Rabu, 21 November 2007

Pameran Radio Amatur di UUM



Pihak PRO UUM telah menghebahkan tentang pameran ini melalui e-mel dalaman mereka. Turut disertakan gambar Pak Saidin dan Cikgu Aziz bersama-sama VC UUM dan Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Jailani Johari.



Ini sedutan dari e-mel PRO kepada semua warga UUM:

21 NOVEMBER 2007/ 11 ZULKAEDAH 1428H
=================================
“UUM : UNIVERSITI PILIHAN UTAMA”
(FIRST CHOICE UNIVERSITY)PROUUM ONLINE:

PEMBINAAN 20 menara telekomunikasi di sepanjang Lebuh Raya Timur-Barat sejauh 140km iaitu di Baling, Hulu Perak dan Jeli yang dijangka siap penghujung tahun ini, akan mengurangkan jurang digital masyarakat kawasan berkenaan dengan kawasan bandar.Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Jailani Johari berkata, kerajaan terus memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar walaupun kawasan itu kurang rancak aktiviti ekonominya.“Langkah pembinaan menara telekomunikasi berkenaan di luar bandar akan mengurangkan jurang teknologi terutamanya dalam perkembangan telefon selular,” katanya ketika merasmikan Persidangan Pembangunan ICT Luar Bandar 2007 di Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.Persidangan dua hari anjuran Fakulti Teknologi Maklumat dengan kerjasama International Telecommunication Union (ITU) itu adalah sebagai platform untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan dan menghubungkan jurang digital antara kawasan bandar dengan luar bandar.Sebanyak 40 kertas kerja melibatkan 21 topik yang berkaitan dengan ICT luar bandar akan dibincangkan sepanjang seminar ini antaranya polisi pembangunan ICT luar bandar, strategi pembangunan ICT luar bandar, k-politik, k-ekonomi, k-komuniti dan sebagainya.Melalui persidangan ini juga peserta yang terdiri daripada ahli akademik, intelektual juga berkongsi idea baru, pengalaman dan hasil kajian masing-masing dalam membangunkan ICT di kawasan luar bandar.Jailani berkata, pendedahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang baik di kalangan masyarakat kawasan luar bandar di negara ini mampu membawa kehidupan dan cara hidup golongan ini ke tahap yang lebih baik dan sempurna. Dengan adanya perkhidmatan ini di kawasan desa, masyarakat luar bandar akan bergerak lebih jauh ke hadapan dalam meningkatkan kualiti hidup dan seterusnya meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.Menurutnya, hari ini teknologi ICT menjadi satu bentuk baru kepada masyarakat dalam era globalisasi dan kepentingan terhadap ICT membolehkan teknologi ini diaplikasikan untuk menyokong sosial, budaya, politik dan aktiviti ekonomi masyarakat.“Di Malaysia, kerajaan memberikan sepenuhnya tumpuan kepada usaha pembangunan komuniti luar bandar dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk menghubungkan jurang digital ini.“Antara yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada komuniti luar bandar ini ialah Pusat Internet Desa dan Pusat Jalur Lebar Komuniti yang bertujuan memberikan peluang kepada mereka untuk meningkatkan kehidupan,” katanya lagi.Jailani berkata, inisiatif yang baik ini jika digunakan dengan sebaik-baiknya oleh komuniti desa bukan sahaja mengakibatkan peningkatan dalam ekonomi tetapi juga mewujudkan persaingan dalam arena global.Beliau berharap peserta persidangan ini akan menggunakan sepenuhnya peluang serta ruang ini untuk membincangkan tentang kaedah, isu dalam pembangunan ICT di kawasan luar bandar ini.“Saya percaya ini adalah pendekatan terbaik yang dapat menjayakan matlamat kita bersama untuk memastikan pembangunan ICT luar bandar dan seterusnya merapatkan jurang digital,” ujar beliau lagi. Sementara itu, Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi dalam ucapannya berkata, pembangunan di kawasan luar bandar adalah cabaran kepada pembangunan negara hari ini di mana kekurangan kemudahan dan akses kepada tempat-tempat tersebut akan memberikan kesan kepada kehidupan dan ekonomi komuniti ini.Katanya, ICT dapat meningkatkan kualiti kehidupan serta memberikan kesan langsung kepada komuniti luar bandar. Sebagai contoh teknologi internet menyediakan peluang kepada golongan petani di kawasan tersebut untuk memasuki pasaran global di samping berpeluang berinteraksi dengan petani di peringkat antarabangsa.“Selain itu, golongan remaja pula dapat bertemu serta berkomunikasi dengan orang ramai menjangkaui sempadan dan memberikan kelebihan kepada mereka untuk bertambah maju dalam kehidupan,” kata Tan Sri Dr Nordin.Tambah beliau, sebagai contoh inisiatif yang diambil oleh Jabatan Pertanian dengan menyediakan portal ‘The Agribazaar’ telah menarik golongan petani di Malaysia untuk memasarkan produk pertanian mereka di peringkat global. Dua pengucap utama iaitu Dr Roger Harris yang terlibat secara langsung dalam projek e-Bario Sarawak dan Prof Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr Peter Songan juga bersama-sama peserta untuk berkongsi pengalaman mereka dalam persidangan ini. Habis.

=================================
DARIPADA:JABATAN PERHUBUNGAN AWAM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL : 04-928 3006/3007/3013/3014
FAKS : 04-928 3016
E-MEL : prouum@uum.edu.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...