Isnin, 2 November 2009

Kereta Solar Malaysia di World Solar Challenge Australia 2009


Kereta solar ini diberi nama Solar Ranger 1. Berharga RM 1.5 juta. Dimiliki oleh UNITEN. Dibiayai oleh syarikat kaya iaitu Tenaga Nasional Berhad. Kemudian ia dipersembahkan oleh 10 orang pelajar UNITEN yang sangat bersemangat. Tapi tahukah anda siapakah yang mereka bentuk badan kereta ini? Di manakah badannya dibina? Hehehe... salah seorang pereka bentuknya ialah rakan sejawat saya di hutan Sintok dengan menggunakan perisian 3D. Manakala lokasi pembinaan 'body'nya dibuat di Permintex, Jitra. Tukang yang membancuh dan membentuk carbon fiber pun orang kampung sebelah situ juga. Jadi moralnya di sini ialah, kita juga ada kemampuan untuk membina kereta solar macam mat saleh tu. Cuma perlu bantuan kewangan sahaja. Kita juga sudah ada tukang-tukang dan juruelektrik-juruelektrik yang berkemahiran. Saya percaya jika kita mampu mengurus dan menggabungkan kemahiran mereka, kita boleh mencipta sesuatu yang baru serta bersaing diperingkat global.

Petikan dari BERNAMA: Sepanjang 3,021 km perjalanan dari Darwin ke Adelaide, Solar Ranger hanya mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 60km sejam sahaja berbanding kemampuan asalnya 110km sejam yang dicatatkan di Putrajaya. Ini kerana sel solar 'Emcore' yang menggunakan teknologi tinggi dengan 27 peratus kadar resapan solar telah rosak dan terpaksa diganti dengan sel solar biasa menyebabkan berat kereta solar itu bertambah kepada 400kg daripada 240kg. Secara rasmi UNITEN menduduki tempat ke 22 daripada 32 pasukan. Tahniah kerana mampu bersaing di persada antarabangsa.

4 ulasan:

  1. Tahniah pada UNITEN kerana berjaya membina kereta solar walaupun tak berjaya mengharungi sepenuhnya perjalanan 3010 km. Hanya saya ingin betulkan maklumat posisi UNITEN dari apa yang saya perolehi dari penganjur bahawa UNITEN di posisi ke 29 daripada 32 pasukan dan ke 22 daripada 25 pasukan kategori "challenge". Pasukan Stanford jauh meninggalkan pasukan UNITEN kerana mereka ditempat ke 10. Sebenarnya UTM telah terlebih dahulu membina kereta solar yang dinamakan "SURIA KAR I dan SURIAKAR II" menggunakan kepakaran tempatan dan berjaya mengharungi sepenuhnya 3010 km pada tahun 2003 dan 2007. Apa bezanya kereta UTM dan pemenang World Solar Challenge ialah sistem solar mereka 10 kali ganda harganya RM 2 juta dan kita UTM hanya RM200,000. UTM dapat menamatkan perlumbaan dalam masa 6 hari manakala pemenang dalam masa 4 hari. Dari segi pembuatan kita adalah setara dengan pasukan mereka tapi kita tewas kerana sistem solar yang dipakai. Sebenarnya kewangan yang menentukan kereta mana yang akan menang selain teknologi mengiringi.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Terima kasih kepada Prof. Madya Pakharuddin kerana telah membuat pembetulan maklumat dalam blog saya. Saya juga meminati pembinaan kereta berkuasa elektrik.Saya pernah menonton dokumentari dalam Astro mengenai kereta berkuasa bateri yang dibina oleh orang awam di U.S.A. Kos utuk perjalanan 300 batu hanya beberapa Dollar sahaja. Sungguh menarik jika kita juga dapat bina kereta seperti itu di Malaysia. Mungkin pihak UTM dapat membina kereta elektrik (berkuasa bateri) dan dipasarkan kepada orang awam.

    BalasPadam
  4. wahhhh membanggakan....:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...