Namun pada petang 26 Julai, muncul khabar angin mengatakan kononnya pelajar yang tidak meninggalkan kampus sebelum jam 8 malam akan dikurantinkan (Mungkin digambarkan seperti dalam filem Amerika - Outbreak).
Ini mengakibatkan berlaku aliran keluar pelajar dari kampus dengan jumlah yang sangat ramai dan mendadak. Kesannya berlaku kesesakan jalanraya di sekitar Pekan Changlun. Terdapat juga 'kereta sapu' yang mengambil kesempatan di atas peristiwa 'havoc' ini. Mereka mengenakan caj RM16.00 bagi satu perjalanan dari Sintok ke Changlun (biasanya hanya RM12.00).
Beginilah keadaannya jika maklumat sebenar telah diputar-belitkan. Mungkin juga ramai yang tidak memahami arahan yang diberikan. Walau bagaimanapun, peristiwa ini telah memberi peluang keuntungan kepada pengusaha bas, teksi dan kereta sapu.