Khamis, 27 Oktober 2011

Taburan Hujan & Amaran Banjir

November datang lagi. Inilah bulan yang kebiasaannya berlaku banjir besar di utara Malaysia. Oleh itu elok sekiranya kita mengkaji data taburan hujan yang terkini berdasarkan imej satelit yang di bekalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Nampaknya semasa artikel ini ditulis, taburan hujan sangat tinggi di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia.Persediaan banjir harus giat dijalankan kerana mengikut ramalan kajicuaca taburan hujan pada tahun ini 40% lebih daripada tahun sebelumnya.
Ini adalah imej satelit yang dikemaskini setiap 24 jam.

Ahad, 23 Oktober 2011

Tinjauan Lokasi Antena di ITU-UUM

Rangka menara
Penguntukan Radas 9M4ITU
Mr. Hans sedang berbincang dengan Pengarah ITU-UUM, Prof. Madya Dr. Wan Rozaini.

Tinjauan lokasi di atas bumbung.

9W2PCK sedang meyakinkan tentang keselamatan antena kepada jurutera UUM, En. Hakim.

9M2KMA membuat tinjauan.

9M2QQ sedang mencari lokasi terbaik.
Inilah rupa bentuk antena apabila siap di pasang kelak.

Pada 23 Oktober 2011, suatu tinjauan lokasi antena HF telah dijalankan di pejabat ITU-UUM,Sintok. Antena ini khas untuk stesen 9M4ITU bagi kegunaan penyelidik, latihan amali pelajar dan khidmat komunikasi sewaktu bencana alam. Nama atau jenis antena ini ialah 'Mosley 6 Band Pro-67-A'.

Buat masa ini pihak ITU-UUM sedang dalam proses mendapatkan kelulusan pemasangan antena dari pihak pentadbir universiti dan pihak berkuasa tempatan. Sementara itu, pihak kami memohon bantuan mana-mana ahli radio amatur yang berdekatan untuk bergotong royong bagi kerja-kerja berikut:
1) Mengecat tiang-tiang asas antena.
2) Menguji dan membuat pendawaian 'rotator'
3) Menjalankan kerja pemasangan menara (setelah mendapat kelulusan nanti)

Pihak ITU-UUM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada 9M2QQ (Mr. Hans), 9W2PCK (Mr. Choy), 9M2KMA (Dr. Khairudin), 9W2ZSJ (En. Abu), dan Pak Dali kerana bersusah payah membawa peralatan antena ke Sintok. Terima kasih juga diucapkan kepada penyumbang peralatan menara dari Singapura - 9V1OK  (Frank Aw).

~ de 9W2UUM

Ahad, 2 Oktober 2011

TV3 Soccer Kids Datang ke Utara


Menunggu.

Setia seorang ibu.

SWAL MAN (no 28) mencuba nasib (seronok-seronok jer).

Dah penat laaa...

Goodbye...see you again next year.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...