Ahad, 28 Mac 2010

Tetamu dari Bera Pahang

Pada jam 7.00 petang, kami telah menerima panggilan seorang tetamu iaitu 9W2SEK (Hairi) dari Bera,  Pahang. Beliau datang untuk menemani adik beliau bagi menghadiri Majlis Konvokesyen UUM. Apabila sampai di Pekan Changlun, beliau memanggil di V24 dan disambut oleh petugas rangkaian pada waktu itu iaitu 9W2AY (Pak Yob). Setelah mendapat maklumat bahawa beliau memerlukan rumah tumpangan, kami segera mendapatkan sebuah 'homestay' untuk beliau sekeluarga di Taman Sri Meranti. Semoga beliau dapat menyelesaikan tugasan di sini dan dapat kembali ke Bera dengan selamat.

1 ulasan:

  1. "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing".itulah kita sesama rakan radio.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...