Isnin, 23 November 2009

Pusat Ekuin UUM


Inilah Pusat Ekuin UUM. Ia menjadi salah satu aktiviti KO-Kurikulum yang baru di kampus ini.

Selebriti Berlatih Menunggang Kuda di Pusat Ekuin UUM


Farid Kamil gembira menunggang kuda sambil dibantu oleh staf Pusat Ekuin UUM, Wan Muhammad Hafizam Wan Ismail.

Khamis, 19 November 2009

Cuti Sekolah Datang Lagi


SWL-MAN dan kawan-kawannya sedang seronok bermandi-manda dalam anak sungai di tepi kebun fundamentalnya. Air sungai ini jernih dan bersih kerana ia datang terus dari bukit. Khazanah alam ini harus dipelihara demi kesejahteraan kita jua.

Selasa, 10 November 2009

Perasmian Litar Go-Kart di UUM


 
Kini litar go-kart dalam hutan Sintok sudah dirasmikan. Khabarnya kos untuk menyewa go-kart di litar ini lebih murah berbanding di luar. Jadi rakan-rakan ham sekalian bolehlah aturkan aktiviti lumba go-kart pulalah selepas ini.

Khamis, 5 November 2009

Paramotor UUM Menang Pingat Perak dalam Pesta Sukan Udara Kebangsaan 2009


PROUUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) mencatat sejarahnya tersendiri apabila peserta paramotor,  Subri Hasim memenangi pingat perak pada Pesta Sukan Udara Kebangsaan 2009, baru-baru ini. Subri Hasim,48, mencatat sejarah menjadi atlet universiti apabila memenangi pingat perak dalam pertandingan luncur udara bermotor yang melibatkan 12  peserta yang berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.


Beliau  yang bertugas sebagai pensyarah kanan di UUM COLGIS menyifatkan kemenangan  itu berkat dorongan dan sokongan semua pihak terutama keluarga dan Pusat Kokurikulum. Beliau menyifatkan penyertaan itu sebagai satu pengalaman yang berguna dan berasa insaf apabila melihat kebesaran tuhan ketika berada di ruang angkasa.

Isnin, 2 November 2009

Kereta Solar Malaysia di World Solar Challenge Australia 2009


Kereta solar ini diberi nama Solar Ranger 1. Berharga RM 1.5 juta. Dimiliki oleh UNITEN. Dibiayai oleh syarikat kaya iaitu Tenaga Nasional Berhad. Kemudian ia dipersembahkan oleh 10 orang pelajar UNITEN yang sangat bersemangat. Tapi tahukah anda siapakah yang mereka bentuk badan kereta ini? Di manakah badannya dibina? Hehehe... salah seorang pereka bentuknya ialah rakan sejawat saya di hutan Sintok dengan menggunakan perisian 3D. Manakala lokasi pembinaan 'body'nya dibuat di Permintex, Jitra. Tukang yang membancuh dan membentuk carbon fiber pun orang kampung sebelah situ juga. Jadi moralnya di sini ialah, kita juga ada kemampuan untuk membina kereta solar macam mat saleh tu. Cuma perlu bantuan kewangan sahaja. Kita juga sudah ada tukang-tukang dan juruelektrik-juruelektrik yang berkemahiran. Saya percaya jika kita mampu mengurus dan menggabungkan kemahiran mereka, kita boleh mencipta sesuatu yang baru serta bersaing diperingkat global.

Petikan dari BERNAMA: Sepanjang 3,021 km perjalanan dari Darwin ke Adelaide, Solar Ranger hanya mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 60km sejam sahaja berbanding kemampuan asalnya 110km sejam yang dicatatkan di Putrajaya. Ini kerana sel solar 'Emcore' yang menggunakan teknologi tinggi dengan 27 peratus kadar resapan solar telah rosak dan terpaksa diganti dengan sel solar biasa menyebabkan berat kereta solar itu bertambah kepada 400kg daripada 240kg. Secara rasmi UNITEN menduduki tempat ke 22 daripada 32 pasukan. Tahniah kerana mampu bersaing di persada antarabangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...