Komander Doug Wheelock membuat penerangan mengenai penggunaan radio amatur di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa. Beliau menggunakan call sign "NA1SS," dan telah bercakap dengan pengendali radio amatur di bumi semasa stesen itu terbang pada kelajuan 17, 500 bsj. Beliau telah mendarat di bumi pada 25 November 2010 yang lalu. Maklumat frekuensi ialah 145.800MHz (downlink), 144.490Mhz(uplink). Maklumat jangkaan laluan ISS di atas negara Malaysia boleh diperolehi dari laman http://www.issfanclub.com
Khamis, 9 Disember 2010
Ahad, 5 Disember 2010
Gelombang Radio Dari Planet Saturn
Cuba anda dengar bunyi yang berpunca dari gelombang radio dari planet Saturn. Planet Saturn yang ada lingkaran di atmosferanya tu. Takkan anda tak ingat. :) Bunyi ini dirakam oleh kapal pengembara angkasa Cassini pada tahun 2004. Dengarlah betul betul...kemungkinan anda boleh faham apa yang ingin disampaikan oleh 'penghuni' planet berkenaan. Yang pasti sehingga hari ini pun, pihak NASA masih buntu, apakah punca yang menghasilkan gelombang radio yang membawa bunyi berkenaan.
Langgan:
Catatan (Atom)