|
Rangka menara |
|
Penguntukan Radas 9M4ITU |
|
Mr. Hans sedang berbincang dengan Pengarah ITU-UUM, Prof. Madya Dr. Wan Rozaini. |
|
Tinjauan lokasi di atas bumbung. |
|
9W2PCK sedang meyakinkan tentang keselamatan antena kepada jurutera UUM, En. Hakim. |
|
9M2KMA membuat tinjauan. |
|
9M2QQ sedang mencari lokasi terbaik. |
|
Inilah rupa bentuk antena apabila siap di pasang kelak. |
Pada 23 Oktober 2011, suatu tinjauan lokasi antena HF telah dijalankan di pejabat ITU-UUM,Sintok. Antena ini khas untuk stesen 9M4ITU bagi kegunaan penyelidik, latihan amali pelajar dan khidmat komunikasi sewaktu bencana alam. Nama atau jenis antena ini ialah 'Mosley 6 Band Pro-67-A'.
Buat masa ini pihak ITU-UUM sedang dalam proses mendapatkan kelulusan pemasangan antena dari pihak pentadbir universiti dan pihak berkuasa tempatan. Sementara itu, pihak kami memohon bantuan mana-mana ahli radio amatur yang berdekatan untuk bergotong royong bagi kerja-kerja berikut:
1) Mengecat tiang-tiang asas antena.
2) Menguji dan membuat pendawaian 'rotator'
3) Menjalankan kerja pemasangan menara (setelah mendapat kelulusan nanti)
Pihak ITU-UUM juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada 9M2QQ (Mr. Hans), 9W2PCK (Mr. Choy), 9M2KMA (Dr. Khairudin), 9W2ZSJ (En. Abu), dan Pak Dali kerana bersusah payah membawa peralatan antena ke Sintok. Terima kasih juga diucapkan kepada penyumbang peralatan menara dari Singapura - 9V1OK (Frank Aw).
~ de 9W2UUM