Isnin, 21 Julai 2008

Kenwood TK-208 = Jingtong JT-208

Setelah puas mencari manual penguna Kenwood TK-208, akhirnya saya mendapati bahawa ia adalah serupa dengan model dari China - Jingtong JT-208. Manual pengguna Jingtong lebih mudah diperolehi dan ramai ahli radio amatur luar negara telah menulis komen mengenai mutu radio jenis ini.

Sabtu, 12 Julai 2008

Panduan Kepada Peminat Baru Radio Amatur / SWAL

Jika anda adalah peminat baru radio amatur, di sini saya ingin beri sedikit panduan tentang apa yang patut dibeli supaya anda tidak terlebih 'budget' disebabkan oleh kekurangan maklumat (mungkin anda akan di'pau' individu yang mementingkan untung besar). Sebenarnya, dengan kos lebih kurang RM380.00, anda sudah boleh menjadi SWAL (Short Wave Amateur Listener).

Berikut adalah maklumat yang berguna untuk anda:

1. Radio Transceiver.
Saya cadangkan jenis Kenwood TK-508. Kadang-kadang ia diletak nama Weiwei, Motorola dan lain-lain. Maklumlah, barangan klon. Radio ini dilengkapi dengan antena jenis 'rubber dark' dan pengecas bateri.
Kos: RM 350.00

Ciri radio ini

  • Kuasa output: 6W
  • Julat frekuensi: (VHF) 136 mHz- 174 mHz
  • Ingatan menyimpan sehingga 188 saluran
  • boleh guna mod Wide (25kHz) dan mod Narrow (12.5kHz)
  • Fungsi 'scanning' saluran
  • 3 warna latar paparan
  • Panggilan kecemasan
  • Boleh diprogram dengan komputer
2. Penyambung atau Connector - untuk menyambungkan radio dengan antena lain.
Kos: RM10.00

3. Antena
Untuk penerimaan yang lebih baik saya cadangkan anda membeli (atau membuat sendiri) antena jenis 'ribbon'. Antena ini sangat 'flexible'. Ia boleh digantung kepada pelbagai benda, termasuklah di atas pokok.
Kos: RM 20.00

Peralatan di atas adalah keperluan asas untuk seseorang SWAL mula menceburi bidang radio amatur. Aksesori-aksesori lain (misalnya PTT, 'power supplier' dalam kereta, antena slim jim, antena mobil, dan lain-lain) boleh dibeli kemudian apabila 'budget' anda mengizinkan.

Di mana anda boleh beli peralatan itu dengan harga yang berpatutan?
Jawapan: Saya tidak bolehlah iklankan tempat penjualan radio dalam ruangan ini. Jadi, kepada yang berminat sila hubungi saya melalui :
Yahoo! Messenger ID: biruartik
e-mel: biruartik@gmail.com

Sabtu, 5 Julai 2008

Pelan Antena Moxon

Here is the plan for the 10 meter Moxon antenna, centered on 28.5 MHz frequency.


  • Dimensions
    A - 382.43 cm (150 1/2 inch)
    B - 57.13 cm (22 1/2 inch)
    C - 11.02 cm (4 3/8 inch)
    D - 71.06 cm (28 1/4 inch)
    E - 139.76 cm (55 inch)
    These calculation are made for 12 gauge wire using L. B. Cebik Moxon Calculator tool. The Moxon on the above photo belong to Mark Rabel

    Kelebihan antena moxon:
    directional
    has gain of around 5 dBi
    Compact and Light weight
    Easy to construct
    designed for 50 Ohm impedance
    Wideband
    Great F/B ratio, useful for blanking noise

Rujukan:
http://please.name.my/94/10-meter-band-compact-directional-antenna-moxon.html

Cadangan untuk bermain dalam jaluran rakyat

Inilah antara alat-alat yang perlu:

1. Transceiver jenis YAESU (RM2000+)

2. Antena homebrew jenis "Moxon" (RM 200).

3. Power Supply (RM1500)

Komen:
Wow! Kos agak mencemaskan. Kalau himpun dulu, tahun bila boleh mula bereksperimen dengan Citizen Band? Lambat lagi la. Solution: Kena bina sendiri ler CB radio ni.

Rujukan:
1.http://www.sphamradio.com/v3/forum/viewthread.php?forum_id=18&thread_id=33&rowstart=0
2.http://please.name.my/94/10-meter-band-compact-directional-antenna-moxon.html
3.Perbualan telefon dengan 9W2USF.

Jaluran Rakyat ( Citizen Band @ CB ) - HF

Berikut adalah frekuensi jaluran rakyat yang tidak memerlukan AA untuk menggunakannya.
Dipetik dari http://www.skmm.gov.my/the_law/NewAct/Act%20588/Notifications/pub%20109y2000/pub109y2000bi.pdf
2. Frequency determinationThe following spectrum is assigned for this class assignment, amongst other uses, on a sharednon-exclusive basis:(a) 26. 9650 MHz to 27. 2750 MHz; and(b) 477. 5000 MHz to 478. 0000 MHz
- 26.9650 to 27.2750 maximum allowable power = 4W
- 477.500MHz to 478.000 MHz , maximum allowable power = 0.5W
----------------------------------------------------------------
(7) Transmit in speechNo transmission, other than voice, shall be permitted for longer than a three second period for eachtransmission.
(8) Maximum transmission periodNo transmission shall exceed 180 seconds in duration.
(9) Call signsNo call signs are to be utilised other than in a field of operation where such call signs are required.
(10) Telephone interconnectNo connection of a citizen band communications device to a telephony service is authorised.
(11) Operation restrictionsNo person shall operate a citizen band communications device -(a) in such a way that would cause unnecessary alarm or serious affront to another person; or( to harass or denigrate another person.
(12) No interferenceThe operation of the citizen band communications device shall not interfere with another certifiedcommunications device
====================
Dengan erti kata lain, rakan rakan boleh gunakan frequency ini tanpa AA asalkan mematuhi peraturan dalam "First Schedule" tersebut.

Rujukan:
Daripada hasil tulisan 9W2WTF, dalam laman forum http://ashamradio.com/forum/viewthread.php?forum_id=14&thread_id=36&pid=760#post_760

Minda manusia mampu memancar gelombang


Betapa agungnya ciptaan ALLAH. Sedarilah bahawa otak kita pun mampu merambat atau memancar gelombang walaupun dalam frekuensi yang sangat rendah iaitu dari sekitar 3Hz sehingga beberapa ratus Hertz. Untuk dalam keadaan tenang, kita perlu ubah frekuensi minda ke frekuensi sekitar 8Hz - 13 Hz (juga dipanggil gelombang alfa). Caranya ialah melalui sembahyang malam - misalnya sembahyang tahajjud. Cara kedua ialah melalui latihan mengubah frekuensi dengan membuat gegelung khayalan di dalam minda sebanyak 10 pusingan.
Saya yakin bahawa suatu hari nanti, manusia mampu berkomunikasi dengan rakan yang lain dengan hanya menggunakan gelombang minda. Inilah yang dinamakan cerebral communication. Manusia tidak perlu melanggan perkhidmatan telekomunikasi komersil yang ternyata mahal dan membebankan. Pada masa itu semua syarikat telekomunikasi akan bankrap.
Fikirkan:
Dalam kekusyukan atau saat tenang, dianggarkan minda memancar gelombang EM pada frekuensi 8 Hz ( bersamaan 0.000008 MHz). Jadi pada ketika ini jarak gelombang minda kita ialah bersamaan 300Mmsesaat/0.000008MAyunansesaat = 37.5 Juta meter!!!
Jauh betoi tu...sekali hayun sahaja sudah hampir 38,000 Kilometer jarak dia boleh pergi!! Lebih jauh daripada jarak ISS dengan bumi.

Rujukan:
Dari sebuah laman web berbahasa Inggeris (Maaf alamatnya hilang pulak. Nanti jika terjumpa, saya bubuh).

Merenung sejenak


Tiba-tiba datanglah idea seperti gambar di atas...
Rujukan:
Dari ceramah Dr. Wahfiyudin, Jakarta, Indonesia, 2007.

Litar sebuah pemancar FM



Litar ini dirujuk daripada http://tacashi.tripod.com/elctrncs/smplfmtr/smplfmtr.htm
Perhatikan bahawa antara komponen utama untuk menghasilkan ayunan (oscillation) ialah gegelung dan kapasitor.

Apakah nadi sebuah pemancar gelombang radio?

Nadi manusia berpunca dari degupan jantung. Bagi pemancar radio pula, nadinya ialah ayunan yang berlaku dalam dua komponen utama iaitu gegelung (juga dipanggil solenoid, coil) dan kapasitor (capacitor). Ayunan itu sebenarnya ialah ulangan pertukaran tenaga dalam bentuk medan magnet (dalam gegelung) kepada tenaga dalam bentuk medan elektrik (di dalam kapasitor). Ulangan yang berturutan inilah yang akan menghasilkan frekuensi. Proses perubahan tenaga itu dalam rentak atau fasa yang tertentu (di dalam gegelung dan kapasitor) pula digelar resonans.


Jenis atau sifat-sifat khusus pada kapasitor dan gegelung akan menentukan nilai frekuensi yang akan terhasil. Jika dikaji secara lebih mendalam, kita akan dapati bahawa pergerakan elektronlah yang memainkan peranan bagi menghasilkan kedua-dua medan berkembar ini. Ini adalah suatu hakikat. Medan elektrik sentiasa berpasangan dengan medan magnet. Ketika kita berkomunikasi dengan radio, sebenarnya kedua-dua bentuk tenaga itu sedang bergerak keluar di udara.

Rujukan:
Gambarajah di atas disalin daripada laman web yang tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...