Isnin, 28 Disember 2009

Majlis Mega-eyeball di Base Station 9W2OLC

Majlis mega-eyeball kali terakhir untuk tahun 2009 ini sungguh meriah. Lokasi majlis ini ialah di Kg Pida 8 Tebengau, Jalan Megat Dewa, Kedah. Hos majlis ini ialah 9W2OLC (Mat Sofberi). Ia dihadiri oleh rakan-rakan radio amatur di sekitar Kedah utara dan Perlis. Tuan Presiden Kelab Radio Amatur Kota Setar (9W2AZE) pun turut hadir dan menyampaikan amanat-amanat beliau.

Dari kiri: 9W2UUM, 9W2CDP, 9W2JOS & 9W2AZE


Tu dia slim sungguh perut Pak Ki. Ubat apa dia makan noo? BSY kot? Abang Din pun control perut juga. Macho jer Bang Din. Zul pula dok senyum saja sebab nak kenduri kahwin tahun depan. Hehehehe.


Gambar beramai-ramai ni yang mahal ni. Bukan senang dapat bertemu rakan-rakan yang sungguh sporting macam ini. Semua sungguh mesra macam dah kenal lama. Sekali depa buat lawak, tak larat la kita nak gelak. Boleh pecah perut! :)

Sabtu, 19 Disember 2009

Menyambut Ketibaan Konvoi PARTS di Changlun


Akhirnya, konvoi PARTS berjaya menjejakkan kaki ke bumi Changlun, pada jam 3.05 petang, 19 Disember 2009. Mereka disambut oleh wakil-wakil rakan ham dari  Changlun, Jitra, dan Alor Setar. Kelihatan dalam gambar, 9W2UUM (Fakhrul) selaku pengelola sambutan di Changlun sedang bertukar-tukar cenderahati dengan 9W2NIM (Naim) selaku ketua konvoi PARTS.
 

Konvoi PARTS kemudiannya dipimpin oleh 9W2FBT ke sempadan Kedah-Perlis untuk dipertemukan dengan rakan-rakan ham Perlis yang sedang menunggu di sana.
 



 
Dari sempadan Kedah-Perlis, konvoi telah dipimpin oleh 9W2ZES & 9W2KRE untuk dibawa ke base station 9W2HZB di Santan, Perlis. Peserta konvoi disambut dengan paluan gendang dan tarian Silat Gayung Fatani.









Rakan Ham Changlun, Jitra, & A.setar menunggu Konvoi PARTS

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan ham utara yang sudi hadir di KM10.7 (berhadapan stesen Petronas Changlun) untuk menunggu ketibaan rakan PARTS. Antara mereka yang hadir ialah SWL-MAN (Iman), SWL-TRJ (Tok Radin), 9W2MNN (Mat), 9W2KFA (Kasturi), 9W2BMR (Bob), 9W2AXS (Amirul), 9W2BDS (Bang Din), 9W2FBT (Zul), SWL-YAN (Yani), dan SWL-MAI (Mail). Juga tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada 9W2IKU (Bang Mi) yang bertindak sebagai 'relay' di RGK dan simplex V24.


Selasa, 15 Disember 2009

Konvoi Ke Utara oleh Perak Amateur Radio Transmitters Society (PARTS)


Pada Sabtu ini (19 Disember 2009), rakan PARTS dari Ipoh akan sampai di Changlun lebih kurang pada jam 2.30 petang. Suatu majlis sambutan atau 'eyeball' ringkas akan diadakan oleh rakan ham radio Changlun di km 10.7, bersebelahan stesen Petronas Changlun. Rakan-rakan dari Jitra yang ada kelapangan, diharap dapat berkumpul di lokasi dan masa yang berkenaan. Frekuensi konvoi ialah V18 - 145.225. Frekuensi Changlun ialah V24 - 145.300. Kedua-dua frekuensi akan digunakan semasa majlis sambutan ini.

Rabu, 9 Disember 2009

Bongkah Ais Gergasi Menuju Australia


Wed Dec 9, 7:37 AM ET:
Imej satelit NASA menunjukkan sebuah bongkah ais berkod B17B sedang terapung antara Australia dan Antartika. Bongkah gergasi ini bersaiz hampir dua kali saiz Hong Kong . Ia didapati  bergerak menuju ke arah Australia. Para saintis mengatakan bahawa peristiwa ini berlaku sekali dalam seratus tahun. Fenomena ini mungkin disebabkan oleh pemanasan bumi, kesan daripada pembebasan gas karbon dioksida secara berleluasa terutama oleh negara-negara maju.
(AFP/Australian Antarctic Division)

Selasa, 1 Disember 2009

Hari Raya Haji 1430



Raya Haji 1430. Raya ini meriah dengan ibadah korban. Keluarga saya telah membuat korban dan majlis pertemuan semua ahli keluarga jauh dan dekat pada hari raya kedua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...