9W2UUM sedang berlatih memakai sayap (wing) dan tempat duduk udara (harness). Seperti mana hobi radio amatur, hobi paramotor ini pun ada prosedur dan protokolnya sendiri. Misalnya sebelum terbang, kami perlu memohon izin dari petugas menara kawalan pesawat di Kepala Batas. Langkah-langkah keselamatan juga banyak. Contohnya cara menggalas enjin, cara memakai sayap, teknik berlepas (take off), teknik mendarat (landing), cara mengelakkan tali bersimpul, dan cara mengurus/melipat sayap.
Latihan penerbangan diadakan di Kubang Gajah, Perlis. Masa: 8.30 -11.30 pagi. Saya sempat belajar membentuk sayap dengan cara berlari melawan arah angin dan membuat kawalan dengan menarik tali pada hujung sayap. InsyaAllah, selepas beberapa kali sesi latihan di darat, saya dapat menerbangkan pesawat ini. Kelihatan dalam gambar di atas, Prof. Madya Izham Shafie (Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UUM) berjaya menerbangkan pesawatnya. Logo UUM tertera di bawah sayap berkenaan.
Pada 3 & 7 Mei, kami telah mengadakan aktiviti gotong royong bagi menyenggara antena di Puncak Tangki dalam kawasan UUM. Antara rakan-rakan yang sudi meluangkan masa ialah 9W2FBT, 9W2UUM, SWL-TEH, SWL-MIE & SWL-SMM.