Isnin, 27 Julai 2009

Penangguhan Kuliah di UUM (27 Julai - 1 Ogos 2009)




Akibat daripada kemunculan sejenis selesema yang dipanggil influenza-like illness, pihak pengurusan UUM telah menangguhkan kuliah dari 27 Julai - 1 Ogos 2009. Maklumat rasmi pihak UUM mengatakan bahawa pelajar tidak diwajibkan balik kampung. Mereka hanya direhatkan dari kuliah, perbincangan dan perhimpunan dalam kumpulan yang ramai sahaja.

Namun pada petang 26 Julai, muncul khabar angin mengatakan kononnya pelajar yang tidak meninggalkan kampus sebelum jam 8 malam akan dikurantinkan (Mungkin digambarkan seperti dalam filem Amerika - Outbreak).

Ini mengakibatkan berlaku aliran keluar pelajar dari kampus dengan jumlah yang sangat ramai dan mendadak. Kesannya berlaku kesesakan jalanraya di sekitar Pekan Changlun. Terdapat juga 'kereta sapu' yang mengambil kesempatan di atas peristiwa 'havoc' ini. Mereka mengenakan caj RM16.00 bagi satu perjalanan dari Sintok ke Changlun (biasanya hanya RM12.00).

Beginilah keadaannya jika maklumat sebenar telah diputar-belitkan. Mungkin juga ramai yang tidak memahami arahan yang diberikan. Walau bagaimanapun, peristiwa ini telah memberi peluang keuntungan kepada pengusaha bas, teksi dan kereta sapu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...