Sabtu, 22 Ogos 2009

Gambar Aurora Australis

Gambar-gambar berikut adalah antara bukti kekuasaan Allah. Cahaya yang cantik di kaki langit ini dipanggil aurora. Jika di kutub utara ia di panggil aurora borelis. Di kutub selatan, aurora australis. Apakah punca terhasilnya cahaya indah ini? Puncanya ialah matahari. Angin suria secara tetap akan bergerak dan kena pada bahagian atmosfera terhujung bumi. Ia sebenarnya ialah plasma panas - gas  nipis yang terjana daripada kepanasan berjuta darjah di permukaan matahari.


Ribut yang mengeluarkan cahaya indah ini ada kaitan dengan hobi radio amatur. Kenapa? Kerana ribut ini merupakan hasil daripada sifat elektromagnetik yang wujud di sekeliling bumi kita dan dalam alam maya ini.

Dalam tahun 1859, di Boston, telah direkodkan bahawa kejadian ribut geomagnetik ini sangat kuat. Cahayanya sungguh terang sehinggakan penduduk dapat membaca tanpa bantuan cahaya lilin. Para operator telegraf pula merekodkan bahawa mereka mampu menghantar mesej tanpa bekalan kuasa bateri. Cukup dengan menggunakan arus yang terjana daripada ribut ini .


Sumber asal: http://www.environmentalgraffiti.com/featured/phenomenal-images-aurora-australis/9586

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...