Selasa, 16 Disember 2008

Guglielmo Marconi - Pembina Pemancar Radio Yang Gigih

Pada tahun 1894, semasa beliau berumur 24 tahun, Guglielmo Marconi telah mendengar tentang kajian yang dibuat oleh santis Jerman, Heinrich Hertz. Beberapa tahun sebelum itu, Hertz membuktikan wujudnya gelombang yang tidak dapat dilihat, dipanggil gelombang elektromagnet yang bergerak di angkasa dengan kelajuan 300 juta meter sesaat. Marconi sangat teruja dengan penemuan Hertz dan yakin bahawa gelombang tersebut dapat menghantar mesej melalui jarak yang jauh tanpa menggunakan seutas wayar pun. Oleh kerana sangat minat, beliau pun membina sebuah bengkel di loteng rumah ibubapanya di Bologna, Itali dan mula menjalankan eksperimen berdasarkan penemuan-penemuan ahli fizik yang terdahulu. Pada mulanya beliau berjaya membina penghantar isyarat untuk jarak beberapa kilometer sahaja. Oleh kerana eksperimennya melibatkan kos tinggi, beliau memerlukan penaja. Namun tiada satu pun pihak berkuasa Itali yang sanggup menajanya. Malah ideanya diperlekehkan. Oleh kerana kecewa dengan layanan di Itali, beliau pun berhijrah ke England pada tahun 1896. Dipendekkan cerita, di England beliau telah ditaja oleh Kerajaan British. Dengan pengubahsuaian tertentu, beliau berjaya menghantar mesej dalam jarak beribu-ribu kilometer. Ini terbukti apabila dalam tahun 1901 isyarat radionya berjaya dihantar merentasi lautan Atlantik, iaitu dipancarkan dari Poldhu, Cornwall, England dan diterima di St. John's, Newfoundland, Kanada. Akhirnya di atas sikap gigih berusaha, beliau berjaya menubuhkan stesen penyiaran radio British yang pertama, diberi nama The Marconi Company pada tahun 1920.

Rujukan: McTavish, D. (1996). Pencipta Terkenal (edisi Bahasa Melayu), Penerbit Pan Earth:P. Jaya.

2 ulasan:

  1. Salam Bro,

    Ya dia seorang yang gigih tak macam saya.. soalan RAE kali ini sangat mencabar hee. tak tau lah apa keputusanya nanti..

    BalasPadam
  2. Ya dia gigih. Sepanjang hayatnya diberi untuk teknologi komunikasi tanpa wayar. Pengasas BBC London pula tu. Huhuhuhu...apa lagi yang tinggal kat kita? Rasa nak cipta macam-macam tapi satu pun tak jadi. Sebabnya kekurangan ilmu dan motivasi. Tentang RAE anda, saya doakan anda LULUS. Kebarangkalian untuk calon lulus ialah sebanyak 52%. Semoga anda tergolong dalam kumpulan 52% itu!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...