Selasa, 3 Mac 2009

Jom Buat Projek Penternakan Ikan Keli Kecil-Kecilan

Hobi saya yang terbaru ialah membela ikan keli untuk dijual, bukan untuk seronok-seronok. Hobi ini saya buat di tepi rumah sahaja. Ruang atas tanah bersaiz 15 kaki x 5 kaki sudah cukup untuk menempatkan 3 tangki ikan (tangki yang digunakan ialah takungan air warna hitam yang ada atas rumah kita tu). Setiap tangki kita boleh bela lebih kurang 600 ekor. Guna air paip dicampur antiklorin tulen. Makanannya ialah dedak khas, bukan perut ayam rebus. Jadi air dalam tangki ikan kita tak membusuk dan tak mencemar udara. Ikan ini boleh dijual selepas 3 bulan. Anggaran pulangan setiap sesi ternak ialah RM900. Bagi rakan-rakan yang lombong garamnya terhenti tu, bolehlah buat projek ini. Modal permulaannya ialah sekitar RM1050 ++ sahaja. Kalau anda ada banyak masa dan berkemampuan, bolehlah menternak lebih banyak misalnya 12 atau 20 tangki ikan. Bayangkan pulangannya nanti. Oh ya, mengikut kajian semasa, permintaan ikan ini sangat tinggi iaitu kira-kira 5 tan sehari. Sehingga kini bekalan masih tidak cukup.

1 ulasan:

  1. salam.

    saya berminat nak mulakan ternakan ikan keli secara kecil-kecilan. lokasi pendang. email saya sujana.rejab@gmail.com

    terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...