SINTOK- 1 November 2010. Hujan lebat sejak malam tadi telah menyebabkan paras air Sungai Badak di Sintok meningkat sehingga melimpah ke atas leburaya UUM-Kuala Perlis. Pagi ini, pada jam 9.00 pagi, kami mendapati pihak pengurusan lebuhraya berkenan telah menutup jalan menuju ke UUM. Kenderaan yang menuju ke UUM diarah berkongsi laluan yang bertentangan. Keadaan ini besar kemungkinan akan menyulitkan para graduan dan rombongan yang datang untuk mengambil ijazah masing-masing pada sesi petang ini dan sesi esok hari.
Sehingga berita ini ditulis, hujan masih turun mencurah-curah. Mengikut pengalaman pada November 2005, jika hujan masih belum berhenti sehingga malam ini, besar kemungkinan bencana banjir besar di utara Kedah akan berulang. Kawasan rendah yang akan terjejas teruk ialah Pekan Jitra, Kepala Batas dan sebahagian Alor Setar.
Sehingga berita ini ditulis, hujan masih turun mencurah-curah. Mengikut pengalaman pada November 2005, jika hujan masih belum berhenti sehingga malam ini, besar kemungkinan bencana banjir besar di utara Kedah akan berulang. Kawasan rendah yang akan terjejas teruk ialah Pekan Jitra, Kepala Batas dan sebahagian Alor Setar.
Air Sungai Badak sudah melimpah jalan menghala ke UUM. |
Jalan menuju ke Kuala Perlis juga akan mencapai aras kritikal. |
Pihak JKR dan Belati Wangsa meninjau keadaan jalan. |
Hujan masih lebat. |
Tersangkut. Kena berpatah balik ke Changlun. |
Deretan kenderaan yang mahu ke UUM dengan cara berkongsi laluan. |
Jalan menuju UUM ditutup.Belok ke kanan, kongsi laluan. |
Keadaan jalan di lebuhraya PLUS berhampiran kilang GANO. Air naik sedikit demi sedikit. |
Paras air di Sungai Korok, dekat Pekan Jitra. |
Pada tahun 2005, air sungai ini melimpah dengan dahsyatnya. Pekan Jitra tenggelam. |
thanks for the info..dah lma x balik UUM. hope everything gonna b alrite..
BalasPadamrindu nak kembali ke uum..
BalasPadamdah 5 thn grade.. nak share pict ni kat blog sy leh x?
LiLY - you are welcome. Hope so..
BalasPadamRozectLyantie - mai la ke UUM.... silakan share, but just minta masukkan link blog saya saja. itu je.
salam...dasyat jugak eh...smpi palang besi tengah2 tu tenggelam...mmg tenggelam ek besi2 tu??
BalasPadamMemang tenggelam la besi penghadang tu..saya sendiri yang snap gambar nie..memang menakutkan dengar bunyi air Sungai Badak ni..ganas sungguh!
BalasPadamo my UUM ><"'
BalasPadam