Jumaat, 12 September 2008

Kali Pertama Memancar di Pancar Ulang Transnasional

Apa perasaan saya sewaktu kali pertama memancar di saluran transnasional? Jawapannya saya sangat teruja kerana dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan yang beratus-ratus kilometer dari rumah saya. Jika dahulu semasa SWAL, saya cuma mendengar sahaja perbualan mereka, hari ini pada 12 September 2008, saya sendiri terlibat dalam QSO. Antara rakan - rakan yang pertama kali saya berQSO dalam jaluran panjang ialah:
9W2EDK(Subang), 9W2ZZD (K.Bharu), 9W2WMZ (Keratong), dan 9W2BDZ (Shah Alam). Keterujaan ini membuatkan saya tidak dapat tidur lena. Terlalu seronok! Terima kasih ASTRA kerana memberi izin kepada saya untuk menggunakan pancar ulang. (lepas raya baru nak masuk jadi ahli Astra).

2 ulasan:

  1. TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH FAKHRUL DI ATAS KEJAYAAN ANDA QSO DI TRANSNASIONAL. SEMOGA ANDA TERUS QSO DI TRANS DAN MENDAPAT SEBERAPA RAMAI RAKAN DI FREKUANSI...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...