Rabu, 4 Mac 2009

Kos Permulaan Penternakan Keli Dalam Tangki

Anggaran kos ini untuk 3 tangki dan ikan berjumlah 2000 ekor.

Kaedah:

  1. Bagi makan dedak 2 kali sehari. Jam 11 pagi dan jam 9 malam.
  2. Dedak perlu direndam 15 minit sebelum bubuh dalam tangki.
  3. Untuk anak benih 2000 ekor tu, bagi dedak sedikit sahaja. Bila dah besar baru boleh bagi makan banyak-banyak.
  4. Salin air 4-5 hari sekali. Jangan biar air jadi busuk dan terlalu keruh, takut ikan mati sebab oksigen kurang dan pH jadi terlalu berasid.
  5. Jangan lupa bubuh antiklorin (2 tudung air mineral/ tangki) semasa salin air.
  6. Ikan keli tak perlu bumbung teduhan. Cukup tutup dengan plastik jaring hitam sahaja.
  7. Lepas ternak 2 minggu, pisahkan ikan-ikan itu mengikut saiz (Saiz Besar, Sederhana, Kecil). Masukkan dalam tangki A, B, dan C mengikut kelas mereka.

Anggaran pendapatan:

2000 ekor – 200 ekor (dijangka mati) = 1800 ekor (dijangka hidup)

Anggaran 6 ekor ikan dewasa beratnya = 1 kilo,

Jadi 1800 ekor akan bersamaan = 300 kilo

Dianggarkan 1 kilo berharga = RM 3.00

Jadi 300 kilo, kita dapat, 300 X 3 = RM 900.00


Keuntungan:

Kos bahan/alat yang perlu disediakan semula sahaja akan ditolak iaitu: dedak, benih ikan, air paip, dan antiklorin tulen (RM 400.00)

Jadi RM 900 – RM 400 = RM 500.00 (Nilai ini diperoleh selepas 3 bulan ternak).

Ini bererti, selepas sesi ternak ke-2, kita dapat balik modal (hampir-hampir). Selepas sesi ternak ke-3, barulah kita mula membuat untung sepenuhnya. (Bayangkan kalau kita ternak dalam 12 buah politank. Lumayan tak hasilnya?)


Selasa, 3 Mac 2009

Jom Buat Projek Penternakan Ikan Keli Kecil-Kecilan

Hobi saya yang terbaru ialah membela ikan keli untuk dijual, bukan untuk seronok-seronok. Hobi ini saya buat di tepi rumah sahaja. Ruang atas tanah bersaiz 15 kaki x 5 kaki sudah cukup untuk menempatkan 3 tangki ikan (tangki yang digunakan ialah takungan air warna hitam yang ada atas rumah kita tu). Setiap tangki kita boleh bela lebih kurang 600 ekor. Guna air paip dicampur antiklorin tulen. Makanannya ialah dedak khas, bukan perut ayam rebus. Jadi air dalam tangki ikan kita tak membusuk dan tak mencemar udara. Ikan ini boleh dijual selepas 3 bulan. Anggaran pulangan setiap sesi ternak ialah RM900. Bagi rakan-rakan yang lombong garamnya terhenti tu, bolehlah buat projek ini. Modal permulaannya ialah sekitar RM1050 ++ sahaja. Kalau anda ada banyak masa dan berkemampuan, bolehlah menternak lebih banyak misalnya 12 atau 20 tangki ikan. Bayangkan pulangannya nanti. Oh ya, mengikut kajian semasa, permintaan ikan ini sangat tinggi iaitu kira-kira 5 tan sehari. Sehingga kini bekalan masih tidak cukup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...