Sabtu, 27 November 2010

AMARAN CUACA BURUK DARI JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

JMM-PRC(O)-LK-04
Our Ref: ( JMM.RML06/701/10JLD68(49) )

NASIHAT HUJAN LEBAT/RIBUT PETIR
(PERINGKAT KUNING)
Dikeluarkan pada: 10.10 pagi 24/11/2010

SEKSYEN A Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Kuala Krai) dan Terengganu (Daerah Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang) mulai pagi Ahad, 28 November 2010 dan dijangka berterusan sehingga malam Selasa, 30 November 2010.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

SEKSYEN B
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Kota Star, Pendang dan Yan) mulai pagi Isnin, 29 November 2010 dan dijangka berterusan sehingga malam Rabu, 1 Disember 2010.
Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

 

Data Taburan Hujan Harian di Semenanjung Malaysia

 Data diperolehi dari imej satelit.
 Data ini diperolehi dari imej radar.

Sumber: http://www.met.gov.my

Khamis, 25 November 2010

SEMINAR: "Synchronizing Emergency Communication In Disaster Management Among The Radio Amateur Community in Malaysia 2010” (RACIM 2010)

Sukacita dimaklumkan bahawa International Telecommunication Union-Universiti Utara Malaysia (ITU-UUM) akan menganjurkan satu seminar kebangsaan bertajuk Synchronizing Emergency Communication In Disaster Management Among The Radio Amateur Community In Malaysia 2010”(RACIM 2010). Seminar ini dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Mohamed Thajudeen Bin Abdul Wahab, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara.

Yuran: RM200 (termasuk makan waktu seminar, bahan-bahan utk praktikal membuat antena YAGI, dan Fox Hunting Game ). Untuk pendaftaran, hubungi : Pn. Noorizuana: 019-4563952 , 04 - 928 4751. Seminar ini diiktiraf oleh ITU, IARU dan MCMC.

http://www.skmm.gov.my/

Ahad, 21 November 2010

LIMA SATELIT RADIO AMATUR BARU DILANCARKAN

Five new Amateur Radio Satellites in orbit

RAX with tape measure antennas
FASTRAC-1, FASTRAC-2, NanoSail-D2, O/OREOS and RAX were launched at 01:24 UT on Saturday Nov 20, reports of the signals are needed.
So far signals have been reported from FASTRAC-2 (Emma), O/ORES and RAX.
Nominal Frequencies:
- FASTRAC-1 "Sara Lily" 437.345 MHz FM AX.25 1200bps
- FASTRAC-2 "Emma" 145.825 MHz FM AX.25 1200bps
- RAX-1 437.505 MHz
- O/OREOS 437.305 MHz
- Nanosail D2 0.5 sec beacon every 5 sec on 437.275 MHz.
RAX Facebook: http://www.facebook.com/pages/
RAX-Radio-Aurora-Explorer/168658456492859

RAX Twitter: http://twitter.com/RAX_2010
FASTRAC Facebook http://www.facebook.com/fastracsats
FASTRAC Twitter http://www.twitter.com/fastracsats/
O/OREOS http://www.crestnrp.org
NanoSail-D2 http://nanosaild.engr.scu.edu/dashboard.htm
Amateur radio operators - help track the FASTRAC satellites
http://www.southgatearc.org/news/november2010/
fastrac_tracking.htm

AMSAT Bulletin Board (AMSAT-BB)
http://www.amsat.org/amsat-new/tools/maillist/
Orbiter Forum
http://www.orbiter-forum.com/showthread.php?p=219924

Original Source: http://www.southgatearc.org/news/november2010/5_new_satellites_in_orbit.htm
http://fastrac.ae.utexas.edu/for_radio_operators/overview.php

Sabtu, 20 November 2010

Malaysia 4x4 Jamboree 2010

Tempat: Sepang
Tarikh: 19-21 November 2010
Acara: Pelbagai



Animasi menarik. Kreatif sungguh.

Rabu, 17 November 2010

Hujan Lebat Di Changlun

Langit gelap dan awan hujan yang hitam menyelubungi bahagian utara Kedah. Akhirnya pada jam 4.00 petang, hujan turun dengan lebatnya. Rakan-rakan yang berada di tempat rendah sila ambil perhatian.

Ahad, 14 November 2010

Pengusaha Pokke (Gecko) Di Changlun Peroleh Ribuan Ringgit Sebulan

Petang tadi saya berpeluang menemuramah seorang pengusaha perternakan pokke atau gecko di Changlun. Beliau yang dikenali sebagai Encik Am memberitahu bahawa beliau berperanan sebagai pembeli serta penjual haiwan berkenaan. Beliau menegaskan bahawa individu yang berminat dalam bidang ini supaya berwaspada supaya tidak ditipu. 
Pokke milik Encik Am. Perhatikan ekornya yang bercabang dua. Payah nak cari ni.

Pastikan bahawa anda berurusan dengan pembeli atau penjual yang tulen. Ini adalah kerana terdapat penjual yang menipu dengan cara memasukkan bendasing ke dalam tubuh haiwan berkenaan supaya nampak besar dan berat. Antaranya ialah dengan memasukkan timah, besi, getah, dan silikon.

Beliau juga menjelaskan kepada saya bahawa haiwan ini telah diiktiraf oleh WHO sebagai antara 15 spesis yang mempunyai nilai perubatan tinggi. Perkara ini boleh diperolehi dari laman sesawang WHO sendiri.
Masih baru lagi ni.

Encik Am sangat serius dalam bidang ini. Kini beliau memperoleh 'ribuan ringgit'  setiap bulan dengan aktiviti penjualan haiwan yang ada nilai perubatan ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli atau menjual pokke / gecko boleh menghubungi telefon bimbit beliau - 0125766845.
Pengusaha pokke yang simple.

Sabtu, 13 November 2010

Lelongan Barangan di Hatyai: Harga Rendah Selepas Banjir

Saya berkesempatan melawat Hatyai selepas dua belas hari peristiwa banjir. Apabila turun saja dari teksi ( van) di Kim Yong Bazar, saya terus ternampak banyak tempat lelongan barang di kaki-kaki lima premis perniagaan. Ini termasuklah beg, kain potong, pakaian, kasut, cenderamata, alatan elektronik, dan sebagainya. Itu semua adalah antara barangan yang ditenggelami air banjir tapi masih boleh digunakan. Harga barangan ini ada yang dipotong 50% dan ada yang 80%. Saya dapati ramai penduduk Hatyai sendiri yang berpusu-pusu membeli barangan murah berkenaan. Saya sendiri sempat membeli jungle boot kulit yang mirip digunakan oleh anggota tentera (harga sebelum banjir ialah 1200B). Kasut ini masih berkeadaan baik, tetapi  terkena air bah sedikit sahaja. Kos kasut berkenaan termasuk baju ala tentera dan talipinggang ialah 500B (bersamaan RM 52.63). Memang seronok membeli-belah selepas banjir di Hatyai. Berbaloi-baloi seperti kata Amy Search!
Lelongan pelbagai jenis kasut dan sandal.

Alatan elektronik

Sampah sarap yang terkumpul sesudah banjir.

Penduduk Hatyai berpusu-pusu membeli pakaian murah.

Pakaian ala tentera dan kadet polis yang dilelong. Sehelai 80B saja.
Green belt dalam baldi tu berharga 20B (harga asal 100B)

Topi kadet. Harga banjir 50B sahaja.

Kotak speaker yang dilelong.

Speaker dan pelbagai kit elektronik.

Berebut-rebut membeli kain potong di kedai kain Pakistan.

Khamis, 11 November 2010

Hujan Oh Hujan 11-11-10

Sintok - 1.00 pm

UUM - 1.05 pm

UUM - 1.07 pm

UUM - 1.08 pm

UUM FTM - 3.00 pm

UUM - 3.15 pm

EDC UUM - 3.20 pm

Changlun - 4.00 pm

Rabu, 10 November 2010

Sukarelawan 4x4 Kedah-Perlis Memberi Bantuan Sewaktu Banjir di Alor Setar

Pada 5 dan 6 November 2010 yang lalu, seramai 12 orang sukarelawan dari Kelab 4x4 Kedah dan Perlis membuat operasi menyelamat mangsa-mangsa banjir di Alor Setar. Jasa mereka patut dihargai kerana sanggup meredah bahaya banjir walaupun tiada sebarang ganjaran material dijanjikan. Mereka ikhlas untuk membantu bahkan minyak untuk kenderaan 4x4 mereka pun hanya menggunakan duit poket sendiri. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa-jasa orang yang ikhlas.
Taman Uda, kawasan rendah rupanya.

Ada 'perkhidmatan bot' di Bandaraya Alor Setar.

Kenderaan 4x4 yang ada nozel saja boleh lepas.

Ini Stonefield milik Dato' Mukti. Redah air 4-5 kaki mudah saja.

Sedang bersiap untuk meneruskan operasi.

Sudah sampai ke tempat cetek. Jalan kaki sajalah.

9W2ZYS dan Pak Wan.


Selasa, 9 November 2010

Memantau Langit Utara Kedah

Berikut ialah gambar-gambar awan hujan di langit sebelah utara Changlun pada jam 1.30 petang tadi. Didapati awan hujan masih banyak. Akhirnya hujan turun renyai-renyai mulai jam 6.00 petang sampai ke malam. Jam 9.00 malam hujan turun makin lebat. Pada jam 10.00 malam, melalui QSO (perhubungan radio), saya dapat maklumat dari rakan di Sadao (Wilayah Songkhla) bahawa air sungai di sana semakin meningkat.
Awan hitam masih banyak.

Zoom lagi.

Mungkin hujan turun lewat petang ini.

Isnin, 8 November 2010

PARAS TERKINI AIR SUNGAI BADAK

Paras air Sungai Badak, Changlun boleh dijadikan sebagai penunjuk kemungkinan banjir gelombang kedua. Gambar-gambar dan video dibawah ini diambil pada jam 6.00 petang tadi. Paras air dalam sungai ini masih berada pada tahap tidak berbahaya walaupun hujan lebat turun di hulu dan kawasan sekitarnya.



AMARAN GELOMBANG BANJIR KEDUA

Awan hitam di langit Changlun.

Sebahagian daripada 12 bilion tan air di atas langit.

Hujan sudah turun pada jam 4.00 petang tadi. Jenis hujan meleret-leret.
Posting ini bukan untuk menakut-nakutkan pembaca. Ia hanya sebagai maklumat untuk kita semua berjaga-jaga supaya tiada lagi korban banjir yang seterusnya. Seperti yang telah diwawarkan oleh media tentang gelombang banjir yang kedua, pada hari ini saya dapati hujan lebat mulai turun dan berlarutan seperti minggu lepas juga. Ironinya hujan lebat pada minggu ini bermula pada hari ISNIN juga sepertimana pada minggu lepas. Berdasarkan pemerhatian pada jam 3.00 petang tadi, didapati kumpulan awan hitam yang membawa air hujan sangat tebal di atas langit Changlun serta Sintok. Kedua-dua kawasan ini boleh menjadi penanda aras untuk kemungkinan banjir kerana keduanya berada hampir dengan hulu sungai dan di altitud yang lebih tinggi berbanding Jitra dan Alor Setar. Kami akan memantau paras air Sungai Badak, di tepi lebuhraya UUM-Kuala Perlis. Jika air sungai ini melimpah ke atas lebuhraya, bermakna banjir kali kedua akan berlaku lagi.

Ahad, 7 November 2010

AIR DI JALAN ANAK BUKIT SUDAH SURUT 90%

BERITA jam 3.00 pagi, 7 November 2010. Dimaklumkan bahawa air di jalan Anak Bukit sudah surut 90%. Kenderaan ringan sudah boleh lepas. Kekalkan guna laluan ini jika anda mahu turun ke selatan atau Shahab Perdana --> Dari UUM - Changlun ( ambil lebuhraya PLUS)- keluar simpang Malau- masuk Pekan Jitra - Kepala Batas - Titi Gajah - Anak Bukit - Pantai Johor - Suka Menanti - Shahab Perdana.

Jalan Anak Bukit semasa banjir.

Jalan Anak Bukit sudah 'line clear'.

Sabtu, 6 November 2010

Ops Meredah Banjir Dengan Kenderaan 4x4

ALOR SETAR - 5 November 2010. Operasi ini bertujuan untuk menghantar beberapa orang pelajar UUM yang hendak ke Stesen  Bas Shahab Perdana. Maklum sajalah bas di Changlun terhad dan harga tiket pula melambung tinggi.  Jadi, mereka lebih suka menaiki bas di Shahab Perdana. Dalam perjalanan mengharung banjir sekitar jalan Sungai Baru, Alor Setar itu sempatlah juga kami snap gambar-gambar kenangan sewaktu banjir 2010 nie. Enjoylah sama waktu banjir ni. Takkan nak tension saja kan? Inilah hasil bidikan lensa co-pilot 4x4 UUM Sintok ~ Zailina.

Strategi kami ~ redah ikut bontot lori...ada sebab tau.

Penduduk tempatan yang gemar tengok kenderaan meredah.

Sucikan enjin motor ke bang?

Bas Kiffah pun meredah juga. Cukup bulan kena servis la.

Pembahagi jalan jadi tempat parking motosikal.

Inilah untungnya ikut bontot lori ~ kebanyakan air dia tolak ke tepi.
Maka, air yang kami redah jadi cetek sahaja.

Ini Hilux ke apa nie?

Ombak terhasil.

Yang ini memang tempat dalam. Lori kecil banyak yang kantoi. Berombak mcm dalam laut.

Ini salah satu yang kecundang dalam pertempuran. Tersadai dan dihempas ombak.

Kat sini kedalamannya lebih kurang 1 kaki setengah.
Pada kedalaman ini, daya hentaman air dianggarkan 1/3 tan.

Kanak-kanak dan remaja bermain air.

Gerun juga tengok pokok pisang tinggal pucuk saja. Kalau terbabas
di situ, 4WD pun terkandas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...