Isnin, 25 Oktober 2010

Cara untuk menjadi ahli RADIO AMATUR


Apa itu radio amatur? Secara ringkasnya ia adalah hobi untuk bereksperimen dengan gelombang radio dan juga untuk mencari kawan seluruh dunia melalui radio dua hala tanpa mengira warna kulit, sempadan negara dan status individu. Dalam  kod etika ahli radio amatur setiap individunya adalah sama, beramah tamah tak kira sama ada anda doktor, lawyer atau engineer , hartawan atau angkasawan, hatta 'king' sekalipun :).

Saya rasa, tentu ada rakan-rakan di luar sana yang berminat tapi tak tahu bagaimana nak memulakannya. Jadi di sini saya berikan sedikit panduan.

Caranya ialah:
1. Anda perlu ambil peperiksaan radio amatur (RAE) dan perlu lulus. Borang permohonan menduduki peperiksaan sudah keluar. Untuk dapatkan maklumat dan borangnya, sila klik di sini. (Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Oktober 2010)
2. Selepas lulus, anda boleh buat lesen radio di mana-mana pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (misalnya Cawangan Utara ialah di Butterworth)
3. Sesudah mendapat lesen, sertailah mana-mana persatuan radio amatur, misalnya ASTRA, MART, MARES dan kelab-kelab kecil macam kami.

Nota: pada peringkat awal yakni sebelum anda dapat lesen, anda boleh menjadi SWAL (Short Wave Amateur Listener). Anda boleh aktif berlatih dengan cara mendengar bagaimana rakan berlesen berkomunikasi dengan kod radio amatur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...