Untuk anak benih 2000 ekor tu, bagi dedak sedikit sahaja. Bila dah besar baru boleh bagi makan banyak-banyak.
- Salin air 4-5 hari sekali. Jangan biar air jadi busuk dan terlalu keruh, takut ikan mati sebab oksigen kurang dan pH jadi terlalu berasid.
- Jangan lupa bubuh antiklorin (2 tudung air mineral/ tangki) semasa salin air.
- Ikan keli tak perlu bumbung teduhan. Cukup tutup dengan plastik jaring hitam sahaja.
- Lepas ternak 2 minggu, pisahkan ikan-ikan itu mengikut saiz (Saiz Besar, Sederhana, Kecil). Masukkan dalam tangki A, B, dan C mengikut kelas mereka.
Anggaran pendapatan:
2000 ekor – 200 ekor (dijangka mati) = 1800 ekor (dijangka hidup)
Anggaran 6 ekor ikan dewasa beratnya = 1 kilo,
Jadi 1800 ekor akan bersamaan = 300 kilo
Dianggarkan 1 kilo berharga = RM 3.00
Jadi 300 kilo, kita dapat, 300 X 3 = RM 900.00
Keuntungan:
Jadi RM 900 – RM 400 = RM 500.00 (Nilai ini diperoleh selepas 3 bulan ternak).
Ini bererti, selepas sesi ternak ke-2, kita dapat balik modal (hampir-hampir). Selepas sesi ternak ke-3, barulah kita mula membuat untung sepenuhnya.
Salam,
BalasPadamMacam mana nak pasarkan? nak jual kat sapa? ada diaorang mai amik ka atau kita sendiri yang kena hantar?
Macam mana tu?
Orait.
Pasarannya mudah. Rakan yang jual benih ikan itu akan beli ikan keli matang dari kita. Kalau Fazrul nak buat, kena cari pembekal benih keli yang berhampiran dengan anda. Depa mesti nak beli balik ikan depa. Sebab bekalan ikan ini tak cukup.Pada saya, in case tak dak tauke nak beli, saya sendiri sanggup pi jual kat pasar. Alasannya ialah ikan ini boleh dijual lebih murah daripada ikan laut. Sebagai bandingan, ikan kembung sekarang RM8.00 sekilo. Ikan keli ni kita jual sekilo 3.50 pun masih boleh dapat untung. Sekarang ni zaman ekonomi meleset, orang pasti memilih sumber protein yang murah tetapi berkhasiat. :)
BalasPadamOh ya, menjawab soalan anda, tauke ikan yang saya berurusan ini nak mai ambik kat rumah saya. Kita tak payah fikir tentang 'transport' dah.
BalasPadamApe risiko yg biasa berlaku..sye ad minat tapi blum sedia..
BalasPadam