Selasa, 27 Mac 2012

Hubungan antara Voltan (V), Arus (I), dan Rintangan (R)

Rajah segitiga ini bertujuan untuk memudahkan kita mengingat formula bagi mengira tiga perkara iaitu sama ada voltan, arus, atau rintangan. Anda harus tanya diri, apa yang ingin dikira? Jika ingin kira V (voltan), anda tutup V, lalu anda akan nampak I dan R. Ini bermakna, untuk mendapatkan V, anda harus darabkan I dengan R. Sebaliknya, jika anda ingin kira I (arus), tutuplah I, lalu anda akan nampak V di atas R. Ini bermaksud anda perlu bahagikan V dengan R. Untuk memastikan ketepatan kiraan, pastikan unit bagi setiap item itu sudah ditukarkan kepada unit yang sepatutnya. Berhati-hatilah kerana kadangkala ada soalan perangkap yang sengaja direka untuk menguji kefahaman calon dalam hal unit.

2 ulasan:

  1. Salam Bro,

    Thank you for your tips.. tak sempat nak baca lagi ni ..sibuk ngan kerja baru.. tak tau lah exam 17hb ni lulus ka tak heee..

    Dah kelas pun tak pi.. heee..

    Orait..

    BalasPadam
  2. 'You are welcome'. Terima kasih kembali kerana sudi membaca 'posting' dalam blog saya yanag mengutamakan dan mendaulatkan Bahasa Melayu ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...