Sila klik di sini
Selasa, 2010 Februari 09
Datuk Seri Dr Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah
PUTRAJAYA 9 Feb. – Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. – Utusan Online
Isnin, 2010 Januari 25
Majlis Kenduri Kahwin 9W2FBT di Bukit Tangga
Selamat pengantin baru kepada Zul dan Yani. Semoga berbahagia dan kekal aman sentosa sehingga ke syurga.
Khamis, 2010 Januari 07
Isu Penggunaan Nama "ALLAH": Bebaskan Ia Dari Unsur Kesyirikan.
Bantahan Rasmi
Sebagai seorang Islam, kami perlu bersuara untuk menyatakan TIDAK BERSETUJU penggunaan nama ALLAH oleh agama yang terang-terang mensyirikkan-Nya.
Untuk maklumat lanjut kenapa dan mengapa umat Islam harus menentang perkara ini, sila ikuti tulisan seorang pemikir dan ahli akademik Islam di http://drasmadinet.blogspot.com .
Sekian.
Selasa, 2010 Januari 05
Fenomena Aneh - Hujan Lebat Pada Musim Kemarau
Sepatutnya pada masa ini, kawasan utara Semenanjung Malaysia, masih dalam musim kering dan berangin. Namun nampaknya perubahan cuaca menjadi semakin sukar diramal. Di Changlun, hujan mulai turun dengan lebat pada jam 6.00 petang, 4 Januari 2010. Air sungai melimpah. Hasilnya berlakulah banjir di atas jalanraya menuju ke Perlis seperti dalam gambar di atas.
Ahad, 2010 Januari 03
Bertemu 9M2YAS di UUM
Alhamdulillah pada petang ini saya sempat bertemu dengan 9M2YAS (Cikgu Alias) yang berkunjung ke UUM atas urusan projek penyelidikan peringkat master beliau. Beliau menghubungi saya melalui LL selepas membaca nota yang saya lekatkan pada cermin jallopy beliau. Beliau bertugas di JPN Perlis. Dalam pertemuan singkat ini, beliau memberi tips dan mengajak saya untuk belajar CW. Kesudian beliau untuk bertemu di daratan walaupun kesuntukan masa amat dihargai.
Tanah Untuk Dijual
Ada rakan yang meminta saya menghebahkan mengenai sebidang tanah rizab Melayu yang ingin dijual. Lokasinya di Mukim Padang Peliang Pendang Kedah. Keluasan 1.36076 hektar. Harga RM 95K (boleh dirunding). Tanah sudah ada pokok buah-buahan. Juga terdapat anak sungai mengalir di dalamnya. Jika anda berminat sila hubungi 013-4354916 (Bang Ismail).
Langgan:
Catatan (Atom)












