Isnin, 31 Ogos 2009

Merdekakah Kita?


Selamat Hari Merdeka untuk negaraku - Malaysia.
Persoalannya adakah kita sudah merdeka secara hakiki? Merdekakah minda kita? Merdekakah akhlak kita? Merdekakah qiblat kita? Merdekakah bahasa kita? Merdekakah agama kita?
Secara umumnya memang kita sudah merdeka daripada cengkaman British dajjal laknatullah. Namun setelah mereka dihambat secara terhormat ke negara asal mereka, pengisian kemerdekaan kita masih berpaksikan barat. Contohnya isu bahasa. Hari ini, Bahasa Melayu seperti melukut di tepi gantang dek kerana belum dimerdekakan sepenuhnya dalam arena keilmuan. Pengaruh bahasa Inggeris amat kental dalam kalangan pemimpin elit yang dahulunya mendapat pendidikan barat. Begitu juga dengan agama kita. Belum pun sempat dibuat hukuman, dunia luar telah terlebih dahulu menghukum pentadbiran undang-undang mahkamah syariah - kononnya merotan merupakan amalan tidak bertamadun dan kuno.
Hanya keberanian untuk mengekalkan prinsip dan terus mara sahaja akan memerdekakan kita selama-lamanya.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Gambar Aurora Australis

Gambar-gambar berikut adalah antara bukti kekuasaan Allah. Cahaya yang cantik di kaki langit ini dipanggil aurora. Jika di kutub utara ia di panggil aurora borelis. Di kutub selatan, aurora australis. Apakah punca terhasilnya cahaya indah ini? Puncanya ialah matahari. Angin suria secara tetap akan bergerak dan kena pada bahagian atmosfera terhujung bumi. Ia sebenarnya ialah plasma panas - gas  nipis yang terjana daripada kepanasan berjuta darjah di permukaan matahari.


Ribut yang mengeluarkan cahaya indah ini ada kaitan dengan hobi radio amatur. Kenapa? Kerana ribut ini merupakan hasil daripada sifat elektromagnetik yang wujud di sekeliling bumi kita dan dalam alam maya ini.

Dalam tahun 1859, di Boston, telah direkodkan bahawa kejadian ribut geomagnetik ini sangat kuat. Cahayanya sungguh terang sehinggakan penduduk dapat membaca tanpa bantuan cahaya lilin. Para operator telegraf pula merekodkan bahawa mereka mampu menghantar mesej tanpa bekalan kuasa bateri. Cukup dengan menggunakan arus yang terjana daripada ribut ini .


Sumber asal: http://www.environmentalgraffiti.com/featured/phenomenal-images-aurora-australis/9586

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Berpuasa

Di kesempatan ini, kami mendoakan agar rakan-rakan sekalian dan kami sendiri dapat melaksanakan ibadah puasa dengan jayanya. Semoga ibadah puasa kali ini dapat mendidik kita menjadi umat Islam yang lebih baik dari sebelumnya. Amin.

Rabu, 12 Ogos 2009

Keputusan RAE 2009-1

Pihak SKMM telah mengeluarkan keputusan peperiksaan RAE yang telah dijalankan pada bulan Jun lalu. Sila klik di sini untuk mendapatkan keputusan anda.

Rakan di UUM yang LULUS ialah:
1. SWL-COB - Alias
2. SWL-TAJ - Tajuddin

Fundamental saya berumur 71 tahun, pun lulus.

Tahniah kepada semua rakan yang lulus. Kepada yang gagal, jangan putus asa, cuba hingga berjaya.

Isnin, 10 Ogos 2009

Pemancar Kod Morse Paling Ringkas

Bayangkan jika anda terkandas di suatu tempat yang jauh daripada manusia. Pada masa yang sama anda terjumpa bateri, segulung dawai, kepingan tin, beberapa batang paku dan skru. Tahukah anda, bahawa dengan hanya objek-objek ini, anda mampu untuk membuat penghantaran gelombang radio kepada rakan radio yang mungkin sedang memantau pada gelombang pendek (nasib baik, jika ada orang dengar). Lihat gambar di atas. Itulah pemancar kod Morse yang paling ringkas! Untuk cerita lebih lanjut, sila klik di sini. Mungkin alat ad-hoc seperti inilah yang dibina oleh pegawai radio di atas kapal Prinsendam untuk meminta bantuan daripada kapal-kapal lain sewaktu ia hampir karam pada 4 Oktober 1980.

Khamis, 6 Ogos 2009

Gangguan 'alien' di lebuhraya PLUS: Tahyul atau Fakta?

Bermula dari awal tahun sehingga pertengahan tahun 2009, terdapat tiga laporan akhbar mengatakan ada pengguna lebuh raya PLUS di Kedah diganggu makhluk halus berupa wanita berkebaya merah. Telah berlaku dua kemalangan yang dikaitkan dengan kelibat makhluk itu. Terbaru, seorang ustaz dari Perlis mengalami gangguan dalam bentuk makhluk ghaib menumpang keretanya sehingga kereta terasa seperti berat dan tayar berasap. Beliau juga memberi gambar yang dirakam secara tidak sengaja menunjukkan kehadiran makhluk itu dibelakang isterinya ketika mengisi minyak di hentian R&R Gurun arah ke selatan (lihat gambar di atas). Kes ini juga telah dibincangkan dalam program TV3- 360 kelolaan Mazidul pada Rabu, 29 Julai yang lalu.

Klik disini untuk baca artikel asal dalam Kosmo!
Komen pembaca dalam blog seorang rakan internet

Rabu, 5 Ogos 2009

'Eyeball' dan mesyuarat rakan radio amatur di Jitra


'Eyeball' dan mesyuarat radio amatur daerah Kubang Pasu di Nasmir Nasi Kandar, Jitra. Keputusan mesyuarat ialah - ham radio Changlun dan ham radio Jitra akan bergabung bagi menjayakan aktiviti percutian di Gubir pada 18, 19 dan 20 Disember 2009. Beberapa siri mesyuarat akan diadakan lagi pada masa akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...