Selasa, 4 Disember 2007

Ahad, 2 Disember 2007

Pak Long Marzuki Perturunkan Ilmu Mengesan Gelombang

Pak Long Marzuki (9M2MZ), sangat ramah dan merendah diri orangnya. Kaya dengan senyuman dan tidak lokek ilmunya. Ketika disoal apakah alat buatan sendiri yang berwarna biru itu, beliau menjawab bahawa itu ialah penyukat kekuatan medan (Field Strength Meter). Dengan spontan beliau membuat demonstrasi dan kemudian melukis litar alat itu di atas buku nota saya. Menurut beliau, litar berkenaan diperolehi daripada buku berjudul Radio Communication, terbitan Persatuan Radio Great Britain.

Aktiviti gang radio di Tasik Beris, Sik

Bersama Net Controller, 9W2XLL (Pak Nordin)
pengkalan di Bumbung Lima, Seb. Perai.

Bersama orang lama - Pak Long Marzuki & Pak Yeop

Jumaat, 30 November 2007

'Eye ball' lagi

Dari kiri, SWAL SIK (Mat), 9W2DBL (Din),
9W2AZR (Cikgu Azhar), dan 9W2TB (Pak Aziz).

Menjengok Pancar Ulang ASTRA di Bukit Derdap, Sik





Ahad, 25 November 2007

"Eye ball" dengan gang radio Sik

Dari kiri SWAL PJN (Pijan), 9W2DBL (Din),
9W2AZR (Cikgu Azhar), 9W2AHR (At), dan SWAL CTS (Cheir).

Khamis, 22 November 2007

Saya Monitor Saja (SMS)

Dari jam 12.00 pagi sampai 1.30 pagi saya mendengar perbualan stesen-stesen di Pancar Ulang GK. Stesen yang aktif: 9W2ZMS (AS), 9W2KMC (Pak Khalid), 9W2JMA (Cikgu Asri), 9W2JML (Cikgu Mokhtar), 9W2MKY (Pak Ki, mobile), 9W2USF (Abg Amir, mobile) 9W2JE (Pak Jamal), 9W2PCS (Pak Chot). 9W2ZMS (Abg Khusaini, portable tandop), 9W2ZTA (kendalian zam).

Rabu, 21 November 2007

Pameran Radio Amatur di UUM



Pihak PRO UUM telah menghebahkan tentang pameran ini melalui e-mel dalaman mereka. Turut disertakan gambar Pak Saidin dan Cikgu Aziz bersama-sama VC UUM dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Jailani Johari.



Ini sedutan dari e-mel PRO kepada semua warga UUM:

21 NOVEMBER 2007/ 11 ZULKAEDAH 1428H
=================================
“UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA”
(FIRST CHOICE UNIVERSITY)PROUUM ONLINE:

PEMBINAAN 20 menara telekomunikasi di sepanjang Lebuh Raya Timur-Barat sejauh 140km iaitu di Baling, Hulu Perak dan Jeli yang dijangka siap penghujung tahun ini, akan mengurangkan jurang digital masyarakat kawasan berkenaan dengan kawasan bandar.Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Jailani Johari berkata, kerajaan terus memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar walaupun kawasan itu kurang rancak aktiviti ekonominya.“Langkah pembinaan menara telekomunikasi berkenaan di luar bandar akan mengurangkan jurang teknologi terutamanya dalam perkembangan telefon selular,” katanya ketika merasmikan Persidangan Pembangunan ICT Luar Bandar 2007 di Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.Persidangan dua hari anjuran Fakulti Teknologi Maklumat dengan kerjasama International Telecommunication Union (ITU) itu adalah sebagai platform untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan dan menghubungkan jurang digital antara kawasan bandar dengan luar bandar.Sebanyak 40 kertas kerja melibatkan 21 topik yang berkaitan dengan ICT luar bandar akan dibincangkan sepanjang seminar ini antaranya polisi pembangunan ICT luar bandar, strategi pembangunan ICT luar bandar, k-politik, k-ekonomi, k-komuniti dan sebagainya.Melalui persidangan ini juga peserta yang terdiri daripada ahli akademik, intelektual juga berkongsi idea baru, pengalaman dan hasil kajian masing-masing dalam membangunkan ICT di kawasan luar bandar.Jailani berkata, pendedahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang baik di kalangan masyarakat kawasan luar bandar di negara ini mampu membawa kehidupan dan cara hidup golongan ini ke tahap yang lebih baik dan sempurna. Dengan adanya perkhidmatan ini di kawasan desa, masyarakat luar bandar akan bergerak lebih jauh ke hadapan dalam meningkatkan kualiti hidup dan seterusnya meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.Menurutnya, hari ini teknologi ICT menjadi satu bentuk baru kepada masyarakat dalam era globalisasi dan kepentingan terhadap ICT membolehkan teknologi ini diaplikasikan untuk menyokong sosial, budaya, politik dan aktiviti ekonomi masyarakat.“Di Malaysia, kerajaan memberikan sepenuhnya tumpuan kepada usaha pembangunan komuniti luar bandar dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menghubungkan jurang digital ini.“Antara yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada komuniti luar bandar ini ialah Pusat Internet Desa dan Pusat Jalur Lebar Komuniti yang bertujuan memberikan peluang kepada mereka untuk meningkatkan kehidupan,” katanya lagi.Jailani berkata, inisiatif yang baik ini jika digunakan dengan sebaik-baiknya oleh komuniti desa bukan sahaja mengakibatkan peningkatan dalam ekonomi tetapi juga mewujudkan persaingan dalam arena global.Beliau berharap peserta persidangan ini akan menggunakan sepenuhnya peluang serta ruang ini untuk membincangkan tentang kaedah, isu dalam pembangunan ICT di kawasan luar bandar ini.“Saya percaya ini adalah pendekatan terbaik yang dapat menjayakan matlamat kita bersama untuk memastikan pembangunan ICT luar bandar dan seterusnya merapatkan jurang digital,” ujar beliau lagi. Sementara itu, Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam ucapannya berkata, pembangunan di kawasan luar bandar adalah cabaran kepada pembangunan negara hari ini di mana kekurangan kemudahan dan akses kepada tempat-tempat tersebut akan memberikan kesan kepada kehidupan dan ekonomi komuniti ini.Katanya, ICT dapat meningkatkan kualiti kehidupan serta memberikan kesan langsung kepada komuniti luar bandar. Sebagai contoh teknologi internet menyediakan peluang kepada golongan petani di kawasan tersebut untuk memasuki pasaran global di samping berpeluang berinteraksi dengan petani di peringkat antarabangsa.“Selain itu, golongan remaja pula dapat bertemu serta berkomunikasi dengan orang ramai menjangkaui sempadan dan memberikan kelebihan kepada mereka untuk bertambah maju dalam kehidupan,” kata Tan Sri Dr Nordin.Tambah beliau, sebagai contoh inisiatif yang diambil oleh Jabatan Pertanian dengan menyediakan portal ‘The Agribazaar’ telah menarik golongan petani di Malaysia untuk memasarkan produk pertanian mereka di peringkat global. Dua pengucap utama iaitu Dr Roger Harris yang terlibat secara langsung dalam projek e-Bario Sarawak dan Prof Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr Peter Songan juga bersama-sama peserta untuk berkongsi pengalaman mereka dalam persidangan ini. Habis.

=================================
DARIPADA:JABATAN PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-928 3006/3007/3013/3014
FAKS : 04-928 3016
E-MEL : prouum@uum.edu.my

Pameran Ham Radio di EDC, UUM

Hari ini melawat pameran ham radio yang dianjurkan oleh pihak ASTRA. Pak Aziz (9W2AZE) dan Pak Saidin (9W2ZT) sibuk melayan pertanyaan dari pengunjung. Sambutan memang hangat. Dapat juga berkenalan dengan rakan-rakan lain seperti Cikgu Amir Nizar Bashah (9W2ANB), Abang Radzi (9W2BCD), dan Abang Zul (9W2ZUL).

Selasa, 20 November 2007

Beli antena jenis "ribbon"

Beli lagi satu jenis antena yang di namakan "ribbon". Antena ini sangat fleksibel. Mudah untuk diguna di tempat yang sempit dan dalam hutan.

Selasa, 13 November 2007

GK 2 Meter Net

Sertai Check Net pertama yang dikendalikan oleh 9W2PCS - Pak Chot.

Isnin, 12 November 2007

"Eye Ball" dengan 9W2PCS

Berjumpa Pak Chot di rumah beliau. Dapat berbincang macam-macam hal berkaitan ham radio. Paling menarik dapat melihat antena buatan Pak Chot. Berdiri tegak setinggi 30 kaki. Rekabentuk ala-ala menara telekomunikasi komersil.

Ahad, 11 November 2007

QSO dengan rakan-rakan di Rpt. GK

QSO dengan 9W2PCS, 9W2DEC, 9W2ZTA (kendalian zam).

Sabtu, 10 November 2007

Bengkel di SMKDSO A.Star

Ikuti bengkel yang dikelola oleh Cikgu Aziz di SMKDSO. Dari 3.30 - 5.30 petang. Selepas itu, "tango2" di Stadium Darul Aman. Dapat kenal ramai rakan ham dan SWL.

Khamis, 8 November 2007

Komunikasi Pertama

Hari ini, lebih kurang jam 9 pagi, cuba CQ, CQ, CQ di simplex Alor Star. Ada 'rakan ham' dari Arau yang response. Aku cuba terangkan kepada dia untuk belajar dan tukar-tukar info mengenai radio ham. Belum sempat berkenalan, sudah diminta beredar dari jaluran berkenaan, kerana mengganggu katanya. Hehehe. Ok. Tiada masalah. Apa boleh buat. Kalau sudah SWL, kena patuhlah pada prosedur yang ditetapkan dan hormati para 'senior'. Tapi seronok juga sebab sudah berjaya "merambatkan" suara di ruang angkasa.

Pada malamnya, beranikan diri lagi. Cuba CQ, CQ, CQ lagi di simplex AS. Tiba-tiba suatu suara emas menjawab. "Contact-contact" katanya. Beliau minta callsign. Aku menjawab bahawa - SWL di sini, hanya ingin cari rakan yang mungkin dapat membimbing dan belajar-belajar bercakap di jaluran. Beliau memperkenalkan diri sebagai 9W2J?. Hanya dua huruf pada callsign. Orang lama ni. Banyak pengalaman. Beliau sungguh ramah dan sangat baik hati untuk berkongsi pengetahuan. Dan malam itu banyak juga peraturan atau prosedur untuk ber-QSO yang aku dapat. Teruja. Terima kasih kepada beliau kerana sanggup melayan karenah SWL yang macam aku ini. Hehehe.

Rabu, 7 November 2007

Beli peralatan lagi


Hari ini aku beli antenna 'slim jean', cable coax, adaptor, dan PTT. Kos semua RM170 sahaja. Lokasi kedai ialah di Alor Setar. Sesampai sahaja di base, aku pacak satu tiang setinggi 20 kaki di tepi rumah. Maka antena 'slim jean' aku pun tersedia untuk diguna di base. Sekarang boleh monitor Rpt. GJ dan Rpt. GK dengan jelas.

Isnin, 5 November 2007

Pertama kali beli alatan radio ham


Hari ini 4 Nov 2007, aku beli handy jenis Kenwood TK-508, antenna crystal beserta kabel dan adaptor. Jumlah semua termasuk duit minyak untuk kawan yang tolong beli ialah RM700. Agak mahal, tapi puas hati sebab, hajat untuk penuhi minat aku sejak dulu-dulu sudah tercapai. Maka bermulalah menjadi SWL sahaja dulu.

Selasa, 16 Oktober 2007

Berkenalan dengan radio amatur


Berkenalan dengan radio amatur melalui seorang rakan SWAL (Abg Non) sewaktu beraya di kampung.

Sabtu, 6 Oktober 2007

Sejarah Changlun

Nama Changlun berasal dari bahasa Siam. Menurut orang-rang tua di sini, mereka berkata Changlun bermaksud 'gajah jatuh'. Chang ialah 'gajah', lun pula 'jatuh'. Sekolah terawal di sini didirikan oleh penghulu bergelar Datok Wan Kemara pada sekitar tahun 1880-an. Guru terawal dipanggil Pak Skul dan Mak Skul. Mereka dijemput khas dari Pulau Pinang.

Sabtu, 15 September 2007

Frekuensi Maha Istimewa dalam Gelombang Cahaya Allah

Dalam ayat 35, Surah An-Nur, ALLAH mengakui bahawa DIA mempunyai cahaya. Cahaya-Nya menerangi langit dan bumi. Cahaya-Nya berlapis-lapis (cahaya dia atas cahaya). Sebagaimana yang termaklum, cahaya adalah dalam bentuk gelombang. Setiap gelombang, ada frekuensinya sendiri. Suatu yang pasti di sini bahawa frekuensi dalam gelombang cahaya-Nya tentulah maha hebat, maha istimewa, maha dahsyat dan tiada persamaan langsung dengan frekuensi makhluknya yang sangat-sangat lemah ini!

Posted by Picasa

Rabu, 12 September 2007

Panorama Changlun

Lampu trafik di atas lebuh raya PLUS.
Gambar diambil dari atas jejambat.

Antena ala-ala slim jim, Balai Polis Changlun punya.

No. telefon balai - 04-9241222
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...