Selasa, 13 Oktober 2009

Info berkenaan hotel dan makanan di Changlun


Posting ini ditulis atas permintaan rakan PARTS, Perak.

Jika anda datang sekitar Changlun, hotel yang kami syorkan ialah 'T Hotel'. Lawat laman webnya di sini. Harganya ialah sekitar RM60 semalam. Makanan tiada masalah. Banyak kedai makanan Melayu, Patani dan Mamak nasi kandar (tapi kami tidak begitu mengesyorkan kedai mamak di atas beberapa sebab yang tidak boleh ditulis di sini). Contoh kedai yang masakan sedap ialah Kedai Pak Deep Char Kui Tew (CKT). Ia menyediakan CKT udang, CKT kerang, dan nasi ayam. Di bawah T Hotel pula ada Kedai Nasi Jagung (Dari pagi sampai jam 1.00 petang sahaja). Kedai Nasi Jagung menyediakan lauk pauk masakan Kedah asli. Anda juga boleh cuba kedai Joe Cendol Pulut yang terletak 6 km di selatan Changlun.


Sekiranya inginkan hotel yang lebih eksklusif, mewah tapi murah, anda boleh cuba EDC-UUM. Harga sekitar RM130 semalam. Anda boleh lawat laman webnya di sini. EDC-UUM ada menyediakan makanan di restorannya. Namun jika anda ingin menikmati makanan luar, anda boleh cuba Kedai Gulai Kawah (siang sahaja). Kedai ini terletak lebih kurang 4 km dari EDC (Tidak jauh dari Taman Universiti, dan di tepi lebuhraya Sintok-Kuala Perlis).


Bagi rakan-rakan yang berkelayakan untuk buat border pass (atau sudah ada) bolehlah anda melawat sebentar ke Pekan Danok. Pekan ini terletak hanya di sebelah pintu sempadan Bukit Kayu Hitam (BKH). Jarak dari Changlun hanya 8 km sahaja. Border pass boleh dibuat di Pejabat Imigresen BKH (buka pada Ahad-Khamis). Sediakan RM10, gambar bersaiz passport dan salinan kad pengenalan. Semasa border pass anda dicop, pegawai imigresen Thai akan POW anda RM1 setiap sekali cop. Jadi, jangan terkejut yer, itu cara depa cari makan bang. (Dalam sehari beribu orang keluar masuk, kayoo kan??) Hehehe. Di sini anda boleh beli buah-buahan, pakaian jenama tiruan, cenderamata, gajet-gajet pelik, dan lain-lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...